"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Friday, December 24, 2010

Kerana Udang Geragau Umat Islam Terus Dirundung Malang







Selama 3 hari bermula 10-12 Julai 2009, aku berkesempatan mengiringi Ketua Jabatan ke lawatan penyelidikan ke Daerah Larut Matang dan Kerian, Perak. InsyaAllah bermula dengan entri pada hari ini, aku akan menyelitkan apa yang menarik di daerah tersebut. Mana yang baik ambillah ia dijadikan contoh. Manakala yang tidak dijadikan ingatan sepanjang hidup.


Aku pasti, bila ditanya tentang udang geragau. Pasti kalian rasa teruja dengan rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi goreng memang menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam masakan-masakan lain dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan utama utama untuk resipi sambal dan kuah bagi mee.


Aku terjumpa secara tidak sengaja industri ini ketika hari terakhir selepas tiba di jeti Kuala Gula, Kerian semalam. Aku lihat masyarakat Cina di sini yang merupakan nelayan kebanyakannya, menjadikan udang geragau sebagai hasil pendapatan mereka. Aku agak terkejut dengan penemuan ini. Lihat sajalah udang yang dijemur itu hanya diletakkan di atas kanvas di atas tanah. Selalunya bagi mereka yang arif, penjemuran seperti ini dibuat di atas pangkin khas.


Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja Indonesia membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan.


Lihatlah mereka hanya berpakaian seluar pendek sahaja. Rambut dan peluh bila-bila masa sahaja boleh tercampur sekali dengan geragau tersebut.


Lihat juga kasut yang mereka pakai. Kasut itulah juga digunakan untuk memijak tanah di luar kanvas. Sedap bukan udang geragau yang kita makan?


Ini pula penemuan yang lebih mengejutkan! Tiba-tiba aku ternampak dua ekor anjing berkeliaran di kawasan jemuran tersebut.


Anjing-anjing tersebut dengan selamba melalui kawasan kanvas jemuran. Manakala pekerja industri itu hanya membiarkan anjing-anjing itu tanpa dihalau.


Lihatlah betapa enaknya geragau yang bakal tiba di rumah kita dikongsi bersama dengan anjing-anjing ini. Malah dapat dilihat anjing-anjing berkenaan memijak geragau yang sedang dijemur tersebut.


Aku semakin teruja melihat gelagat anjing-anjing tersebut dan terus menghalakan D60 untuk meneruskan kerja-kerja mengambil gambar. Dan…..


Gambar di atas menjadi finale kepada industri geragau yang aku lihat! Lihatlah kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja kencing hanya beberapa sentimeter sahaja dari kanvas jemuran! Astagfirullah! Jadi kalian, masih mahu makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku geleng kepala. Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan halal di Malaysia, kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti ini. Aduhai!


ihsan dari penulis : hpa.online


Pic di bawah ini adalah pic semasa saya dan rakan-rakan wat program Baktisiswa Darul Ridzuan di Kuala Gula… So, ini adalah pic simpanan saya pada tahun 2008… Tak sangka masih ada simpan, so memang betul apa yang penulis di atas buktikan.. Memang banyak anjing di kawasan menjemur udang kering tu.. Huhuhuhuhu… Masa itu, dah x nak makan udang kering… Huhuhu


Bergambar sakan semasa wat lawatan d kawasan proses udang kering ini


Arghhh… tak tau la air rebusan udang tu sntiasa bertukar-tukar atau tidak…. Huhuhuhu..



45 comments:

Jo Qusary said...

dulu pernah dpt dlm email psl pembuatan udang geragau nie... pastu gi tgk site tu sebab aku tinggal kat Lumut time tu dan nak tau jugak samada udang geragau sedap aku makan dlm balang kecik tu halal atau tak...

semenjad dr aritu aku tak sentuh udang geragau lagi daa...

apezs shah said...

ewwwwwwww naseblaa saya tak makan...

Ibu Aqmar said...

adeh...kena stop mkn belacan n cencalok la pas ni..huhu

Ibu Muda 30series said...

adoyaii..gelinya...ni udang yg sama utk buat cencaluk kan? hurm..terasa geli plak kat tekak ni :(

Nak hadiah Beads Blouse? Jom Join GiveAway ni

Entry Terkini:

Ragam Keluarga Inchik Moza -

Bila kakak pakai baju melayu

Dunia Aku Ibu Muda - Orang lain pon nak smayang jugak

syuwai said...

erk..??

banyak nya perasa tambahan !

alin said...

eee...ada anjing tu yg xbleh blah...

❤ lovelymasha❤ said...

bagus info ini...kadang2 kita terlupa utk fikir smpi ke tahap itu...tq

zaL_cdpx said...

YA ALLAH !!! mintak share nk sebar kat fesbuk leh????

