Awal-awal, dia seorang yang komited dengan agama. Sering mengajak kawan-kawannya agar mengingati Allah, melaksanakan amanahNya, dan meninggalkan laranganNya. Satu hari, dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bukan Islam. Lama kelamaan, dia meninggalkan peribadinya yang lama. Walaupun masih bertudung labuh, dia tidak lagi menjaga batas pergaulan. Sampai satu tahap, dia pernah tidur di dalam kereta berdua-duaan dengan lelaki tadi.
Apakah pandangan anda?...... Apa yang anda akan lakukan bila mengetahui perkara ini, bila melihat perkara ini, atau bila menjadi salah seorang daripada kawan-kawan kepada pelaku perkara ini?
Kisah rekaan sahaja, tetapi situasinya merata-rata
Cerita ini direka sahaja. Ini bermakna, saya tidak pernah melihatnya dengan mata kepala saya sendiri. Tetapi situasi yang sinonim seperti cerita di atas berlaku di banyak tempat. Tidak perlu tanya saya dari mana saya tahu, tetapi saya nak anda menjawab, betul atau tidak.
Betul
Budak sekolah agama, lelaki ke, perempuan ke, dulu baik, tiba-tiba terjebak dengan sesuatu di luar lunas agama Allah. Perempuan tudung labuh, dulu jaga hubungan lelaki perempuan, tiba-tiba bercouple. Rakan kita yang nampak alim, tiba-tiba terdengar khabar dia berzina. Ya, apa yang kita lakukan pada mereka-mereka ini? Biasanya, mereka dihina. Disisihkan.
“Cis, menyampah gila aku. Dulu baik bukan main. Sekarang, mengalahkan aku buruknya. Aku pun tak pernah berdating dengan perempuan tau” serius ini wei.. langsung x pernah berdating.. Huhuhuhu.. Sadih wooo… “Aku tak sangka betul, dulu bukan main solehah. Ingatkan aku itu ini. Sekarang tup-tup keluar dengan mamat tu. Tak senonoh la. Hipokrit”… “Tengoklah budak sekolah agama tu. Kata je belajar agama. Dulu bukan main lagi ceramah bagi dalil-dalil Al-Quran ingatkan orang. Sekarang, entah syurga dengan neraka pun tak kenal ke hapa”
Dan 1001 macam lagi yang biasanya akan terlepas dari mulut kita. Atau paling tidak, terdetik di dalam hati. Kenapa? Kenapa kita senang bersikap demikian? Akhirnya, mereka yang dahulunya ala-ala ustaz ustazah harapan agama ini disisihkan kerana kemaksiatan dan keingkaran yang mereka lakukan di hadapan mata kita hari ini. Mereka dikutuk, dihina, dikeji, dihentam-hentam. Dan 99%, semuanya dilakukan di belakang mereka.
Saya suka bertanya.
Siapa yang pernah pergi dan bersembang, berbincang, mendalami kenapa mereka berubah sedemikian rupa? Tiada siapa menarik mereka…. Kita selalu kata begini: “Alahhh, pelajar agama, takkan tak tahu” “Dia
Tetapi pada saya, ini satu prinsip yang membawa kepada sikap kita yang saya nyatakan di atas. Ya, secara tidak langsung, kita seakan-akan meletakkan taraf pelajar agama, orang yang mengikuti usrah, mereka yang bertudung labuh dan berkopiah ini di taraf MALAIKAT. Sedangkan, mereka adalah MANUSIA. Bila namanya manusia, pasti ada waktu kesilapannya. Dan kadangkala, silapnya boleh jadi lebih buruk dari kesilapan mereka yang tidak pernah pun sekolah agama. Tetapi inilah dia ujian Allah SWT.
Dengan prinsip kita di atas tadi, maka kita meninggalkannya. Kita tidak menegurnya. Kita nampak dia mula berubah ke arah kejahatan, kita menjauhinya kerana kita kata dia dah tahu, dia mesti dah faham serta sebagainya. Kesilapan kita, adalah di sini. Tiada siapa yang bergerak menarik mereka. Sebagaimana kamu, mereka juga begitu, saya juga begitu…..
