"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Monday, December 20, 2010

Kenapalah Engkau Malas Sembahyang??




Kenapalah engkau malas sembahyang?
Allah beri engkau jasad lengkap dengan bayang-bayang,
Tidakkah lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri roh malam dan siang?

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Hendak makan minum pun dah senang,
Negara aman bukan perlu berperang,
Lima minit untuk lima waktu pun tak boleh luang.


Kenapalah engkau malas sembahyang?
Allah beri akal supaya engkau berbeza dengan binatang,
Allah beri ilmu boleh berfikir susah dan senang,
Allah beri banyak nikmat kenapa tidak dikenang?


Kenapalah engkau malas sembahyang?
Main bola sanggup sampai ke petang,
Beli tiket konsert sanggup beratur panjang,
Engkau ingat boleh masuk syurga dengan senang?


Kenapalah engkau malas sembahyang?
Ingatlah umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat, petang boleh kaku kejang,
Dalam kubur nanti jawablah seorang.

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Siksa neraka cubalah dibayang,
Masa di akhirat terlalu panjang,
Janji Allah pasti datang tidak terhalang.

Ingatlah wahai saudara Islamku sekalian,
Sematkanlah kata-kata ini sebagai peringatan,
Fikirkan sejenak kepada pesanan:
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan."

"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

17 comments:

shichi_iza said...

harap2 kita beringat supaya xlalai dalam mendirikan solat... solatkan tiang agama.... :)

Awangku Johan said...

@@shichi_iza
Insyaallah.. jgn lalai

shichi_iza said...

insyaallah xlalai.... cuma kalau hari jumpa je solat maghrib sidikit kelam kabut sebab kuliah dari jam 4 sampai 6 pm... so, gegas la balik bilik nak solat sebab bus ums kurang d hari jumaat.... huhuhu

vanilamanis said...

kita mudah terlupa apabila kesenangan menjengah...namun apabila dihimpit kesusahan dan dugaan,pantas kita mencari sejadah menadah air mata mohon keampunan.Namun...Allah itu Maha Pengampun.

btw..saya ada tag anda di sini..hope its ok with u.

http://vanilamanis.blogspot.com/2010/12/tiba-tiba-terpanggil-untuk-menyertai.html

mamai said...

sebab tuhan sayang kita dia tak balas dengan segera kita alpa

Unknown said...

subhanallah..sebagai hambanya yg briman kita harusla menjaga solat menunaikan segala kewajipan kita as a muslim..=)

Awangku Johan said...

@@shichi_iza
alhmdulillah.. tak pa.. kita leh solat d mana2 jak.. yg ptg niat

Awangku Johan said...

@@syafiQah
iya betul kata kamu..
jgn melupakan DIA.. jangan kita susah baru nk ingat Tuhan, smasa senang tak pulak di ingat..

Awangku Johan said...

@@mamai
iya betul katamu

Awangku Johan said...

@@noor
solat itu tiang agama.. skiranya solat tak d tunaikan maka hilanglah iman serta ketaqwaan kepadanya

shichi_iza said...

yup... tapi kalau dah seharian kat dewan kuliah mesti balik bilik solat sebab dah melekit badan dah 2.... xble la solat cam 2

Awangku Johan said...

@@shichi_iza
yup.. ala.. bawa baju lebih.. bukan ada tmpt mandi awam ke kat UMS

shichi_iza said...

tempat mandi awam d UMS? rasa2 ada tapi pernah tengok kat dewan canselori.... huhuhuhu

Awangku Johan said...

@@shichi_iza
ooooo

shichi_iza said...

ada tmpt lain ek??

Awangku Johan said...

@@shichi_iza
hurmm ntah

shichi_iza said...

haha... nak buat sui kenal ngan pak gate ni.... tnya sal 2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...