"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Monday, January 10, 2011

Promosi Maksiat & Buka Aib Sendiri

Iman seseorang telah disepakati oleh para ulama boleh menaik dan menurun berdasarkan perlakuan di dalam kehidupan sehariannya. Jika dia memenuhkan ruang kehidupannya dengan dosa, keimanan akan menurun, memberi kesan kepada seluruh amalan.


Solat menjadi tidak khusyu' dan berat, demikian amalan kebaikan dirasa membosankan dan teramat menjemukan. Perasaan kesal dan rasa bersalah atas pelakuan dosa pula akan semakin pudar, hasilnya, keimanan di dalam hati menjadi semakin malap tanpa sinar.


Dosa dan pahala boleh bercambah dengan mudah, tanpa kawalan dan kesedaran sebaiknya, catatan amalan seseorang mungkin mengejutkannya di hari pembalasan kelak, sama ada disebabkan dosa yang di luar jangkaan atau timbunan pahala yang tidak disangka. Jika ia pahala, alhamdulillah, namun bagaimana jika dosa yang memenuhi buku catatan amalan?


Melalui artikel ini, sekadar ingin mengingatkan kita semua agar lebih peka terhadap salah satu punca percambahan dosa. Malah dosa yang kecil boleh berubah wajah kepada 'Kabair' (dosa besar) akibatnya. Tujuan tulisan ini tidak lain agar kita semua dapat lebih berhati-hati terhadap dosa yang tidak disedari sedang dipromosi dan disebarkan.


FILEM, DRAMA DAN DOSA

Perlu kita semua fahami, manusia selain Rasulullah s.a.w tidak akan dapat lari dari dosa. Paling kurang dosa-dosa kecil. Sebagai contoh, dosa-dosa kecil amat mudah diperolehi apabila kita menonton televisyen sama ada melalui tontonan aurat lelaki atau wanita di dalam siri drama, filem, iklan, hatta berita.


Dosa kecil juga boleh berlaku sekiranya seseorang itu melalaikan tanggungjawab agama yang lain dan pelbagai lagi kekurangan kerananya. Telah dibincang panjang lebar oleh ulama Islam, televisyen dan filem adalah neutral, jika digunakan untuk tujuan kebaikan, maka pahala diperolehi, jika keburukan, dosa tentunya.


Sudah menjadi norma hari ini, hampir semua keluarga mempunyai televisyen walau setinggi manapun tahap keilmuan agamanya. Jika tiada televisyen, internet juga turut memasuki kebanyakan rumah umat Islam hari ini, segala jenis filem dapat ditontoni melaluinya.


Saya bersetuju dan tertarik dengan seruan para ilmuan dan pendakwah agar kita memboikot Yahudi Zionis dengan memboikot segala jenis hiburan melalaikan di televisyen atau internet, kerana itu adalah antara agenda penting mereka dalam merosakkan umat Islam.


Namun begitu, sebahagian pendakwah ini mungkin terlupa menyedarkan, bahawa filem-filem dan drama yang biasanya 'box office' karya Hollywood juga adalah karya hedonisme Barat dan Yahudi Zionis. Itu juga sepatutnya diboikot.


Namun, desakan nafsu dan syaitan kerap mendorong sebahagian kita untuk terus melihat kisah-kisah paparan kreativiti karyawan Barat ini.


Walau kita tahu ia bercampur baur adegan dosa ( berpelukan, bercium dan sebagainya) dan pemaparan aurat tentulah amat pasti. Dosa kecil yang membesar dan berganda. Benar, secara umumnya, ia mungkin masih dianggap dosa-dosa kecil. Dosa kecil disebut oleh nabi s.a.w boleh terhapus dengan solat fardhu, solat Jumaat, zikir, istighfar dan pelbagai amalan lain.


Namun demikian, dosa kecil seperti itu boleh berganda sehingga adakalanya amalan seseorang tidak lagi mampu memadamkan keseluruhannya.


Bilakah itu?


Ia adalah apabila tontonan kita itu dikongsikan kepada orang lain melalui pendedahan kita sendiri sama ada di ketika bercerita berkenaannya, mungkin dalam ulasan kita. Atau lebih teruk lagi dipamerkan di Facebook sebagai filem (movies) yang diminati, drama disukai, buku didambai, muzik dikagumi dan sebagainya.


Bagi saya, tindakan mengisi ruang itu dengan sebarang filem yang majoritinya mendedahkan aurat dan bercampur-baur pengajarannya adalah sama seperti mempromosikannya, memberikan iklan percuma kepadanya, memaklumkan keredhaan kita terhadapnya.


Mungkin terkecuali jika kita menyiarkan minat kita terhadap movie pengajaran seperti Kung Fu Panda, Toy Stories, Cars, Omar Mukhtar atau dokumentari dan keagamaan seperti National Geographic, Discovery Channel, Berita, Al-Kuliyyah, Tanyalah Ustaz, Halaqah, Akademi Al-Quran dan sebagainya.


