"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Sunday, January 23, 2011

Blajaq Dari Sekolah Hidup



Hakikatnya seluruh kehidupan ini adalah 'SEKOLAH' bagi semua manusia.. Sekolah yg membentuk manusia menjadi dirinya pd hari ini.. setiap yg dilalui setiap hari mempunyai 'PENGAJARAN' dan 'OBJEKTIF' tersendiri dari ILAHI.. dan ada pula tingkat-tingkat 'UJIAN PENILAIAN' bg menentukan pencapaian atau gred seseorang di sisi PENCIPTANYA..

Tanpa kita sedari.. setiap hari, jam, minit dan saat kita sedang melalui sekolah itu.. dan setiap hari jg pelbagai onak, duri, cabaran, dan rintangan di tempuhi mematangkan pengalaman dan jati diri utk kebaikan masa depan.. Seringkali ALLAH datangkan hambanya dgn sesuatu ujian atau rintangan utk mendidik hambanya itu.. membuang sifat negatif atau mazmumah dlm dirinya supaya bertukar menjadi sifat yg mahmudah dan terpuji..


Contohnya, jika ALLAH ingin meningkatkan tahap kesabaran seorang hambanya, Allah akan menguji dgn sesuatu ujian yg akan menguji kesabarannya.. jika dia berjaya melalui ujian ALLAH itu dgn baik, akan tumbuh suburlah benih sabar dlm dirinya..


Begitulah jika di renung kembali dari sirah Nabi Muhammad S.A.W... insan terpilih KEKASIH ALLAH.. jika difikir dari sudut logik akal cetek manusia, sepatutnya yg digelar KEKASIH itu akan mendapat SEGALA yg dihajatinya dan diberikan KEMEWAHAN dan LAYANAN yg terbaik.. tapi sebaliknya, ALLAH S.W.T 'mendidik' Nabi Muhammad dgn menjadikannya seorang yatim sejak kecil yg tinggal bersama bapa saudaranya.. hidup miskin mengembala kambing sejak dri kecil dan membantu bapa saudaranya berdagang dri satu tempat ke satu tempat.. Sejak dri kecil ALLAH telah mentarbiyyah Nabi Muhammad S.A.W dlm sekolah hidupnya sehingga terbentuknya dia menjadi seorang Nabi, melayakkan dirinya menggalas amanah membawa wahyu ke seluruh alam.. menjadi insan mulia dan terpuji yg digelar Al- Amin..


Subhanallah.. bila memikirkan bahawa aku sedang melalui 'Sekolah hidup' yg pastinya membawa kebaikan untukku dikemudian hri, diri jdi bersemangat dan positif utk 'belajar' melaluinya dan bersedia menanti 'peperiksaan' yg bakal bertandang.. diri sentiasa dipersiapkan dgn segala doa, bekal dan tawakkal agar boleh terus bangun dan bangun lgi jika di takdirkan jatuh tersadung. kerana aku tdk mahu 'GAGAL' dlm sekolah hidup itu. biarlah aku menjadi salah seorang 'BEST STUDENT' dlm sekolah itu dan menjadi salah seorang yang mendapat 'Best student award' di akhirat kelak dgn nikmat ganjaran yg melimpah ruah dari ILAHI..

Alhamdulillah... Kini, aku sudah melalui sekolah hidup itu hampir sahaja 24 tahun. sangat byk yg telah aku pelajari menjadikan dia, dirinya sekarang.. 'Tarbiyyah' dan 'didikan' dri ALLAH buatnya cukup berharga jika dikenang-kenangkan pd hari ini.. segala keperitan dan kepahitan terselit seribu satu hikmah dan kebahagiaan..

Wahai Insan yg bernama Awangku Johan... Teruskanlah belajar dari sekolah hidup itu... Tumpukan perhatian dan bersungguh-sungguhlah melaluinya dengan positif, tabah hati dan jiwa yang kental!! Lakarkanlah dan warnailah hidupmu dgn sesuatu yg bermakna.. Memaknakan hidup, supaya hidup lebih bermakna!!


8 comments:

Fariehan Ibrahim said...

like! memaknakan hidup supaya hidup lebih bermakna. =)

Awangku Johan said...

@@FariehanIbrahim [LBC]
yup.. jgn biarin hidup anda menjadi sia-sia..

shichi_iza said...

betul la hidup ni cam sekolah... dugaan yg dtg cuma sebagai cara menguji diri kita... sy pernah rasa susah nk harungi SEKOLAH ni dulu tapi ats dorongan org kat sekeliling sy ni sya bersemangat nk harungi cabaran yg sy rasa berat tuk sy.... hehehehehe
really luv this sekolah....

Awangku Johan said...

@@shichi_iza
iya.. stiap dugaan yg datang itu hanya tuk ujian kita.. Allah turunkan ujian tu pun tuk mguji setebal mana iman dan amalan kita d dunia ini.. sesusah mana skolah yang kita lalui selama mengaji.. susah lagi hidup kita yang ibarat kita bersekolah..

Bob Merley said...

Allah gives challenges so that we can overcome them and be successful :)

Awangku Johan said...

@@Bob Merley
amin...

shichi_iza said...

yup.... selepas kita lalui ujian 2 kita akan perolehi kemanisannya..... hehehe

Awangku Johan said...

@@shichi_iza
yup.. betul tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...