Ihsan dari Mr.Google
Pada suatu hari, ibu ikan mengumpulkan anak ikan dan memberi nasihat kepada anak ikan. Ibu ikan berkata, “anak-anakku, jangan terpengaruh dengan umpan yang berupa cacing. Jangan dekati dan jangan cuba-cuba untuk memakan cacing tersebut. Itu hanya umpan yang akan menyebabkan kita rugi dan menyesal. Masa itu, menyesal pun tidak berguna lagi” kata ibu ikan kepada anak-anaknya. Anak ikan yang mendengar nasihat daripada ibunya tadi tertanya-tanya, mengapa tidak boleh memakan cacing itu, sedangkan makanan mereka sebelum ini adalah cacing. Lantas soalan dikemukakan, “ibu, kenapa kita tidak boleh berbuat begitu (makan umpan cacing tersebut)?
Si ibu pun menceritakan bahawa apabila termakan umpan tersebut, mereka akan dibawa ke dunia lain yang penuh kekejaman. Di dunia itu, mereka akan dibunuh tanpa belas kasihan. Kulit mereka akan disiat, kemudian badan mereka akan dihiris dengan benda tajam… anak ikan yang mendengar kata-kata ibunya berasa gementar untuk terus mendengar cerita itu.
Setelah beberapa hari kemudian, anak ikan pergi bersiar-siar. Pada masa itu, anak ikan ternampak seekor cacing yang menggiurkan. Anak cacing itu seolah-olah memanggilnya. Anak ikan tersepit antara nasihat ibunya dengan cacing yang comel berada di depan mata. Setelah lama termenung, anak ikan berkata, “ibu cuma ingin menakut-nakutkan kami supaya tidak bermain jauh”.
Anak ikan yang tergoda dengan cacing tersebut terus mendapatkan cacing itu tanpa menghiraukan nasihat ibunya. Nafsu telah menguasai anak ikan untuk memasukkan cacing ke dalam mulut. Dalam pada itu, anak ikan tersentak apabila cacing yang dimakan itu seolah-olah mempunyai besi keras yang menembusi mulutnya dan menyentak tanpa belas kasihan.
Anak ikan ditarik dengan sekuat-kuatnya dan dengan sekelip mata anak ikan berada di dunia lain. Di dunia itu, anak ikan baru mengetahui apa yang dikatakan oleh ibunya adalah benar. Menyesal tidak berguna lagi. Anak ikan disiat, dihiris dengan pisau tajam. Tidak cukup dengan itu, luka di badan dibubuh dengan garam. Kemudian, direndam dalam minyak yang mendidih. Kejam, memang kejam. Seksaan itu tidak berakhir di situ, rupa-rupanya selepas direndam dalam minyak panas yang mendidih, anak ikan menjadi santapan dan dikunyah sehancur-hancurnya.
Begitulah kisah anak ikan yang tidak mendengar nasihat dan larangan ibunya. Apa pandangan anda terhadap cerita ini? Walaupun cerita ini melibatkan kisah hidup ikan namun, terdapat pengajaran yang besar daripada kisah tersebut. Kita mungkin tahu, ada ancaman daripada Allah, kita mungkin pernah mendengar nasihat daripada guru-guru, ibu bapa, rakan-rakan dan lain-lain, tetapi sejauh mana kita berhati-hati dan berwaspada terhadap hidup ini. Begitulah hidup kita, adanya neraka sebagai balasan perbuatan buruk kita. Hati-hatilah menempuh hidup ini. Jangan ikutkan nafsu kerana nafsu sentiasa mengajak kepada kemungkaran, berwaspada dengan hasutan syaitan, pilihlah jalan hidup yang benar, ikutilah Rasulullah s.a.w. mudah-mudahan kita diredhai Allah dan dirahmatiNya.
20 comments:
slm sggh petang di sini support n3 kwn2!nice sharing cikgu.ramai golongan belia terutamanya suka mencuba..walaupun puas di ajar di sekolah,sudah tahu hukum hakam dan nasihat ibu tiada hentinya..tapi masalah sosial contohnya,banyak melibatkan belia yg cerdik pandai.begitu juga kisah anak ikan ni.dan kite tahu betapa berat tggjwb cikgu utk mdidik ke arah kebaikan.smga perjalanan hidup anak2 zmn skrg tak spt anak ikan yg tak dgr kata ni
ada cerita di sebalik cerita . bagus cite ni buat pengajaran untuk org yang suka ikut kepala sendiri .
suka sangat entry ni.walau saya serba kurg tp saya cuba untk berubah juga.setakat ni tade lagi termasuk umpan yg besa2 tu.hehe
thx berkongsi :)
lps ni kena dgr ckp mak..xley bntah ape mak ckp.. :)
huhhu...besarnyer tanggungjawab cikgu...apakah kita mampu melaksanakan tanggungjawab yang diberi?atau sekadar melontarkan pandangan kosong...
ramai remaja yg mendengar nasihat.... itu sesuatu yg bagus tapi yg x bagusnya bila nasihat 2 x d ikuti.... sma la mcm anak ikan 2, mereka merasa dunia luar tdk la sekejam yg d katakan tapi bila dh terjebak, dh x ada jln kembali.... menyesal yg teramat, kata org telajak perahu ble d undur tapi terlajak perbuatan. . .
pengajaran utk ikan~~
Pengajaran dari penceritaan yang berbeza sekali.
Terimakasih Cikgu.
tapi ikan Nemo tu tak bleh makan, kan?
Ikut nafsu binasa,ikut rasa celaka,ikut nasihat,,,,selamat!
@@ ||aLeaSaRa||
Thanks coz slalu support n melawat entry saya.. yup muda-muda sekarang ini terlalu sosial.. mereka itu ibarat kain putih.. dan kita sbagai ibubapa patut mencorakkan mreka dgn sbaiknya.. Yup pada masa skrg ini tggungjawab guru2 mmg besar..
@@Nadhirah-chan
yup.. d panggil citer berbingkai
@@Azie Azra
yup thanks
@@niesz
sememangnya kita sbgai anak tidak boleh membantah kata2 ibubapa kita biarpun spatah perkataan "AH" itu dah DOSA BESAR namanya.. huhuhu
@@ ijatnuar87
tu la pgorbanan guru.. mmg besar tggungjawabnya.. Sorang guru boleh memusnahkan beribu2 org berbanding dgn sorang Doktor hanya mematikan sorang saja..
@@ shichi_iza
sesal kemudian tiada gunanya..
@@Hamli Sanai
haha.. ikan pun kena bg pgajaran
@@azieazah
sama2.. ntah ar.. nemo tu x leh makan kot.. maybe benda yg byk kaler tu beracun heehe
@@zmah
betul tu kak..
heheeh...tu macam entri ambe yg dulu2,heheheh
arap2 kiter ni jadi guru yang membentuk la kan,bukan guru yang memusnahkan...
@@ijatnuar87
yup betul tu.. jom sama2 membentuk hehe
Post a Comment