Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdullilah
Bila dihitung kira hari-hari yang berlalu, Hampir setiap hari saya meninggalkan coretan di dalam Percubaan Pertama ini. Tirai 2010 bakal berlabuh sedikit masa lagi dan yang pasti 2011 bakal membuka satu lagi lembaran baru dalam kehidupan kita kelak.
Sedikit masa saya perlukan untuk penyesuaian dengan semua keadaan di sekeliling, disamping memberi ruang kepada saya untuk membuat persiapan rohani, emosi dan jasmani sebagai persediaan untuk tahun baru. Tough times never last.
Sudah tiba masa saya benar-benar serius untuk menukar paradigma sebagai pelajar kepada figura penting yang bertindak ‘memanusiakan’ pelajar-pelajar saya kelak. Besar istilahnya sebagai GURU biarpun kadangkala dianggap enteng oleh sesetengah pendapat.
Suka saya berkongsi peribahasa cina yang dipelajari, ‘ming shi chu gao tu’ (guru yang baik akan lahirkan pelajar yang baik)- peribahasa cina.
2010 hanya akan berlalu dengan coretan peristiwa yang sudah tersedia berlaku. Dan yang paling penting sebagai hamba, setiap perkara penting untuk kita mengambil iktibar serta mengkoreksi diri samaada setiap waktu pinjaman-NYA sudah dimanfaatkan atau sebaliknya.
Saya kira anjakan perubahan daripada alam mahasiswa kepada alam pekerjaan merupakan satu lagi metamorphosis yang perlu saya lalui dalam peringkat hidup. Pekerjaan yang kita lakukan dalam kehidupan seharian baik sebagai lao shi (guru) mahupun tong xue (pelajar) sudahkah cukup baik untuk mendapat ganjaran pahala ibadah?
Melihat keseluruhan
Mengapa perlu dilakar semua pengalaman-pengalaman yang sedia sudah berlaku?
Muhasabah buat kita. Moga-moga kita tidak lupa setiap ujian, kejayaan, kesusahan, kegembiraan, kepahitan itu sebenarnya sentiasa menyedarkan hakikat kita sebagai hambaNYA. Hidup ini pengakhirannya diakhirat
Tahun 2010 tahun yang pendek.
Sedar tidak sedar kita sudah sampai ke penghujungnya. Jadikan hari ini lebih baik dari hari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ini. Ameen.
Allahurabbi.
Oh ALLAH
Give me the guidance
To know
When to hold on
And
When to let go
And the grace
To make the right decision
With dignity
Ameen.
21 comments:
assalamualaikum
:)
sy ingin mengucapkan selamat tahun baru 2011 :)
salam awang~ betul tu~ tup tup da penghujung tahun da~ subhanallah..cepatnye masa berlalu kan? moga tahun baru akan jadi lebih baik~
Berapa jam je lagi nak masuk tahun baru ni~~
Ameen..all the best for all of us for the years ahead..
one more thing Awang..akak minta maaf mlm tadi buka nak buat entri tag tu tengok2 dah tutup ya mlm tadi huhu..tak sempat buat..sorry ya..
Ameen. :) May Allah bless us.
@@Nur Azila Ismail
thanks ya..
saya pun nk ucapkan happy new year 2011.. moga d murahkan rezki tuk thn baru ni
@@Sunah Mohammad
Yup betul tu.. x sangka masa cepat berlalu.. dan tak sangka usiaku mningkat lagi huhu.. muhasabah diri
anda di tag...
http://storymoryluahanku.blogspot.com/2010/12/izamir-ridzwan-pendrive-giveaway.html
@@whitecappuccino
thanks is..
ok kak tak pa hehe.. small matter jak tu
@@whitecappuccino
thanks is..
ok kak tak pa hehe.. small matter jak tu
@@A.D.A.M
thanks ya adam
Amen, semoga Allah memberkatinya :)
20 je lagi.. adeh..tinggal 30 minit je lagi... http://shahjiehan.blogspot.com
@@ Cik Z@i Pen@nG
thanks ya tag saya
@@Shaheila Malek
amin
thanks yaa
@@shahjiehan
hahaha.. p la countdown.. saya stay d rmh jer
Happy New year!! ^^
happy new year..!! semoga tahun 2011 lebih baik dari tahun 2010,,,hehe
@@AiDa AzRyN
Happy New Year too
@@Syed Hilmi Syed Yahya
Happy New Year too..
yup.. moga thn 2011 ni lbh baik berbanding thn sblmnya
teng ak...bagi support kat awin...selamat tahun baru..harap ak ade masa tuk ber bloging..hehehehe...xdelaaa...errrmm...selamat menjadi guru yer nanti....ak...awin x dapat capai target pekse arituuuu....sedoh la...naik 0.01 jerrr...
@@azwa_amani
Thanks ya awin..
Insyaallah AK kena wat time management tuk berblog..
Thanks atas doanya.. amin
Tak pa.. masih ada bbrp sem lagi kan.
g pun still 3.7 above kan??
congrats
Post a Comment