PENTING NIE... harus dsebarkan

Fiqah Alias said...

erkk..!! xnk makan udang kering dh..!!!! huhu...thanx yer cikgu utk perkongsian nie..

rafina mimi abdullah said...

terus buang udang geragau yg ada kat dalam peti sejuk kat rumah..huhu :(

Unknown said...

errr..baru tau..tx info

Syed Hilmi Syed Yahya said...

errgghh,,,x nk mkn dh ar Udang geragau nie....

iniialahaku said...

errrr..gila ah..udg ni yg best pon klu wat msak nsi gorg..huhuu..

ara rara said...

adoii..
tak nak makan laaa.
huhuh


sudah di follow..
thankz singgah blog ara.
=]

shahjiehan said...

ERK..INI BARU UDANG,BLUM LAGI BENDA LAIN~...JAKIM PERLU PANTAW BENDA NIH~

Shaa said...

ish mual tekak....anjing bersepah2
hu3

SWEET YUMMY ♥ SWEET LIFE

Cikin said...

ee . taknak laa beli udang geragau .

Unknown said...

Suatu pendedahan yang cukup menyedarkan... kalau masih lagi teringin nak makan udang tu.. tanpal aje gambar-gambar tu kat meja makan... :)

Mohd Firdaus said...

ahhh...tidak..mengapa begini? teruk btl la..x sggup mkn klo mcm ni...

Kuronofu91 said...

dah follow!!! OMG!! anjing???? hish3..harap...sy x makan udang dr kilang nie...huhuhuh

Pink Pearl Lady said...

eee.....
sapa yang makan mesti rasa sedapkan,
memang sekarang pengilang tak berapa ambil kisah pasal kebersihan,bg mereka hanya mahu kaut untung saja...

ijatnuar87 said...

aduyai...biar btol...mmg ko pegi ker tmpt tu?ingtkn tu gmbr kat indon...mmg situasi cam dlm gmbr tu ek...aduyai...(nasib baik aq xmkn,hehehe)

Awangku Johan said...

@@Jo Qusary
ooo penah dpt email ek.. saya p wat lawatan ke tmpt ni dgn 100 pljr UPSI yg lain.. huhu mmg jelek ar nk mkn huhu

Awangku Johan said...

@@apezs shah
ooo nasib ar x mkn.. klu termakan redha jak la kan? huhu

Awangku Johan said...

@@akmafaizal
hahaha.. kat kg awang.. kita orang wat sdiri belacan ar.. so slamat la.

Awangku Johan said...

@@Aku Ibu Muda
hahahaa.. dah geli anak tekak.. hurmm tak pa p beli udang cencaluk kat tmpt lain

Awangku Johan said...

@@syuwai
byk kan perisa tambahan dia.. haha

Awangku Johan said...

@@✿....rossa alina....✿
anjing tu la kot penambah prisa hehehe

Awangku Johan said...

@@ ❤ C!K MAZ's❤
yup thanks ya...

Awangku Johan said...

@@zaL_cdpx
boleh, amik je.. sebarkan kat saudara2 seislam kita

Awangku Johan said...

@@Fiqah Alias
sama2.. g pun ni tuk perkongsian kita bersama

Awangku Johan said...

@@Rafina Mimi Zairul Murni
eh x mmbazir ke? hehe

Awangku Johan said...

@@a'im
sama2

Awangku Johan said...

@@Syed Hilmi Syed Yahya
makan udang lain jak ek

Awangku Johan said...

@@iniialahaku
tu la.. mmg sedap ni kalau masak dgn nasi goreng

Awangku Johan said...

@@ara
thanks ya

Awangku Johan said...

@@shahjiehan
betul, byk g benda2 lain yg kita perlu was2..

Awangku Johan said...

@@Shaa
mmg memualkan

Awangku Johan said...

@@Cikin
jom duk boikot udang geragau

Awangku Johan said...

@@Jalanan Hamba
bagus idea.. haha tampal gambar2 tu dpn dapur masak

Awangku Johan said...

@@ ~ch@wi~
hahaha.. jom tinggalkan

Awangku Johan said...

@@Kuronofu91
thanks ya follow

Awangku Johan said...

@@Pink Pearl Lady
betul kata kamu.. dorang hnya pentingkan keuntungan banding drp kebersihan

Awangku Johan said...

@@ijatnuar87
yup, saya pegi ke tempat tu d Kola Gula.. mmg begitu la situasinya.. rata2 yg membuat atau mgilang udang geragau tu adalah cina.. air rebusan udang tu pun, rasanya mcm x tukar berapa hari.. dorang masukkan udang tu rebus dlm tu.. saya mmg geli tengok ar huhuhuhu.. smpai skrg saya terbayang2.. mana lagi dgn anjing2 yang duk berkeliaran kat atas penjemuran udang tu, hampir smua binatang peliharaan memijak2 udang yang d jemur tu... huhuhu

ijatnuar87 said...

dah pernah dpt emel gmbar2 ni dlu,tp ingtkn gmbr2 dari indon...ruper2nyer mmg kat sini...nasib baik la dah lma xmkn udang nih...ader cop halal tak nih?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...