Ihsan dari Mr. Goooooogle
Siapa tidak cinta kepada keindahan? Semua cinta pada yang indah. Cinta kepada keindahan itu terbahagi kepada dua.
Pertama, cinta kepada keindahan yang mampu dijangkau oleh pancaindera – bau, rasa, penglihatan, sentuhan dan pendengaran. Kedua, cinta kepada keindahan yang hanya dapat dijangkau oleh hati.
Cinta yang pertama adalah cinta ‘kelas bawah’ kerana ia dapat juga dijangkau oleh kanak-kanak dan haiwan, tetapi cinta kedua yang hanya dapat dijangkau oleh manusia yang mempunyai mata hati adalah cinta ‘kelas atas’. Mata hati dapat ‘melihat’ yang tersirat daripada yang tersurat, dapat melihat PEMBERI nikmat di sebalik nikmat dan dapat melihat rupa batin di sebalik rupa lahir.
Cinta ini adalah cinta tahap tinggi berbanding cinta yang pertama. Dengan cinta inilah seorang individu akan dapat mencintai Nabi Muhammad s.a.w., para Sahabat dan para ulama ul-amilin. Rijalullah (lelaki-lelaki ALLAH) ini dicintai bukan kerana wajah lahiriah mereka tetapi lebih kerana wajah batin mereka. Keindahan inilah yang menambat orang yang melihat mereka dengan ‘mata hati’, yang tertawan oleh ilmu, didikan dan akhlak mereka yang tinggi dan terpuji, bukan oleh wajah dan susuk tubuh mereka.
Namun mari fikirkan, apalah ilmu, didikan dan akhlak orang-orang yang hampir dengan ALLAH itu jika dibandingkan dengan ilmu, didikan dan sifat-sifat kebaikan yang ada pada ALLAH s.w.t.? Di sudut ilmu sahaja, bukankah ALLAH telah mengingatkan bahawa ilmu seluruh hamba-hambaNYA adalah sedikit berbanding ilmuNYA? Himpunan seluruh ilmu para sarjana dan ulama, hanyalah sekelumit debu saja jika dibandingkan dengan ilmu ALLAH.
FirmanNYA: “Kamu hanya diberi ilmu sedikit sahaja.” (Al-Isra' 17:85)
Oleh yang demikian, semakin ketara keindahan yang bersumberkan daripada manusia dan segala isi alam, maka semakin terserlahlah sepatutnya PENCIPTA keindahan itu – ALLAH. Jika benarlah kita mencintai keindahan, maka kita pasti mencintai ALLAH. Percayalah, yang kita tuju apabila mencintai sesuatu, sebenarnya adalah ALLAH. Segala sesuatu itu sebenarnya hanya jalan untuk menyampaikan pada tujuan – yakni ALLAH.
Sayangnya, ramai manusia hanya kagum dengan keindahan alam (yang memang indah), tetapi terlindung daripada ‘melihat’ keindahan ALLAH yang jauh lebih indah.Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “ALLAH itu indah, dan cinta pada keindahan.” (Riwayat Muslim)
SUMBER: Buku ‘Tentang CINTA’ karya Ustaz Pahrol Mohd. Juoi
16 comments:
seharusnya bila kita melihat keindahan kita perlu mengucapkan syukur.... sebab ALLAh memberi kita pelung untuk kelihat keindahan tersebut
renung2kan....
pengajaran kepada kita semua dan juga panduan,,,,
Allah maha mengetahui segala nya yang diciptakan :)
saya suka entry ini :)
@@shichi_iza
betul kata kamu.. hanya skali peluang shja yg d beri dan tiada kedua atau ketiga.. so gunakanlah pancaindera yg ada dgn sebaik-baiknya..
@@Mohd Ridhuan
yup.. renungan tuk kita bersama
@@ miss Fyqa
ya.. betul tu
@@eddy syrol
thanks
ada ilmu yg sikit, jangan lah nk sombong...kalau kita ada ilmu...jgn lupa..ada orang lain lagi yg banyak lagi ilmu dari kita...
thank you...
kita ada byk peluang lagi dlm hidup ini...jadi, kita gunakan sebaik2nya...sesungguhnya Allah maha pengampun dan maha mengasihani... sama2 kita jadika pedoman...btw, enntri yg best n mendalam...
heheeh...bagusnyer entri nih...dah ader berkenan ker nih?hehehe
Adakah bibit cinta dah berputik di sana?? Apa kabar Dinda AK?
@@akmall
a'ah betul tu..
sama2
@@AlfiEean WaRsi
yup.. jangan sia2kan peluang yg ada..
@@ijatnuar87
hahaha.. mn ada.. masih single g ni..
@@zmah
Ohhh tidak... cintaku belum berputik lagi.. AK xda dinda lagi. still single la kak
Post a Comment