Memaparkan minat kita pada rancangan televisyen atau movie yang jelas bercampur aduk dosa dalam majoriti adegannya seperti 'Desparate Housewives', 'Friends', 'Pretty Women', 'Notting Hill', 'Kuch Kuch Hota Hai', 'HEROES' dan jutaan lagi filem sepertinya.


Walaupun seseorang itu memang meminati dan menontonnya, namun sedarilah tontonan itu mengakibatkan banyak dosa-dosa kecil. Tontontan itu tanda akibat kelemahan diri kita sehingga terjebak dalam dosa sebegitu. Memaklumkannya kepada orang lain akan minat kita terhadap filem itu adalah dosa gandaan yang lain. Ia adalah sebuah promosi iklan secara percuma. Malah mendedahkan sokongan kita terhadap movie dan drama bermaksiat.


Bukan sekadar movie sahaja malah hal yang sama terpakai buat promosi buku, novel, muzik dan public figure atau artis (khususnya di facebook). Saya bimbang, keghairahan berkongsi segala-galanya di dalam facebook, blog dan forum akan tanpa sedar mempergandakan dosa seseorang. Kecuali jika diyakini dengan ilmu dan iman bahawa pengajaran BAIK dari filem yang ingin dikongsi tersebut atau ditanda sebagai 'like' itu MELEBIHI UNSUR DOSA DAN BURUK.


Sebagaimana drama-drama bermesej Islam, penuh pengajaran tetapi masih dilakonkan oleh pelakon mendedah aurat. Jika diyakini unsur positifnya melebihi dan negatif, tatkala itu mungkin wujudnya sedikit justifikasi untuk dipapar dan ditonjolkan dalam senarai drama diminati.


Dengan niat agar orang lain turut mendapat pengajarannya. Selain berkongsi minat terhadap hal yang disebut di atas, ada juga yang mendedahkan dosanya melalui gambar. Gambar seperti :


Ketika sedang minum arak.

Hadiri parti penuh maksiat.

Hadiri majlis dosa.

Sedang berpelukan lelaki wanita.

Bersentuhan wanita dan lelaki yang bukan mahram. (Walaupun bagi seorang doktor Kerana keperluan, tetapi gambar sedemikian PATUT disembunyikan) Sekiranya semua yang disebut tadi dikongsi di facebook dan blog, kita bimbang individu terbabit tergolong di dalam kategori penyebar dosa dan pembuka aib diri sendiri.


Nabi s.a.w memberi ingatan :

Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya), ada di kalangan yang mendedahkan ini, melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :" Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini.." maka terhapuslah tutupan tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang (sebelum ini) menutup keaibannya. - Riwayat Al-Bukhari dan Muslim


Sembunyikan dan taubat


Justeru itu, jadikanlah dosa peribadi disebabkan menonton filem bercampur maksiat, atau menyukai musik hedonisme, ata melakukan maksiat secara fizikal seperti zina, curi, tidak solat dan sebagainya, sama ada kecil atau besar yang dilakukan di rumah, tersembunyi adalah antara individu terbabit dengan Allah. Tujuannya agar seseorang itu beroleh rahmat Allah dan diberi hidayahuntuk bertaubat sebelum maut menjelma.


Mungkin disebabkan pendedahannya, apabila ia ingin atau telah bertaubat, sukar untuknya untuk memaklumkan kepada semua yang pernah mendengar atau mengetahui pendedahannya agar bertaubat sama, malah taubatnya juga mungkin diragui orang lain atau paling kurang, membawa masalah dalam hati seperti boleh menumbulkan riya'.


Justeru, jalan terbaik atas apa jua bentuk dosa yang telah atau pernah dilakukan adalah SENYAP DAN SEMBUNYIKAN. Ia bukan hipokrit! Tetapi ia dituntut oleh Allah dan rasul-Nya dan usahakan bertaubat.


Hipokrit adalah bagi mereka yang berpura-pura baik, tetapi dalam hal ini, si pelaku dosa hanyalah menyembunyikan dosanya. Tidak timbul persoalan dia cuba mengabui mata orang ramai dan berpura-pura baik.

Rasulullah bersabda :

"Jauhilah perkara-perkara keji (maksiat) yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menyembunyikannya dengan tutupan (yang diberikan) Allah dan bertaubat kepada Allah. Jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah."


[Dikeluarkan oleh Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, hadis no: 7615 dan beliau berkata: "Hadis ini sahih atas syarat kedua-dua syeikh (Al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya." Ini dipersetujui oleh Al-Zahabi.]


Pengecualiannya hanyalah apabila kes melibatkan aib dan dosa ini diajukan di mahkamah untuk menangani sesuatu kes, atau ketika merujuk kepada kaunselor yang diyakini untuk membantu dan ilmuan Islam untuk mengetahu ihukum dan kaedah pemulihan.


Allah itu maha pengampun dan sentiasa menginginkan kita untuk bertaubat dan beristighfar, maka antara ciri taubat yang mudah diterima adalah apabila dosa tidak didedahkan.


