Allah Taala telah menjadikan perkahwinan di antara tanda-tanda kekuasaanNya.
Menurut Syeikh Prof. Muhammad Ali al-Sabouni di dalam kitabnya az-Zawaaj al-Islami al-Mubakkir, Allah Taala menganugerahkan tiga kurniaan kepada hamba-hambaNya yang telah hidup berkeluarga (berkahwin) iaitu:
01.Pertama:
Isteri merupakan seorang manusia mulia yang Allah Taala ciptakan dari jenis yang sama dengan lelaki (suami). Oleh itu, kemuliaan suami itu menjadi sejajar dengan kemulian dan kemanusiaan isterinya juga.
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri. (Surah ar-Rumm: Ayat 21).
Allah Taala juga menciptakan isteri dari jenis yang sama agar mereka saling kenal-mengenali dan berkasih-sayang sepertimana kata orang: Setiap jenis akan berkasih sayang dengan sesamanya juga.
Begitu juga dengan sebuah syair Arab yang indah ini:
Dalam
Oleh seorang gadis yang amat jelita
Hingga purnama pun malu di hadapannya
Bila mata ini berbuat salah kerananya
Maka dengan airmata ia basuh semua dosa.
02.Kedua:
Ketenteraman dan ketenangan jiwa yang dirasakan oleh suami ketika berdampingan dengan isteri yang solehah. Ini akan membawa kepada ketenteraman dan ketenangan dalam kehidupan berumahtangga.
Firman Allah Taala bermaksud:
Isteri-isteri supaya kamu merasa tenteram kepadanya. (Surah ar-Rumm: Ayat 21).
Isteri yang menjadikan suami merasa tenteram dan suami juga menjadikan isteri merasa tenang menepati firman Allah Taala bermaksud:
Dialah yang menciptakan kalian dari diri yang satu dan darinya Dia menciptakan isterinya agar dia merasa senang kepadanya.
(Surah al-Araaf: Ayat 189).
03.Ketiga:
Dengan ikatan kasih sayang dan cinta maka Allah Taala mengikat hati suami dan isteri itu.
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Surah ar-Ruum: Ayat 21).
Tanpa adanya nikmat ini nescaya seseorang suami tidak akan merasa senang kepada isterinya.
Dengan kekuasaan-Nya maka tertanamlah perasaan cinta ini sehingga apa yang menyakiti akan disakiti bersama dan apa yang disenangi akan disenangi bersama.
Perkahwinan Itu Satu Ibadah
Secara umumnya kita telah mengetahui bahawa perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah SAW. Perkahwinan juga adalah suatu ibadah serta salah satu cara mendekatkan diri kepada-Nya.
Dengan perkahwinan, seseorang Islam itu akan mendapat ganjaran dan pahala daripada Allah Taala bilamana perkahwinan itu dilakukan dengan ikhlas dan bukan kerana nafsu semata-mata.
Bahkan hubungan kelamin di antara suami isteri juga mendapat ganjarannya.
Sebuah hadis Rasulullah SAW bermaksud:
"Dan pada kemaluan seseorang dari kalian terdapat sedekah. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah seseorang yang menyalurkan nafsu syahwat (kepada isterinya) memperolehi pahala? Rasulullah SAW bertanya: Apakah seseorang yang menyalurkan nafsu syahwatnya dengan cara yang haram (berzina) ia berdosa? Mereka menjawab: Betul. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Demikian juga jika ia menyalurkan pada tempat yang halal maka ia akan memperolehi pahala."
(Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad).
Halangan Dalam Melaksanakan Dakwah
Mungkin ada yang bertanya sendirian, mengapa saya memilih tajuk ini? Bukankah tajuk 'hebat' yang lain lebih banyak untuk dibicarakan?
Saya memilih tajuk ini kerana saya teringat satu tulisan ulama yang pernah saya baca suatu ketika dahulu mengenai halangan-halangan utama untuk berdakwah.
Di antara halangan tersebut ialah suami/isteri serta keluarga.
Asas dakwah sudah tentulah bermula dari institusi keluarga dengan suami dan isteri menjadi ketuanya.
