Jom tengok citer Alisa… Hehehe.. Saya suka tgok citer Sinetron ini.. Ok nak tau pasal citer ni.. Tonton la.. Hehehe
Sinopsis ringkas drama ini menceritakan tentang Alisa (Alyssa Soebandono), seorang gadis yang bijak, bertanggungjawab dan gigih berusaha untuk menyara kehidupan dan membiayai kos perubatan bapanya yang sakit. Walaupun masih muda, pelbagai jenis kerja dan tugasan telah dilakukan oleh Alisa demi untuk memastikan keselesaan keluarganya. Nasib Alisa berubah apabila bertemu dengan Evan (Christian Sugiono) buat pertama kalinya di dlm satu situasi yang tidak menyenangkan. Ketika itu, Alisa sedang bertugas sebagai Pembantu Jualan Minuman dan secara tidak sengaja telah terlanggar Evan hingga terjatuh.
Kebetulan pula Evan sedang mengejar seorang pencuri yang telah mengambil barangnya. Evan bertambah marah kerana bajunya basah dan dia pula perlu berjumpa dengan klien pada waktu yang sama.
Siapa sangka permainan takdir mempertemukan mereka kembali apabila Alisa menyambung pelajarannya dan Evan merupakan pensyarah di
Manakala Evan pula merasakan Alisa seperti tidak menghormati dirinya dan tidak suka akan sikap gadis tabah ini yang seolah-olah lebih arif tentang hal dunia dan sebagainya. Namun hakikatnya, mereka berdua tidak dapat menafikan perasaan antara satu sama lain. Mereka mula keluar bersama dan saling mengenali hati-budi masing-masing hingga bermula bibit-bibit cinta di antara mereka.
Kedua pasangan akhirnya bersetuju untuk memeterai perhubungan dengan ikatan perkahwinan. Namun, saat bahagia yang dikecapi tidak berpanjangan apabila kebenaran lama yang dirahsiakan kini terbongkar! Rupa-rupanya Alisa dan Evan mempunyai ikatan persaudaraan kerana Alisa adalah anak kandung hasil hubungan sulit di antara ibunya dan Henri, ayah Evan! Dengan hati yang berkecamuk, majlis perkahwinan mereka terpaksa dibatalkan dan masing-masing perlu menghadapi kenyataan yang pahit ini.
Mampukah Alisa dan Evan menerima hakikat yang pedih ini? Apakah perasaan cinta mereka akan berkubur begitu sahaja? Mungkinkah mereka akan kembali kepada bekas pasangan masing-masing yang sedia menunggu hingga diberi peluang kedua? Untuk mendapatkan jawapannya jangan lupa saksikan kisah kemelut hidup dan perasaan Alisa yang penuh emosi dan drama di TV3 mulai 8 Jun, setiap Isnin hingga Khamis, jam 2.00 petang.
Cantik kan Nia Ramadhani.. hehe..
29 comments:
alahai.bile la cite nie nk abes.
maken bebelit.
citer indon sume berbelit..tapi my parent suka gile tgk cter alisa nih..
@@0nlY_tRah
Yup, blm habis2 g coz ada 124 episod huhhuhu
hi,bila la dieorg tu dpt kawen..susah2 meh kawen dgn zaza la..gerenti xada halangan...huhu
mak mentua saya duk dpn tv lps solat zohor sampi la asar..safa dan Marwah, Alisa, Cahaya pastu ptg lak cinta dan Anugerah..terrer kan?
kenape la lambat sangat nak habis citer ne...huhuhu...
tgk jugak...tapi ya ampunnnn..bertahun nak tunggu habis cerita nya..huhu;)
@@Puteri Zaza
hurmm x lama g depa kawin tu Zaza.. tp ada pulak yg wat spoill.. huhuhu
sian dorang
@@whitecappuccino
Ewah... terernya mak mentua.. ni mesti dah faham bahasa indon ni.. Saya slalu tgok, Alisa, Safa dan Marwah, pastu Kirana.. hahaha.. giler sinetron.. AKu cinta padamu sinetron.. wahhh hahaha
@@Ryn(^,^)Nas
huhuhu.. jgn la cpt2 habis.. ada 124 episod tu
@@Siti Nur Amirah
haha.. biasa la citer Indon mmg gitu.. sbb tu best.. byk tul konflik.. saya suka citer bgini hehhee
xsuka cerita Alisa.... nia ramadhani jadi jaat dlm ni.... huhu
@@shichi_iza
HUhuhu... Saya suka tgok Ria Ramadhani.. cantik banget....
haah.... cantik sangat2.... semua drama yang ada nia ramadhani sy follow, cuma Alisa je xfollow.... hehehe
@@shichi_iza
a'ah mmg cntik sgt2.. mix katakan..
Saya juga suka nonton Safa dan Marwah.. suka tgok c Safa.. hehe
safa 2 yg terpisah ngan mak n adik dia 2 ek?????????? dulu ada follow tapi pas balik p UMS dah xfollow sebab xtau dah cerita 2 start jam brapa..... huhuhuhu bukan nyanyuk tau, lupa sikit je.... hehehehehe
@@shichi_iza
a'ah citer Safa & Marwah la tu..
hahaha.. tu simptom nk dekat nyanyuk dah tu.,..
haha.... 2 bukan sebab nak nyanyuk.... 2 sebab tv kat malaysia dah terlalu banyak drama indonesia..... hehehe (pandaikan cari alasan nak cover diri dari dapat gelaran nenek....)
@@shichi_iza
mmg pandai... hahhaa
hahaha.... xapa2, nanti buat reminder... :)
@@shichi_iza
haaa.. tu la cara yg betui
tp sekurang2nya latih minda kita mengingat slalu n jgn jg pelupa ehehe
haha.... tengah mencuma melatih diri ni, ni kawan2 pon angin sebab xpernah nak ingat no.phone dorang.... tapi nasib la tentang asgmnt xpernah lupa.... kalau lupa, habis la.... :)
@@shichi_iza
iya.. ajar otak kita mengingat
yup.. baik tuk kesihatan orang muda 2.. :)
@@shichi_iza
a'ah betul tu
sebab nak tingkat usaha ni, nak tanya petua..... hehehehe
@@shichi_iza
huhu.. sy x koleksi petua.. smua men bedal jer
hahaha.... bedal je...
@@shichi_iza
a'ah
Post a Comment