Bila kita melakukan kesilapan, kita senang untuk orang faham kenapa kita boleh tersilap. Kita tertipu ke, kita terjerat ke, kita memang betul-betul tak tahu kemudian terbiasa dengan kesilapan itu ke, dan 1001 sebab lagi. Jadi, bila orang hentam-hentam kita tanpa memahami, kita pastinya sakit hati. Begitulah perasaannya mereka yang buat silap. Saya kira, kita sama dalam hal ini. Baik kamu, mereka, mahupun saya. Saya sendiri, amat benci manusia yang pakai hentam sahaja tanpa memahami. Kenal pun tidak, sudah menghentam macam dia tahu-tahu aja apa sebenarnya yang terjadi.
Jadi, apakah sikap kita?
Pernahkah kita mendekati ‘pendosa-pendosa yang beragama’ ini, atau kita sekadar menghina kesilapan, ketersasaran mereka dari jauh sahaja? Mereka butuh manusia yang memahami. Kadangkala, ada something yang di luar jangkaan berlaku dalam hidup mereka ini. Sebab itu dari sebaik-baik manusia, boleh berubah sebegitu rupa. Kita yang biasa-biasa ni, melenting la. Kita terlupa bahawa dia rupanya manusia juga.
Tidak ramai yang mampu bersabar. Sedangkan, keadaan ini hanya boleh dihadapi oleh mereka yang tenang dan rasional. Siapa yang pergi mendekati mereka, memahami mereka,
Kadang-kadang, kita terlupa yang kita tak pernah pun bina ‘jambatan hati’ dengan mereka. Kita tak kenal mereka dalam erti kata sebenar. Kita dan dia tak pernah ada apa-apa perkongsian. Bila terjadi perkara sebegini, kita lebih senang menghentam. Tegur sekali dua, lepas tu kata tak ada harapan. Ajak masuk usrah balik semula dua tiga kali, kemudian kata dia dah tak dapat hidayah.
Ini masalah kita.
Kemudian kita salahkan dia. Sebenarnya, kita pun sama. Berputus asa mengajak dia ke jalan Allah. Bila dia berdosa, tak kira la dia budak agama ke, ulama sekalipun, sepatutnya kita layani dia dengan baik. Tunjukkan dia jalan yang betul. Sejak bila seseorang itu bila dia jadi pelajar sekolah agama, dia ikut usrah, dia pernah berdakwah ajak orang buat baik, dia keluaran Al-Azhar ke hapa ke, bila jadi maksum?
Sejak bila pula, manusia-manusia ni, bila buat dosa, dibolehkan kita membiarkan mereka? Bukankah layanannya tetap sama dengan orang yang tidak pernah belajar agama, tidak pernah ikut usrah, tidak pernah berdakwah yang buat dosa? Yakni tegur, dan pimpin mereka. Pimpin ya. Pimpin. Fahami maksud perkataan pimpin. Mereka lebih baik. Kami bukan pelajar agama.. Satu lagi kesilapan kita, kita suka kata: “Mereka budak agama. Aku bukan budak agama. Mereka pakai tudung labuh. Aku tudung tiga segi aja” Dan akhirnya, kita tinggalkan mereka.
Ini kesilapan yang paling besar. Siapa la ajar penegur itu kena sempurna. Kita ni, menegur sambil memperbaiki diri. Kita budak agama ke, bukan budak agama ke, kalau sesuatu kita rasa patut tegur, walaupun teguran kita tu ala-ala menghentam diri sendiri, kena tegurlah juga. Apa barang bai main kutuk-kutuk belakang aja? “Dia
Penutup: Kamu berdosa kalau sekadar membiarkan.. Ya, kamu berdosa. Sebab mencegah kemungkaran itu adalah wajib. “Saya mencegah dengan hati” Ha ha.. ini alasan kamu nak bagi
Kemudian, tegur bukan sekali. Berkali-kali. Sampailah terjadi salah satu dari empat perkara. Apa dia?
1. Kamu mati.
2. Dia mati.
3. Matahari terbit dari barat.
4. Dia berubah.
Selagi tak berlaku empat perkara ini, adalah tidak patut kita berputus asa dalam memberikan teguran. Kalau tak makan dengan plan A, kita bagi dia plan B. Kalau plan B dia tak boleh jugak, kita bagi dia plan C. Sampai la plan Z. Kalau tak boleh jugak, kita bagi dia plan AZ pula. Kalau tak boleh lagi, bagi plan BZ dan begitulah seterusnya. Sampai salah satu dari empat perkara tadi terjadi pada kita.
