Dalam keadaan tubuh menggigil ketakutan itu Nurul terdengar pelbagai jeritan meminta tolong dari segenap penjuru dalam kubur yang sempit dan gelap itu. Mujurlah belum sempat malaikat Munkar Nakir menghampirinya tanah perkuburan itu dikorek semula dan Nurul diangkat serta-merta ke atas.
Itulah pengalaman yang paling berharga dan sukar dilupakan pelakon muda yang sedang meningkat naik itu ketika menjayakan segmen pengkebumian jenazah di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara.
Nurul melakonkan watak mayat itu dalam drama Karma Salina arahan Erma Fatima, baru-baru ini. Ketika menjayakan segmen itu Nurul dimasukkan ke dalam keranda dengan dibaluti tiga lapis kain putih, kemudian dimasukkan ke dalam liang lahad dan ditimbus dengan tanah. Ketika itu, Nurul mendakwa mendengar pelbagai jeritan meminta tolong dari segenap penjuru liang lahad.
Bukan itu saja, Nurul berpeluang melihat gambaran api neraka yang membakar tubuh manusia. “Ketika berada dalam lubang kubur itu saya merasakan seolah-olah betul-betul sudah mati,” katanya yang datang ke pejabat Perdana menceritakan pengalaman dahsyatnya itu.
TERBUJUR KAKU: Nurul Farah dikapan seolah-olah mayat sebenar
Menurut Nurul, Erma seorang pengarah yang cukup teliti dan dia mahukan adegan mayat yang dilakonkannya itu dibuat secara reality. “Begitu juga dengan urusan kapan dan pengkebumian, semuanya dilakukan betul-betul seperti menguruskan mayat sebenar,” katanya.
Menurut Nuru, ketika dikapan dan ditimbus dengan tanah dia merasakan seolah-olah menjadi mayat sebenar. “Saya hampir tidak bernafas ketika ditimbus dengan tanah dan bahang panas ketika berada dalam lubang kubur hanya Allah saja yang tahu”. “Walaupun adegan itu hanya mengambil masa beberapa minit saja, tetapi pengalaman tinggal dalam lubang kubur sungguh menyeramkan,” ujarnya.
Menceritakan lebih lanjut pengalamannya di dalam lubang kubur, Nurul berkata, selain terdengar jeritan mayat terpekik terlolong di telinganya, dia juga jelas mendengar hentakan kaki yang sungguh kuat di tepi kepalanya. “Saya percaya hentakan kuat yang datang itu malaikat Munkar Nakir,” tambahnya.
Hentakan itu katanya, turut disertai bunyi bising seperti seseorang berjalan mengheret rantai besar untuk memukul ahli kubur yang melakukan dosa. “Ketika itu saya tidak ingat apa-apa lagi. Saya sudah tidak berdaya, hanya menunggu kedatangan Munkar Nakir untuk menyoal amalan saya,” katanya.
Nurul Farah yang dikenali menerusi drama bersiri Ceplos berkata, selepas dia diangkat dari lubang kubur oleh beberapa kru keadaannya seperti orang mamai. “Saya diasak pertanyaan bertalu-talu oleh beberapa kru penggambaran yang mahu mengetahui pengalaman saya tinggal dalam lubang kubur”.
“Saya hanya mendiamkan diri sambil mengucap syukur kepada Allah kerana saya sebenarnya masih belum mati,” katanya. Keberanian Nurul Farah melakukan adegan dikebumikan hidup-hidup mendapat pujian ramai termasuk Erma.
Apapun, kata Nurul, pengalaman melakonkan watak mayat banyak memberi keinsafan kepadanya dan dia bertuah kerana diberikan watak yang sungguh mencabar itu.
22 comments:
semoga dia mendapat keinsafan yang sebenar dengan pengalaman yang diberikan...petunjuk dari Allah buat dirinya...
kalau x insaf x tahu r.
masyaAllah..
besar nya kehebatan Allah..
mmg takut bila baca cerita ni..
inikan lagi pelakon yg mengalami sendiri pengalaman itu..
@@azwa_amani
yup, kita doakan moga Nurul Farah betul2 mndapat keinsafan yg tggi hasil drp pgalaman yg d berikan sbagai mayat idup..
@@Imzainieyzulkipli
Hurmm x tau la bro.. kita doakan jak
@@~SYAZ~
yup, mmy myeramkan.. mula2 baca meremang jg bulu2 roma
seram... wooooooo
@@Anwar Suran
huhu.. mmg myeramkan..
menyeramkan...
semoga Allah memberikan rahmat yg baik kepada saya..amin
smoga dia mndapat apa yg spatutnya
seram brabess =__=
tu tandanya Allah dah memberi hidayah kpdnya..samada die nak terime or tak je :)
@@miss fatihah
amin...
@@nizam
amin
@@FarhanaRuiszz♥
adakah anda berani jika d beri pluang macam Nurul
@@ ♥NuR SyAFiQah♥
yup stuju dgn kamu..
seramnya... tapi mmg~ dengar cerita, ramai yg dpt pengalaman yang macam tuh kalau dduk kat dalam liang lahad..
kalau dia pakai tudung nanti...memang betul insaf...tp kalau x pakai...entah laaa~~~~
@@Burp
a'ah.. mcm2 citer dr pgalaman org2 yg ingin merasai dunia dlm barzakh..
@@Kuronofu91
a'ah.. klu x pakai tudung x tau la huhu
leh caya ke kata2 dari seorang PELAKON?
KALAU LEPAS 'INSIDEN' TU PUN TAK TUTUP AURAT....BUKAN INSAF TU..INSAF KEJAP JE...NANTI KALAU MATI BETUL2...TAK DE DA 'KREW' YG AKAN GALI KBUR BALIK..HUHUHU
Post a Comment