"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Thursday, January 20, 2011

Air Mata Sesalan Selamatkan Manusia Daripada Neraka....




Sesungguhnya ada beberapa amalan yang dapat menyelamatkan manusia daripada bahaya api neraka. Bagi mengetahui apakah amalan itu, ikuti sebuah hadis yang menceritakan bagaimana Rasulullah S.A.W melihat malapetaka yang menimpa umatnya di akhirat, tetapi diselamatkan oleh berbagai-bagai amalan yang ikhlas yang dilakukannya semasa di dunia.


Sebuah hadis yang dikeluarkan oleh al-Tarmizi daripada al-Hakim, daripada Abdullah bin Umar, daripada Nafie', daripada Ibnu Abi Hudaei', daripada Abdul Rahman bin Abdillah, daripada Sai'd bin Musayyab, daripada Abdul Rahman bin Samurah katanya, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

Aku juga melihat umatku yang sedang menjunam jatuh ke dalam neraka, tiba-tiba datang air matanya yang menitis semasa di dunia dahulu disebabkan oleh sesalan terhadap perbuatannya yang buruk, semata-mata kerana Allah. Lalu air mata sesalannya itu menyambarnya daripada terus terjatuh ke dalam kawah neraka, menyebabkan dia terkeluar daripada neraka itu.


kepada pembaca budiman, mari sama-sama tingkatkan amal..jaga amal sebaiknya..mari sama-sama menginsafi kesilapan dan kesalahan lalu atau yang mungkin berlaku..manusia golongan yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan..

10 comments:

Unknown said...

:).nice post.heee

Awangku Johan said...

@@echah mashuri
thanks ya

sengihzone.com said...

sukar bagi seorang lelaki nak menangis...kalau dapat menangis sebab kesalahan sangatlah hebat...

Awangku Johan said...

@@mekygearhead
yup amat susah tuk sorang lelaki menangis.. tp ada satu2 masa sorang lelaki itu akan menangis

shichi_iza said...

lelaki kan d katakan xmacho klau nangis... tapi lelaki juga akn nangis kalau kehilangan ahli keluarga seperti mak n ayah... sy harap dpt jadi yg lebih baik dari hari ini.... :)

Muhammad Izuan said...

Salam. Minta izin copy utk dipaparkan di blog saya.

Awangku Johan said...

@@shichi_iza
yup mmg betul.. saya pun pernah menangis semasa pemergian ibu sy tuk selama-lamanya.. memang betul2 terasa semasa kehilangannya..

Awangku Johan said...

@@Muhammad Burn
ok d persilakan ...

shichi_iza said...

yup.... mmg sedih, sy seboleh2nya xnk rasa kehilangan tapi kita just manusia biasa....

Awangku Johan said...

@@shichi_iza
iya.. dah aturan idup kita macam tu.. just terima jer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...