"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Sunday, January 30, 2011

Alamak Hujung Minggu Datang Lagi.....


Horaaayyyy hujung minggu datang lagi… Ishhh aku ni macam budak pulak terhorey… horey… perangai tak mencerminkan umur.,… hahaha.. hampeh tul aku ni kan… Apa-apapun selamat berhujung minggu buat korang semua.. Apa plan korang hujung-hujung minggu ni???

Saya terlewat bangun hari ini.. disebabkan keletihan la saya kelat bangun… Aduhh guna bahasa Indonesia g.. hahaa… Yup.. letih… sebab petang semalam saya p jogging 10km dan wat workout selama 1 jam lebih.. sebab tu la kot saya keletihan…

Tapi pagi ni bangun-bangun terus p solat…… n then tido kembali.. jam 8 gitu baru bangun terus wat workout ringan… Hehehe… Workaholic tul aku ni.. haha.. apapun semua tu tuk kepuasan diri kan

Haaa.. pagi ni nak p pasar.. nak beli makanan.. kalau kat Sabah hujung-hujung minggu ni ada Pasar macam pasar malam kat semenanjung itu.. tapi di Sabah buat waktu pagi… Nak beli kuih fevret ar.. nak beli karipap, kuih seri muka, penyaram dan lain-lain ar.. Kalau ada sesapa x tau penyaram tu p cari dalam Mr.Google.. haha.. Wah, banyak juga yang di beli tak tahu habis ke dop…

Hari ini juga rasa boring… So, maybe p sekolah la wat keje-keje yang tertinggal or baca buku mengenai Bola Keranjang.. Sebab lepas cuti tahun baru cina ni nak wat pasukan bola keranjang sekolah tuk pertandingan peringkat daerah.. Saya pun dah banyak lupa mengenai Bola Keranjang.. Masa kat UPSI jarang main.. coz selalu men futsal, masuk gym n jogging jer.. So, kena study kembali.. Di zaman saya skol dlu 2 tahun saya jadi pengerusi bola keranjang… So, pasni kena aplikasikan la ek…

Ok la.. saya pun nak siap sedia dah nak p pasar ni.. Korang nak kirim apa?? Saya dah nak p ni… Kalau nak kirim komen jak kat entri ini.. Hehehe…

11 comments:

RuBiE ZaiNuDdin said...

salam..
pepagi dtg singgah..;)
penyaram..1st time dga nama kuih tue..huhu
cmtue nk kirim kuih penyaram la..bole..??hehe..;p

s.y.a.r.q said...

nak apam balik satu :)

Nadhirah-chan said...

kuih sabah banyak yang sedap . paling suka kek lapis . pehh besttt :)

Hidayati said...

Hehehe... hari minggu.., macam biasalah, bila keluarga berkumpul..., pe lagi, masak, makan, masak, makan..dari mee goreng special di pagi hari, nasi putih + sup kundur + pindang ikan selayang + tauge tumis ikan masin & puding longan sebagai santapan tengahari. Petang nanti dah berkira-kira nak buat donat dengan hidangan nescafe 'O' & milo untuk anak2. Malam... emmm..,mungkin ikan bakar cecah kuah asam. Yam3. Entah kenapa bila ujung miggu je confirm terkena sawan masak.Hahahahahah.

shichi_iza said...

saya nk kuih kusui..... hahaha

Awangku Johan said...

@@ RuBiE ZaiNuDdin
kalau tak tau.. p taip n tgok dalam image di Mr.Google.. hehe

Awangku Johan said...

@@s.y.a.r.q
apam balik mak cik Limah tak buat la.. hehe

Awangku Johan said...

@@ Nadhirah-chan
hehehe.. kek lapis tu kat srawak

Awangku Johan said...

@@Hidayati
Ouchhh myelerakan.. mmg sedap ar..

Awangku Johan said...

@@shichi_iza
kusui.. dah lama x makan benda alah tu

shichi_iza said...

sedap 2... sedap yg seangkatan ngan kuih pau n karipap..... hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...