“Tapi dia budak agama” Kamu ulang lagi benda ni. Sudah-sudah. “Dia manusia juga” itu kata saya. Ayuh, jangan cakap belakang sahaja. Rapati dia, berikan nasihat. Laksanakan tanggungjawab kamu sebagai seseorang yang faham bahawa dia telah tersasar daripada Allah SWT. Sesungguhnya, menebarkan kebaikan itu adalah tanggungjawab orang yang beriman. Tidak kira, kamu budak sekolah agama, atau bukan.
38 comments:
sepatutnya yg sahabat pun kena lah mmbantu .. ini tak , yg baik kawan dgn yg baik sja .. jadi yg dah jahat tu nk kawan dgn sapa ? truslah dia ke jalan yg silap ..
mudah2n aq di jauhkn dr perilaku seperti ini ...~~
menghayati.thnx.
sedeyh plak dgr lagu kt blog ni, hehe..
Sebaiknya.... sebagai teman,kita haruslah memberikan nasihat atau memaklumkan kepada keluarganya, mereka juga manusia yg tak mungkin dapat lari dari dugaan Allah.... Hari ini hari dia... mungkin esok2 hari kita atau kaum keluarga kita maka seharusnya kita melakukan sesuatu... sama-samalah kita mendoakan hamba Allah yg seperti ini agar diberi hidayah dan kesedaran sebelum segalanya terlambat....
Dunia akhir zaman. May god save us all!
sebab IMAN berkurang kot. ilmu dah banyak tapi tak pakai. melakukan kesalahan dalam keadaan dia mengetahui benda tu salah dan tau akan akibat dari kesalahan tersebut.
xpernah la tgk budak sekolh agama mcm 2 tapi dengar dari cikgu kat sekolah waktu dulu2 kta sesetengah dri stdnt agama xpraktik apa yg mereka pelajari.... tapi bg saya mereka berubah mungkin sebab x pernah alami situasi yg baru n persekitaran baru, so mungkin mereka rasa perlu berubah n ikut budaya yg baru mereka kenal... namun apa yg mereka lakukan 2 sebenarnya slh.... patutnya kita perlu berkawan ngan budak2 yg mcm ni supaya situasi win win terjadi, kita dpt ilmu agama n mereka dpt cara yg betul tuk bergaul ngan org sekeliling.... :)
rekaan sahaja. tapi memang berlaku. banyak da kami dgr kwn2 kami mcm gadis dia ats.
6t kami ceritakan pgalaman kami pula..
huhuh...btol tu...ambe pom byk dah tengok jenis manusia ginih...dah ambe tak sisihkan mereka...nak mengajak mereka berubah memang sangat susah,kerana mereka lebih byk mengetahui dari kita..jadi akhirnya ambe sekadar berdoa agar dier kembali kepada asal...
Assalamualaikum. terharu, sedih dan bangga dgn tulisan ini... Manusia tak kiralah bertudung labuh atau tak, sama saja. Saya tak pernah meletakkan darjat org bertudung labuh itu tinggi drpd org lain. bg saya, smuanya milik Tuhan. Dia yg lebih tahu.Dan bg saya, kalau bukan kita yg menasihati sahabat kita dr tersasar jauh, siapa lagi. Cumnya saya kadang kecewa, bila nasihat saya diabaikan. Sedangkan saya sygkn persahabatan itu.Sbb itulah saya menegurnya.Dan lebih sedih, tguran itu disalah anggap.
as-salam.
AK: entri yang panjang tapi berbaloi untuk dibace.
To be frank, x penah berhadapan dengan situasi ni tapi banyak dari pembacaan.
Kdg2 kite sbg manusie mmg x dapat lari dari berfikir dan brsikap macam tu (menyalahkan org yg bertudung labuh, berkopiah etc). Kite lupe manusie ni same aje d mate Allah.
Apepon muge entri ni bermanfaat untuk sume, insya Allah.
assalamualaikum..
jangan disalahkan tudung labuhnya.. salahkan diri org tu sendiri.. Allah sedang berusaha membolak-balikkan dirinya.. hendak menguji seberapa dalam imannya.. doakan.. doakan.. sahabatmu kembali pada yg ESA. =) tegurlah semampu yg boleh, jgn putus asa.. dia saudara kita, hujung pangkalnya kita keturunan nabi ADAM dan umat NABI MUHAMMAD. ^^.
entri yg sangat2 best...
