SEORANG kanak-kanak perempuan meronta ketika mudim wanita melakukan prosedur khatan. - Gambar hiasan
BAGI sebahagian besar masyarakat Islam di negara ini, mengkhatankan bayi perempuan dianggap sebagai satu tuntutan agama walaupun secara dasarnya ia bukan amalan yang wajib dilaksanakan. Rata-ratanya percaya, bersunat boleh mempengaruhi kesihatan sepanjang hayat sama ada untuk lelaki mahupun wanita.“Bersunat bagi wanita bertujuan untuk menjaga kebersihan selain daripada mengawasi kesihatan batin.
“Menurut petua orang-orang lama juga, berkhatan dapat memelihara diri daripada mendapat pelbagai penyakit.
“Ia juga merupakan satu cara untuk mendoakan zuriat menjadi perempuan yang baik dan solehah apabila dewasa nanti,” jelas pengamal perbidanan tradisional, Nikmah Suhaidi, 49, ketika ditemui Jurnal di rumahnya di pekan Dengkil, Selangor baru-baru ini.
Amalan dituntut
Mewarisi kepakaran turun-temurun daripada keluarga sebelah ibunya, wanita berketurunan Melayu Boyan ini sudah 18 tahun menyunatkan kaum Hawa. “Selain bayi, saya juga menyunatkan wanita dewasa, sama ada wanita Melayu yang tidak pernah bersunat mahupun wanita yang baru memeluk Islam.
Menurut Nikmah, wanita mualaf memilih untuk berkhatan kerana mereka menganggap ia sebagai ritual pembersihan selain membuktikan kesediaan mereka untuk menjalani kehidupan sebagai wanita Islam. “Ia bukan paksaan, tetapi amalan yang dituntut. Selain itu, saya juga percaya, berkhatan mampu memelihara gelora nafsu dan mengurangkan rangsangan berlebihan terhadap kaum Adam.
“Saya tidak pasti sama ada terdapat kajian yang jelas tentang sunat mampu mengawal nafsu berahi wanita. “Namun, menurut pengalaman saya, sudah beberapa kali wanita dewasa yang dikhatankan mengakui lebih mudah mengendalikan rangsangan seksual mereka,” katanya yang pernah mengkhatankan beberapa orang pekerja seks sebelum ini.
Mengupas lebih lanjut kaedah berkhatan bagi perempuan, Nikmah memberitahu, lazimnya bayi perempuan disunatkan ketika masih kecil, seeloknya beberapa hari selepas dilahirkan. Namun, ada juga ibu bapa yang memilih untuk menunggu hingga setahun sebelum mengkhatankan anak masing-masing.
SEORANG wanita menenangkan anaknya dalam satu prosedur berkhatan khusus untuk wanita di
Kerat 1.3 sentimeter
“Bersunat bagi perempuan ialah dengan memotong sebahagian muncung daging yang tersembul berdekatan saluran kemaluan wanita. Ia terletak di sebelah atas faraj yang kelihatan seakan-akan bonjolan. “Bagi wanita dewasa, daging yang dipotong kira-kira setengah inci (1.3 sentimeter).
“Alat yang digunakan untuk memotong ialah mata pisau cukur yang dipotong empat untuk bayi dan gunting kecil untuk wanita dewasa,” ujarnya. Selain itu, kelengkapan lain yang diperlukan dalam adat berkhatan ialah kain putih yang bersih, minyak gamat, kain kapas dan duit syiling lima sen.
“Kain putih biasanya akan disediakan sendiri oleh pihak yang ingin dikhatankan. Bagi bayi perempuan, kain yang diperlukan ialah sepanjang satu meter dan dua meter bagi wanita dewasa. “Kain tersebut akan digunakan sebagai alas punggung selain untuk membungkus duit syiling sebagai pelapik mata pisau cukur bagi mengelak mata pisau menoreh tangan. “Bagi wanita dewasa pula, selain dijadikan alas, kain putih juga digunakan untuk membungkus daging yang digunting sebelum ditanam,” tambahnya.