Jika mereka sendiri tidak sehaluan dan rapuh pegangannya, mana mungkin dakwah ini dapat dijalankan dengan jayanya di rumah, apatah lagi untuk masyarakat Islam yang lain.
Oleh itu, suami atau isteri (serta bakal) perlu memahami perkara ini dengan sebaiknya agar usaha dakwah kita tidak terbantut di tengah jalan.
Kesimpulan ringkas ialah:
1. Perkahwinan itu satu ibadah dan anugerah dariNya.
2. Percepatkan perkahwinan jika sudah bersedia.
3. Selain memilih pasangan hidup yang beragama, pasangan hidup yang memahami perjuangan kita juga perlu diutamakan.
4. Suami dan isteri perlu melayari bahtera rumahtangga dengan perasaan kasih sayang dan cinta.
5. Mendidik anak dengan agama adalah tanggungjawab ibubapa.
Sepatah Dua Kata Dari Admin
6 years ago
31 comments:
percepatkan perkahwinan bila dah bersedia~like me~
hihii...syok kawen awal ni, ada rezeki, muda2 dh timang anak. tua2 nanti goyang kaki-anak2 dah besar..hehe
Entry terkini:
Kemalangan? Apa nak buat ni???
Kehidupan seorang callman siri I
ya..setuju...indahnya sebuah perkahwinan..mulianya seorg isteri dan mulianya seorg suami
@@Aku Ibu Muda
thniah la bro dah kawin..
mcm mn nk kawin blm ada calon g huhu..
@@Naniey
yup betul tu
yup, kekukuhan sebuah keluarga la asas sesuatu dakwah.... kawen 2 bukan sesuatu yg main2, xyah la kawen cepat kalau blum kenal ati budi... nanti menjadi mslh plak d hari kemudian... kebanyakkan org skrg kawen sebab suka sama suka ant mereka tapi xplak pertimbangkan keserasian ngan pihak keluarga... berkat keluarga kan jaminan tuk bahagia.... so, bila keluarga bahagia dpt la berdakwah ngan baik.... :)
@@shichi_iza
wah bravo.. mcm dah pakar pulak ek.. hehehe
mcm nk kawen dh ne.. hehe..
tp blm ready lg bro..
xckp mase n duit..hoho
haha.... xadanya la pakar, cuma nak suarakan pendapat ttg kebanyakkan institusi keluarga yg hnya ada suami n isteri tapi bukan melibatkan seluruh keluarga...
thx kongsi sesame!
@@Darkbatman
Aik... wah aie betul2 ke ni.. haha
ooo blm ready g.. tak pa collect dlu money n aset2 hehe..
dah ada calon ke?? ok la.. Awang ni xda g still single.. wakaakakaka...
@@shichi_iza
haaa.. betul la tu.. slalunya institusi kuarga ni melibatkan 2 tu jer suami n isteri.. spatutnya melibatkan smua..
@@chentaMAYA
yup.. welcome
2 la, so pilih la calon yang kita ble trima dia n family dia skali....
@@shichi_iza
baru la kukuh rumah tangga kan?
yup, pendapat sy cam 2 la... happily ever after.. :)
@@shichi_iza
iya pndapat yg bagus..
yup... macam mahir je plak rasa... haha
@@shichi_iza
hahaha... baru prasan ek..
haah... lambat peka plak... hahaha
tapi xla sy mahir pon
@@shichi_iza
ok la tu ada basic
ye juga kan... tapi harap2 la dapat praktik pegi realiti... tapi lama lagi la nak praktik
@@shichi_iza
pelan2
yup... bnyak lagi nak capai dlm hidup ni... tentang berkeluarga ni letak tangga ke3 buat masa skrg... haha azam ni
@@shichi_iza
wuisshh dah pasang azam
haha.... mesti, senang la nanti, xkuar dari target plak.. azam ni pon dah start dah
@@shichi_iza
future planning la ni
macam 2 la kiranya.. supaya lebih teratur hidup nanti...
@@shichi_iza
a'ah
dah jadi cam org tua ni ada planing
@@shichi_iza
hahaha.. pgakuan ke tu?
tetttttt... hahaha, pengakuan ke...
nak jadi muda balik ni, xpasal2 t jadi opah
Post a Comment