"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Friday, December 17, 2010

Planet Baru Ditemui Penyelidik Qatar




DOHA - Sepasukan ahli astronomi diketuai Qatar bagi mencari planet baru di cakerawala telah menemui sebuah planet yang mengelilingi sebuah bintang yang terletak sejauh 500 tahun cahaya dari Bumi.


Planet tersebut dinamakan Qatar-1b, sempena nama negara Asia Barat itu.


Planet itu sebahagian besarnya terbentuk daripada gas dan 20 peratus lebih besar berbanding Musytari iaitu planet kelima dan terbesar dalam sistem suria.


Yayasan Qatar Bagi Pembangunan Pendidikan, Sains Dan Komuniti semalam memberitahu, penemuan planet baru itu akan dilaporkan dalam jurnal bulanan, Monthly Notices of the Royal Astronomical Society.


"Penemuan planet Qatar-1b merupakan pencapaian yang hebat sekali gus membuktikan komitmen Qatar untuk menjadi pelopor dalam bidang sains inovatif dan penyelidikan," kata ketua bancian sistem planet luar suria yang juga pengarah penyelidikan yayasan berkenaan, Dr Khalid Al Subai.


Seorang lagi ahli astronomi dalam penyelidikan itu, Professor Keith Horne dari Universiti St. Andrews di Scotland berkata, planet Qatar-1b membuat pusingan lengkap mengelilingi bintangnya setiap 1.4 hari bermakna satu tahun di planet itu menyamai 34 jam di Bumi.


Sebahagian planet itu menghadap bintangnya berbeza dengan Bumi yang berputar pada setiap 24 jam yang menyebabkan berlakunya siang dan malam. - AFP


10 comments:

LynnAiza said...

planet baru lagii..

Syed Hilmi Syed Yahya said...

baru agi,,,,,ari bace paper,jmpe lgi,tp kt paper 2 lgi banyak dier jmpe planet baru....

azwa amani said...

ermmmmmmmmmm.. :)

ijatnuar87 said...

makin byk planet baru yg dijumpai...apakah mkna disebalik semua nih?

Awangku Johan said...

@@nama.aku.lynn
byk betul planet baru yg di temui d sistem suria kita ni.. ALLAH tu mnciptakan pelbagai rupa dan bentuk.. So, maybe ada pghuni slain kita manusia d planet lain.. Wallahualam

Awangku Johan said...

@@Syed Hilmi Syed Yahya
Wallahualam..

Awangku Johan said...

@@azwa_amani
Awat?? terpegun

Awangku Johan said...

@@ijatnuar87
Maknanya wallahualam..
Ini taakulan dari saya la.. Allah itu mnciptakan kita plbagai rupa dan bentuk... so ini la kekuasaannya...

izirah said...

kuasa Allah yang tiada tandingannya..

Awangku Johan said...

@@izirah
iya.. kuasa Allah yg amat luas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...