BEEBE - Misteri menghantui negeri Arkansas apabila lebih 100,000 ekor ikan ditemui mati di sepanjang 32 kilometer tebing dan di permukaan Sungai Arkansas berhampiran Ozark yang terletak kira-kira 200 kilometer dari bandar Beebe, di negeri Arkansas, Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.
Ikan-ikan tersebut ditemui oleh seorang pemandu bot tunda pada Khamis lalu, 200 kilometer dari Beebe. Pakar alam sekitar percaya bahawa ikan-ikan itu mati akibat penyakit.
"Hanya satu spesies ikan yang mati dan kami tidak tahu apa puncanya. Jika disebabkan toksik, semua ikan mesti terjejas," kata seorang pegawai dari Jabatan Kualiti Alam Sekitar, Travis Harmon.
Pegawai-pegawai perikanan mengambil beberapa ekor ikan yang mati berhampiran
Jurucakap Suruhanjaya Perikanan dan Sukan
Seorang pakar, Dr. Andrew Goodwin dari Jabatan Perikanan dan Akuakultur, Universiti
"Faktor yang memberi impak kepada ikan itu ialah perubahan suhu yang ketara," katanya.
Kematian itu berlaku selepas hampir 5,000 ekor burung hitam jatuh dari langit dan mati, 1.6 kilometer dari bandar Beebe pada malam tahun baru.
Insiden pelik yang kelihatan tidak mempunyai hubungan di antara satu sama lain itu nyata membingungkan penduduk
SEBAHAGIAN daripada lebih 100,000 ekor ikan yang ditemui mati di Sungai Arkansas, Arkansas pada Khamis lalu.
Satu lagi teori ialah ribut petir mungkin dikatakan menjadi punca kematian burung-burung itu.
Insiden misteri itu nyata menimbulkan banyak teori dalam kalangan blogger.
Dua rakyat AS, Paul Joseph Watson dan Alex Jones dari laman web PrisonPlanet.com yakin ia disebabkan oleh ujian senjata elektromagnetik rahsia.
Sementara itu, pihak lain mengemukakan teori bahawa kematian burung dan ikan tersebut merupakan petanda hari kiamat berdasarkan ramalan suku kaum Maya di Amerika Selatan dan ahli nujum terkenal, Nostradamus. - Agensi
12 comments:
Wallahu a'lam
1st time dengar name negeri dan bandar ni..
pelik..tp benar..nie la kuasa tuhan
Kuasa Allah kan?
Isu cuaca la kot.
semua berlaku mesti bersebab kan?
@@Ummi AmnaAmzar
itulah kekuasaanNYA
@@letams
Saya yg amik opsyen geo ni pun baru dgr.. hehe.. padahal blajaq dah Geografi Dunia.. kena ingat negara, president stiap ngara dan bandar2 utama.. hehe
maybe ni bandar x familiar hehe
@@ujang9897
yer ujang.. tu la kekuasaannya yg kita x blh nk tndingiNYA
@@Azham Vosovic
iyer
@@Mawar Merah
kita hnya blh meneka.. tp hanya yang esa sahaja tau knp ini berlaku
@@eqbalzack
a'ah betul tu abg eq.. stiap yg berlaku msti ada sebab musababnya
Post a Comment