"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Saturday, December 25, 2010

Kualiti Siswa Isu Subjektif

TIADA BEZA...kejayaan adalah hak milik individu tanpa mengira kaum, latar belakang atau status.


SEJAK sekian lama mahasiswa Melayu dilemparkan pelbagai tanggapan negatif yang bukan saja mencalarkan maruah bangsa, malah mencacat celakan kredibiliti sistem pendidikan negara yang bertanggungjawab melahirkan graduan saban tahun.

Menolak ke tepi rasa tanggungjawab dan sensitiviti masyarakat, mereka dengan mudah memperlekehkan pencapaian graduan ini kononnya gagal bersaing, kelulusan hanya cukup makan selain terbabit dengan pelbagai gejala sosial. Stigma itu bukan saja mewujudkan pelbagai persepsi negatif, malah bagai memperkotak-katikkan harga diri mahasiswa yang berjuang di menara gading demi segulung ijazah. Persoalannya, benarkah mahasiswa Melayu begitu lekeh hingga mudah mengaku kalah? Apakah ia agenda pihak tertentu yang sengaja mencari publisiti murahan demi melunaskan hajat masing-masing?

Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar, berkata bukan isu baru mahasiswa Melayu dilemparkan pelbagai tanggapan negatif. Beliau berkata, sikap itu bukan saja boleh mencetuskan pelbagai masalah, malah menggugat sistem pendidikan negara yang telus memberi pendidikan tanpa mengira latar belakang individu.

“Sistem pendidikan negara tidak pernah membezakan antara satu sama lain, semuanya berhak menerima pendidikan setara. Malangnya ada individu tidak melihat kelebihan itu, malah lebih senang membuat propaganda sendiri.

“Mahasiswa Melayu diperlekehkan tanpa usul periksa. Tindakan ini tidak adil kerana bukan saja menjatuhkan maruah, malah memberi kesan kepada institusi, keluarga, masyarakat dan majikan. “Ia tidak sepatutnya dipolitikkan kerana isu ini boleh menggagalkan usaha mencapai matlamat pembangunan jangka panjang,” katanya.

Isu prejudis terhadap mahasiswa Melayu sudah lama timbul antaranya membabitkan kuota kaum di universiti, pinjaman pendidikan dan penggunaan bahasa Melayu. Ada juga tuduhan menyatakan mahasiswa Melayu memperoleh pelbagai keistimewaan hingga menjejaskan pencapaian di menara gading selain malas berfikir, teknik pembelajaran lemah serta mengamalkan budaya belajar di saat-saat akhir.

ILMU...pencarian ilmu bukan mudah dan memerlukan sokongan pelbagai pihak bagi melahirkan graduan cemerlang, berdaya saing serta mampu memenuhi piawaian majikan.


Mengulasnya, beliau berkata itu hanya persepsi semata - mata kerana pencapaian mahasiswa Melayu pada hari ini sangat mengagumkan setara bangsa lain tanpa memperoleh apa-apa keistimewaan. Kualiti mahasiswa ini, katanya, bersifat subjektif dan tidak tertumpu kepada satu golongan semata-mata sebaliknya bergantung pada individu. “Kualiti graduan Melayu lemah hanya persepsi dan khabar angin. Pencapaian graduan bersifat subjektif, ada cemerlang, begitu sebaliknya.

“Betulkan persepsi itu, buka minda dan lihat senario tanpa prejudis. Jika ada kelemahan, perlu diperbetulkan, bukan mengutuk demi kepentingan diri sendiri,” katanya. Katanya, usaha melahirkan graduan yang menepati keperluan industri dan masyarakat bukan mudah dan menghadapi banyak.

“Ramai tidak melihat kesungguhan institusi, sebaliknya suka memperbesarkan isu remeh. Ini kerugian besar kepada anak bangsa kerana tidak mendapat sokongan padu masyarakat,” katanya. Menurutnya, kebanyakan majikan mengiktiraf kebolehan mahasiswa Melayu dan tidak timbul isu gagal bersaing.

“Ramai graduan Melayu membuktikan kecemerlangan dan menguasai pelbagai bidang pekerjaan atau berpendidikan tinggi. “Kemampuan graduan ini sudah lama diperakui hingga ke peringkat antarabangsa. “Justeru, tidak wujud konsep diskriminasi pencapaian atau peluang berdasarkan bangsa, ia bergantung pada keupayaan masing-masing meraih kepercayaan majikan,” katanya.

Mengulas tindakan segelintir pihak menyalahkan institusi jika gagal melahirkan graduan Melayu cemerlang, beliau berkata, institusi bertanggungjawab menyediakan pelbagai peluang dan kemudahan, namun tidak menjamin kejayaan mereka.

“Apabila berlaku kemerosotan pencapaian, hanya universiti ditempelak dan dipersalahkan. Kami hanya menyediakan peluang, mahasiswa bertanggungjawab merencanakan masa depan.

“Justeru, berilah sokongan dan jangan memperbesarkan isu yang boleh mengganggu gugat masa depan generasi menara gading,” katanya.


INFO

Antara faktor utama
mengapa masyarakat sering memandang serong pada pencapaian mahasiswa Melayu:

>> Kurang matang pemikiran.

>> Bersikap negatif dan memerlukan motivasi.

>> Berjaya apabila suasana terkawal tapi boleh berubah kepada positif atau negatif jika berlaku kejutan budaya.

>> Memerlukan banyak bantuan daripada persekitaran dan tidak pandai berdikari.

>> Belajar atau melakukan tugasan pada saat akhir, kurang peka, malas berfikir dan bersikap suka bertangguh.

8 comments:

iniialahaku said...

mahasiswa sndiri perlu tnjuk yg diri dorg tul2 bloh brsaing..yg org dok sgka bruk sebb da ssetgh yg prngai cam pa ntah lagi 2je

Turtleman said...

good posting...hu3... memang la banyak yg keluar tanpa kualiti yg bagus di universiti..mengikut pengalaman saya siswa lebih suka cenderun pada praktikal berbanding tiory yg dilaksanakan di kebanyakkan universiti...:-)sbab tu la siswa kurang cenderung hu3...:P

Anonymous said...

setuju!

ewanthology said...

kualiti bergantung kepada attitude mahasiswa itu sendiri... ilmu bukan di ipta shj, ilmu menghadapi cabaran di dunia luar juga penting

Awangku Johan said...

@@iniialahaku
a'ah.. kena tampil diri yg mrk blh berjaya.. jgn duk sangka buruk.. coz yg mmbuatkan buruk tu hnya sesetengah sahaja..

Awangku Johan said...

@@Areliff
thanks..
betul.. kebanyakkan student lbh kpd prktikal drp teori.. macam saya.. bljr d universiti kbykkan nya teori dan praktiknya kurang d laksanakan.. so, oleh itu, phk u kena lbh bykkan praktikal berbanding drp Teori.. skadar teori wat apa kan.. huhu

Awangku Johan said...

@@Lelaki ini
thanks ya

Awangku Johan said...

@@delarocha
ilmu itu meluas.. betul tak..
betul kata kamu attitude seseorang itu individu itu pnting tuk tjukkan dia blh bersaing dgn yg lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...