"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Tuesday, December 14, 2010

Pesanan Tuk Bakal Suami/Isteri


Sekadar gambar hiasan (Ihsan dr Mr. Google)



Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam?? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita relax saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.


"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang gadisjuga rakan sejawat kami. Maka jawablah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. "Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya Si lelaki lagi dengan penuh angkuh dan bersemangat. "Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.


Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangga nya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkanundang-undang itu kepada lelaki juga.


Kalau tidak pandai jadi imam,belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimami satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus beberapakawan wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembah yang jemaah di rumah bersama anakisteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinyalebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri -sendiri.


Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan seperti mana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki.


Jangan malu untuk dilihat baik. Kenapa malu untuk dilihat baik tetapi tidak malu dilihat jahat? adakah sudah tertipu dgn syaitan dan nafsu?


P/s:*pesanan utk bakal laki sayer..kt mne pon awak brader..saper pon awak..xkesah r..asalkan laki..sayer nk jd makmum awak..nk aminkan doa awak..xpndai doa arab pon xper..sayer pon xpaham..doa bm sudaa..asalkan eklas..laju j sayer aminkan..=P

awak doa sayer aminkan..sayer masak awak makankan..jgn kutok2..sayer blajo masak yer..=)


P/s:*pesanan untuk bakal isteri saye..takpelah tak pandai masak pun....saya pun pandai masak aperr..stakat asam pedas tu..anytime..nanti saye ajar awak masaklah...no problem...lagipun saya nak mainten perut sampai jadi atuk...barula cucu2 saya respek saya imam yang ada 6paxs. bukan atuk yg ada diabetes dan etc2...

15 comments:

shichi_iza said...

adehhh, ada jua lelaki cam ni.... tapi bagus juga sebab benda ni ble sedarkan kita... bukan je tuk bakal2 pengantin tapi yang masih lagi bujang, supaya ilmu d dada lebih bnyak bila dah bergelar suami dan isteri.... start dari awal la sorg lelaki 2 perlu belajar jadi imam supaya tak kekok bila nak jdi imam tuk keluarga dia.... ^^V

Anonymous said...

nice entry,,suke3x,,heheh

DAK MAKTAB SOMBONG

wanita mutalib said...

betul jugak kan!! :)

Anati Soki said...

nice entry :)

Mun said...

sangat suka entry nie! (^___^)

Pn Haslina said...

salam.

terima kasih sudi berikan komen di blog timeless..InsyaAllah, dengan izin Allah produk ini dapat membantu menyelesaikan masalah saudara.. Kita hanya berusaha, Allah yang menyembuhkannya. Tak cuba tak tahu.

kalau saudara nak mencuba produk ini, bolehlah emailkan alamat surat menyurat dan bayaran RM 97.50 tak termasuk kos penghantaran RM 6. pembayaran bolehlah dibuat melalui akaun maybank spt dipaparkan di blog saya. Sila informkan kpd saya jika pembayaran telah dibuat.

Terima kasih

sengihzone.com said...

waa terbaik post nie..tapi bagi yang bole jadi imam tu elok diperbaiki kan2..jangan dok bannge diri boleh jadi imam...hari nie lagi baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini

Awangku Johan said...

@@shichi
Yup... betul kata awak..

Awangku Johan said...

@@iszieylyanziy
thanks..

Awangku Johan said...

@@Wanita Mutalib
a'ahhhh...

Awangku Johan said...

@@ANATI SOKI
thankss

Awangku Johan said...

@@Pn.Haslina
insyaallah, cnfirm awang akan beli.. Tp.. hehe.. tgu gaji 1st hehe

Awangku Johan said...

@@Cik Moon
sangat suka.. apa lg copy dah sebarkan dakwah ini

Awangku Johan said...

@@mekygearhead
a'ah perbaiki dan halusinya..

Anis Shafeera Sapli said...

like...
nice entry :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...