"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Monday, December 13, 2010

Jika Islam Itu Benar, Tempatku Bilikku di Neraka



Sekadar gambar hiasan (Ihsan dr Mr.Google)


Baca dan hayati sepenuhnya cerita di bawah ini yang benar-benar berlaku di BUMI ISLAM sendiri iaitu Iskandariah, Mesir. Moga kisah dibawah ini cukup menyayat hati anda sehingga menyedarkan anda dari terus leka dengan permainan dunia yang melalaikan.


Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Sekadar gambar hiasan (Ihsan dr Mr.Google)


Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki….” nasihat orang tua itu.


Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: “Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku? Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”

Sekadar gambar hiasan (Ihsan dr Mr.Google)


Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. “Jika Islam itu benar tempatkan bilikku di Neraka, ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.


Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.


Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Sekadar gambar hiasan (Ihsan dr Mr.Google)


Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik tuk kita jadikan iktibar dan pengajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata-kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.



Sumber: Zameer Fisabilillah

Ihsan dari Mr.Google



31 comments:

Unknown said...

Minta dijauhkan Ya Allah..terima kasih kerana berkongsi ye..

Anati Soki said...

entry yg menginsafkan :)

Awangku Johan said...

@@Rozuan Ismail
Sama-sama.. marilah kita berdoa agar dijauhkan drpd azab ini.. Moga smua amalan yang kita kerjakan di terima dan di angkat olehNYA.. amin

Unknown said...

AKU INSAF!!!!

Unknown said...

astaffirullah..

terima kasih atas renungan dan tazkirah ini...kadangkala dengan cara ini kita dapat menyampaikan dakhwah..

PS: cikgu bila start menjagar>

AtikahOthman said...

suka enTry nie...
sMoga ekah x TgoLong dlam gOlongan pOmpuan yg mCm tueh...inSyaAllah...

Awangku Johan said...

@@ANATI SOKI
Insyaallah.. manfaatkannya.. jgn insaf seketika.. biarlah insaf ini berpanjangan.. Amin

Awangku Johan said...

@@Nor 'Atikah bt NorBaki
Insyaallah, moga keinsafan berpanjangan.. Amin

kakrose said...

na'uzubillah..jauhkanlah dari melakukan kemurkaan Allah..

Awangku Johan said...

@@Citarasa Rinduan
Sama-sama.. biarpun kita dah ada teknologi moden spt blog, FB dan apa2 lagi laman sosial.. Spatutnya unsur dakwah kita kena jalankan.. Inilah baiknya pabila dakwah yg d syariatkan di sebarkan melalui teknologi2 ini.. Mudah2an apa yg saya smpaikan moga mndapat keinsafan, pgajaran, pedoman dan iktibar tuk kita semua... Amin...

Awangku Johan said...

@@Citarasa Rinduan
start mgajar bulan Januari ini

Awangku Johan said...

@@akuekah
amin.. sntiasalah berdoa dan bertaubat.. lebih2 lagi amalkan ibadat d awal pagi.. bsr fadhilat dan magfirahnya..

Eda Latiff said...

astaghfirullah...Allah itu Maha Besar..

shichi_iza said...

2 pertunjuk Allah S.W.T tuk kita yg masih lg bernyawa spya x follow apa yg gadis 2 dah lakukan....

+qasih nadira+ said...

mintak dijauhkan~

terokai seni said...

semoga Allah melindungi iman dan islam kita

Unknown said...

terima kasih kerana sudi berkongsi cerita ni. cukup menginsafkan

ijatnuar87 said...

mintak dijauhkn dari sifat sebegini...

Mohd Firdaus said...

mmg begitu terasa lps bace entry ni.. terima kasih awangku johan... minta izin untuk copy entry ni..

Awangku Johan said...

@@kakyon@kakrose
yup betul tu kak.. jauhkan daripada kemurkaan Allah

Awangku Johan said...

@@Eda
Allahuakbar.. kekuasaannya kita x leh nk lawan

Awangku Johan said...

@@shichi
yup betul tu sbagai pgajaran

Awangku Johan said...

@@+qAsiH naDiRa+
sntiasa berdoa kepadaNYA

Awangku Johan said...

@@cemomoi
AMin

Awangku Johan said...

@@Mata Hati
Amiknya tuk d jadikan sbagai iktibar

Awangku Johan said...

@@ijatnuar87
sntiasa lakukan ibadah yg d suruhnya

Awangku Johan said...

@@~ch@wi~
di persilakan... share kan teman2 lain.. ini adalah salah satu unsur dakwah.. sebarkan yaaa

Mohd Firdaus said...

terima kasih... sama-samalah kita menyebarkan dakwah ni..amin...

Awangku Johan said...

@@~ch@wi~
sama-sama..

Anonymous said...

Ya Allah...minta dijauhkan dari api neraka-MU...=((

Awangku Johan said...

@@mOoN
Amin.. perbanyakkan berdoa ya cik Moon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...