"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Friday, December 31, 2010

Tips? Panduan Atasi Zina Hati


Ihsan dari Mr. Google


Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati.


Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.


Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu.


Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi. Antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis."


Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran Al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: "Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih." (Surah Yusuf, ayat ke-24)


Berikut adalah beberapa tips yang ingin dikongsikan bersama :


Ikhlas kepada Allah.

Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati.


Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: "Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah.

Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.


Mengurus mata dan pandangan.

Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh.


Ibnu Qayyim menyatakan: "Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya."


Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik.

Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

14 comments:

Anonymous said...

entry yang amat bermakna...=)

Yu'Yu said...

sgt2 lah berguna utk dijadikan panduan kala sy merindu.....tq awk

Awangku Johan said...

@@Nurul Nadiah Mamat
yup.. moga dpt iktibar

Awangku Johan said...

@@Ai Yu
ok welcome yaa

Anonymous said...

panduan yang baik.. :)

Awangku Johan said...

@@iszieylyanziy
yup.. thanks

Anis izyan Abd Rahman said...

like this so much
~

Awangku Johan said...

@@Anis Izyan Abd Rahman
yup thanks ya

Jo Qusary said...

oh...rupanya aku bukan manusia...

Awangku Johan said...

@@Jo Qusary
hurmm knp dgn hg jo?

Jo Qusary said...

aku pernah dengar org sebut psl rindu... tapi aku tak penah faham apa rasanya rindu itu, mungkin sebab aku tak penah rasa apa itu rindu dan takde apa yg nak dirindui... aku tak boleh mengasihi dan tak ingin dikasihi... semua itu perasaan manusia yg mmbosankan...

Areyoudys said...

as salam..
syukeanentr yang memberi pengisian berakmna untuk tinta minda dan iman..
tapi saya kasihan melihat insan2 yang kembali ke jalan Allah.tetapi nikmatnya ditarik.mati pucuk..haram bagi mereka jika ingin berkahwin kerana menyeksa pasangan..
sesungguhnya Allah itu Maha mengetahui apa yang kita tidak tahu disebalik perkara2 yang belum berlaku, sedang berlaku, telah berlaku..subhanAllah..

Awangku Johan said...

@@Jo Qusary
Hurmm.. mustahil kamu x pernah merasa rindu? rindu pada seseorang pernah tak??
Biarpun semua itu prasaan manusia yg membosankan bg kamu... tpi ianya tetap sejak azali dah bertapak d minda kamu.. mustahil rindu itu x bertapak dari diri kamu.. jangan kamu nista dgn rindu.. Huhuhu

Awangku Johan said...

@@..said..
thanks
semuanya adalah kekuasaannya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...