DeQdEq mmg setuju dgn apa yg AJ sampaikan dlm penulisan ini...
klu dulu DeQdEq sendiri mungkin tergolong dlm golongan yg memandang rendah pada mereka yg ada asas agama ni berubah...tp DeQdEq lupa dia dan DeQdEq masing2 manusia...
DeQdEq pndang rendah pd dia...mcm la DEQdEq sendiri tak ada buat salah...
akhir sekali DeQdEq suka berpegang pada kata2 Imam Al Ghazali utk mengelakkan sikap takkabur atau sombong, antaranya ialah:
Kalau kita berjumpa dengan orang jahat, janganlah anggap kita mulia atau lebih baik daripadanya, tetapi katakanlah bahawa orang jahat itu mungkin di masa tuanya ia bertaubat, memohon ampun dari perbuatannya. Sedangkan kita sendiri belum tahu lagi bagaimana kita akhirnya.
klu nk tgk yg selebihnya kat sini:
http://diyanayaccob-deqdeq.blogspot.com/2010/11/hai-cikgu-shidadr-rozmey-akhir.html
mereka selalu kata..."nanti kubur lain-lain.."...
sedihnya, ramai sahabat-sahabat di sekeliling yang terlibat dengan benda macam ni..apa yang mampu saya lakukan, terus merapati mereka, bersahabat dengan mereka...moga kelak hidayah Allah akak kembali..ameen..
bella penah dengar ceramah ustaz , dia cakap .. syaitan yang nak goda orang alim ni lagi dasyat dari syaitan yang nak goda orang besa ..
Thanx for reminding. I think everyone is like that. Whether they realise it or not. It does not matter either we are a perfect person or not. But TEGURAn is a MUST.
salam ukhwah,salam ziarah,,,
memg btul apa yg dituliskan..manusia..hanya memndang enteng masalah ni hanya tau menyalahkan tetapi tidak mau sama2 membawa kepada jln keredhaan...sebagai ubu dan ayah juga perlu ambil berat knp mau di halng jika seorang anak mahu berkahwin..?lebih baik berkahwin drpd buat perkara yg x elok..pasti Allah jnjikan rezeki yg baik pada setiap ikatan yg halal..rajin usaha je..
Manusia yang baik ialah manusia yang memberi manfaat pada manusia yang lain.
@@fathiahRAIHANA
sbagai sorang kawan kena pgaruh dgn baik2..
@@♕ aq[daN]pUteraku ♕
amin
@@ Kembang Perawan 3288
welcome
@@ Hamli Sanai
lagu keinsafan
@@Fuziani JSR
tu baru namanya sorang kawan.. sanggup memberi nasihat tuk sorang rakan.. agar tidak terjerumus ke lembah kemaksiatan.. moga kamu d redhai amin...
@@Bob Merley
Wallahualam.. tanda2
@@RIAN
org yang sebgini mmg banyak ujiannya
@@ shichi_iza
terpengaruh dgn dunia luar bgitu la akibatnya..
@@ gaung
yup betul tu
@@ijatnuar87
moga mereka mendapat hidayah daripadaNYA
@@Muhammad Burn
sama2..
betul kata kamu.. skrg ni pabila kita menegur mereka.. dan bg mereka teguran kita tu x bermakna dan teguran itu d salah anggap oleh mereka
@@Penjejak Mimpi
yup.. manusia ini hanya sama di sisi Allah xda diskriminasi
@@di sebalik wajahku..
betul kata kamu.. kita doakan tuk sahabat kita
@@DeQdEq
terima kasih atas sedikit info dan nasihatnya.. moga kita semua d redhai oleh Allah S.W.T
@@Sunah Mohammad
a'ah awang pun slalu d kata bgitu pabila awang bg nasihat buat mereka.. sedih wooo
@@ bella nabila
betul.. ujian yg mereka terima lg hebat berbanding dengan org biasa
@@Mardhiyyah Ridzuan
ok welcome
@@MaRdHatILLah(Fatahiyyah)
terima kasih atas komentarnya.. memang betul kata kamu
@@madam j
betui tu
Post a Comment