Di dalam sebuah lagi hadis disebutkan :-

Nabi bersabda : (Di akhirat kelak) Allah akan menghampiri seorang hambanya yang mukmin lalu melindunginya lalu berkata : "Adakah kamu tahu dosa kamu ini? Adakah kamu sedar dosa ini?" Lalu jawab lelaki itu: "Ya Wahai Tuhan.." dan sehingga dia mengakui dosanya dan merasakan dia akan binasa (dihukum), Allah berkata : "Aku telah menutupinya di dunia dahulu ( dari pengetahuan manusia), dan hari ini aku akan mengampunkannya." - Riwayat Al-Bukhari


Jelas dari hadis di atas, dosa yang dilakukan dan tidak didedahkan berpeluang mendapat belas kasihan Allah di akhirat untuk diampuni. Namun bagi mereka yang telah lebih dahulu berbangga bercerita, mengiklan, promosi dan sebagainya sejak di dunia lagi, dibimbangi tidak cukup layak mendapat belas kasihan dan rahmat Allah serta pengampunannya.


Kesimpulan
Segeralah memadam paparan minat dan keterlibatan terhadap apa jua aktiviti, tayangan, muzik, bacaan selain untuk Allah, rasul dan apa yang mendekatkan diri kepada keredhaan Allah.


Walau sebanyak, sedalam manapun minat, sejauh manapun keterlibatan, sembunyikan ia, bukan bertujuan untuk menipu manusia lain, tetapi agar dia tidak tergolong dalam kalangan berbangga dengan dosanya, mempromosi, membuka aib sendiri dan mengiklan kejahatan kepada orang lain.


Semaklah facebook anda, blog, website, forum dan sembangan harian agar tidak tersalah dan mempergandakan dosa.

15 comments:

Madd said...

bro....
peringatan yang berguna...
kene semak ape yang patut...

apezs shah said...

salam.

Oh tidak tahu pulak ttg ini.. Begitu kurangnya pengetahuan ini. Thanks kerana mengingati.


apezs dah follow disini.

PearlKaz said...

oh,,,saya pernah terbaca juga pasal kongsi movie etc etc tu dkat zaharudin.net rasanya... tp lepas tu kadang2 sy terlupa.. terima kasih sbb ingatkan saya semula.. :)

shichi_iza said...

filem kat malaysia pon ada juga yg membawa unsur2 sebegitu.... etika penerbitan filem d seluruh negara bnyk menjurus pada keuntungan semata2 & hnya berlindungkan sedikit keinsafaan moral...

Anonymous said...

nice entry....
moga Allah mengampunkan dosa yang dilakukan dalam sedar ataupun tidak.....

Awangku Johan said...

@@Mohd Ridhuan
Sama-sama.. tuk peringatan kita bersama.. tak salahkan saling ingat-mengingati..

Yup.. kita kena sentiasa semak laman sosial kita..

Awangku Johan said...

@@ apezs shah
tak pa.. kita berhak tuk menuntut ilmu.. biarpun sebesar zarah.. tp hasilnya amat bermakna.. Sbb tu Awang kongsikan entry ini tuk kita saling ingat-mengingati antara kita..

Ok,,,, Thanks ya follow

Awangku Johan said...

@@ Pearl Kaz
Ohh.. sama-sama..
harap ianya menjadi iktibar dan teladan kita semua

Awangku Johan said...

@@ shichi_iza
yup betul tu.. just keuntungan yg dibawa.. tp pgajaran serta pengisian rohani, agama dan moral hanya sikit d terapkan

Awangku Johan said...

@@NURUL NADIAH MAMAT
Amin... mudah2an doa kita semua di angkat ke atas..

Anonymous said...

Amin....

Awangku Johan said...

@@NURUL NADIAH MAMAT
amin

Unknown said...

bro.. aku sokong apa yang citer dalam entry ko nie.. setebal mane pun iman kita.. tapi kalo hari2 dah disogok dengan perkara2 maksiat...runtun juga iman kita.. Media elektronik & cetak banyak mempengaruhi amalan kita sekarang nie.. sebenarnya.. merekalah yang menjadi ejen kepada propaganda jahat yahudi.. sekarang nie aku umat Islam juga yang meruntuhkan umatnya..

Yahudi hanya merancang.. tapi yang melaksanakannya ialah KITA!

Awangku Johan said...

@@mabk.abubakar
Thanks.. betul.. iman pun boleh luntur pabila d sogok dengan smua ini. Huhu...

Itulah rancangan Yahudi yang smooth tuk myesatkan umat islam..

Areyoudys said...

as salam...
syukran..betul tu.
hadith sahih, Nabi bersabda, janganlah kita sekali2 menghina diri kita sendiri dalam apa jua bentuk.
macam yang pertandingan gadis melayu, ratu malaysia,ratu kebaya dan yang seumpama dengannya.

padahal Allah telah berfirman; yang kita ni telah dimuliakan sebaik2 makhluk yang lebih baik dari Malaikat.hanya kerena kita menghina diri kita sendiri, sudah menjatuhkan martabat.tu belum campur lagi murka Allah SWT..wallahu'alam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...