"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Friday, December 17, 2010

Mahasiswa Kecewa Harga Barang Naik


Ihsan dr Mr.Google


Rakyat Malaysia dikejutkan dengan kenaikan harga barang '4 dalam 1' pada minggu lalu. Kenaikan ini memberi beban yang besar kepada rakyat Malaysia memandangkan musim persekolahan akan bermula pada awal Januari hadapan.

Lebih malang lagi, kesannya bakal dirasai oleh seluruh lebih 300,000 mahasiswa di Malaysia apabila semester baru akan dibuka menjelang hujung Disember ini.

Alasan pengurangan subsidi harga barang amat tidak relevan apatah lagi kenaikan barang baru sahaja berlaku tidak sampai enam bulan lepas iaitu pada 15 Julai yang lalu.

Di sini, mahasiswa mempertikaikan di mana prinsip 1Malaysia yang dilaung-laungkan oleh Kerajaan selama ini. Jika betul rakyat didahulukan, kenapa kenaikan berlaku dalam masa enam bulan?

Seperti kata pepatah 'kera di hutan disusui, anak sendiri mati kelaparan.' Rakyat terus menjadi mangsa penarikan subsidi sedangkan kerajaan mampu membayar perunding-perunding asing dan kroni mereka.

Jika terus menerus berlaku perkara seumpama ini, mahasiswa pastinya akan terus dizalimi demi menjaga kepentingan sesetengah pihak.

Kenaikan harga makanan di kampus pusat pengajian tidak dapat dielakkan lagi kerana pengusaha kafe atau kantin terpaksa menanggung kos pengangkutan lebih dari biasa akibat kenaikan petrol dan diesel serta kos bahan makanan seperti gula.

Hal ini menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati terutamanya mahasiswa yang akan menempuh semester baru. Bagaimana hendak cukup biasiswa/pinjaman diberikan jika keperluan sara hidup semakin naik.

Kesannya, lebih ramai mahasiswa terpaksa mengikat perut untuk meneruskan pengajian dan berkerja sambilan untuk menampung kos sara hidup.

Jika perkara ini berlaku secara berterusan, bagaimana Malaysia hendak melahirkan pelapis dan rakyat yang kompeten dari sudut akademik mahupun sahsiah jika mahasiswa tidak dapat fokus dalam pengajian mereka?

Ihsan dr : pelajar tahun 4, jurusan Pengajian Ilmu Wahyu dan Warisan, UIAM dan merupakan exco perhubungan awam, Kelab Ma'ruf 2009/10.

17 comments:

zaMir said...

sgt2 bersetuju dgn tajuk nih...macam mana la saya nak bertahan dalam beberapa tahun kat universiti kalau bnda nih berterusan...

shichi_iza said...

sokong sangat2 tapok ni..... sem lepas pon harga seketul ayam dah RM2, xtau la sem baru ni brapa harga dah ayam seketul.... :( nak salahkan cafe pon xboleh sebab kos yang mereka tnggung pon tinggi, pengangkutan, bil2 lagi + sewa yang d kenakan pihak U or kolej kat pengusaha cafe pon tinggi, boleh cecah 10k 1 sem...

Awangku Johan said...

@@zaMir
bersabar ya... maybe zamir kena cari inisiatif tuk meneruskan pgajian d U.. Dlu saya pun bgitu jg.. cara nk meneruskan idup d U n dptkan duit poket lebih dgn jadi skim pelajar bekerja d HEP serta menjadi Research Assistant (RA) pnsyarah.. so leh la tanggung sara idup saya d UPSI dlu.. So, skrg ni sya akan menempuh alam pekerjaan pula.. so kena pndai2 berhidup yaa..

Awangku Johan said...

@@shichi_iza
hurmm kat tnjong malim sketul ayam dah Rm2.50 - 3.00 huhhuu...

shichi_iza said...

lagi mahal.... xyah la makan ayam, kita mancing je kat tepi sungai 2..... hehehehe

kay yea said...

belum pape pn cafe kat kolejku dah mhl..huh

Awangku Johan said...

@@shichi_iza
haaa.. x makan ayam huhu xleh ar..
sy yg slalu masuk gym n senaman ni cnfirm kena makan ayam tu huhu.. klu x mkn habis la bdn saya

Awangku Johan said...

@@kay yea
sabar jak la kay.. huhu
dah nasib negara kita begini huhu

shichi_iza said...

owh ek..... hehehe terlupa plak AK ni ahli gym.... tekar ngan menu lain x ble ek????????????????????????????? @_@

Awangku Johan said...

@@shichi_iza
a'ah kena makan ayam.. huhu..
boleh tp kena makan ikan dan gading.. x yah mkn nasi

shichi_iza said...

napa plak cam 2??? (ni soalan cikgu tadika ek..... haha)

Awangku Johan said...

@@shichi_iza
hahaha.. pgmbilan protein tuk badan

shichi_iza said...

nasi kan tuk tenaga.... @_@

Awangku Johan said...

@@shichi_iza
tp klu mkn nasi terlalu byk d kala malam tu la yg akan jd lemak

shichi_iza said...

yup... malam xguna tenaga bnyak... ni sy xmakan mlm pon dah mkn malam kat uma time cuti ni.... xnak mkn pon x ble sebab mkn ngan family...

Awangku Johan said...

@@shichi_iza
klu AK just mkn ikan jak.. tidak makan nasi

shichi_iza said...

xsuka nk merata... 2 la mesti mkn nasi juga.... huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...