Sungguhpun masih mengekalkan berkhatan cara lama, Nikmah tidak pernah berkompromi tentang kebersihan. Setiap peralatan seperti kain, mata pisau dan gunting, akan dicuci bersih sebelum digunakan. Malah, bekas bidan di klinik swasta ini juga tidak akan menggunakan peralatan yang sama untuk pelanggan berbeza.
“Kain, mata pisau dan gunting akan digunakan sekali saja. Ia akan dibungkus dan ditanam bersama daging yang dipotong tadi. Ini untuk mengelakkan jangkitan kuman dan komplikasi lain.
Tambah Nikmah, untuk memudahkan proses berkhatan, seelok-eloknya kita memulakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Tanpa sebarang suntikan bius atau ubat pelali, Nikmah melakukan tugasnya dengan berbekalkan ayat suci al-Quran selain selawat.
“Selesai berkhatan, saya akan memandikan mereka dengan air limau sambil membaca selawat, ia bertujuan untuk membersihkan diri dan menjauhi perkara tidak baik daripada berlaku,” ujarnya yang pernah mengkhatankan bayi yang baru lahir hinggalah wanita dewasa berusia 50 tahun.
p/s : Rupa-rupanya wanita pun ada berkhatan@bersunat ek… Hehehehe..
19 comments:
jarang2 dengar wanita brkhatan...
@@zaMir
yup betul tu.. mmg jarang2 d dgr
wanita berkhatan tu wajib bagi islam..tapi kalau tak silap sunat masa bayi lagi,paling awal 17 mgu. ish2..pelik plak dgr pmpuan dah bsar2 b'sunat. laki lain lah~
@@aida4eva
tu yg awang pernah dgr.. time budak jak bersunat.. tp ni besar2 baru nak sunat heheheehe
hahaha.info yg menarik.kalau terer.pigi cari cerita pompuan yg umur 50 tahun kena sunat toh.hehe.mesti gempak! ;p
hehhe..besenya pas lahir terus sunat utk bayi gegel..tp yg masuk mualaf ni, mungkinlah khatan time besor..
p/s : nak exchange list blog dak..let me know kat kotak komen ek, klu cbox tkt terlepas pandang..
http://ceritaindahkami.blogspot.com
mazhab syafie kena bersunat tp hanafi x mewajibkan pun.
biasanya pompuan sunat masa bayi.. dah ada anak nnt jgn lupa pula nak sunatkan
betul mcm kata aida..kat malaysia, budak2 perempuan dikhatankan masa masih bayi lgi..yg gmbr2 kt ats tu diorg dah besar..
hehe..kan mmg ade. :) mase baby2 dlu.. yang bsar2 ni mcm yg baru masuk islam maybe kan.. :)
mmg pelik kalau wanita besunat bila umo dh beso panjang.. hahah!
hikmah bersunat nih untuk jaga kebersihan juga.. kekadang bila dh terkencing, air kencing tuh takut ada sisa yg tggl lagi kat kulit yg berlebih tuh jika basuh xbersih..
@@Liling
haaaa.. pempuan 50 thn bersunat.. ??? hahahaha
@@cikpuanhady
a'ah kebiasaannya gtu la, smasa baby g dah d sunat.. ni dah besar2.. hehe
@@fa10
yup betul tu
insyaallah, dah ada anak nnti cnfirm la akan d sunatkan hehe
@@cik ciput
yg dlm pic tu kat Indonesia
@@Mra Mastura
ye kot..
@@Nieyzar
hahaha.. ko gelak ek..
@@Burp
yup betul tu.. lg 1 tuk hindar dari pyakit kelamin
ada. wajib oke. hehe. salunya baby lagi dh kena khatan.so slmat skit. hehe
Post a Comment