Malam ni bestnya coz dapat chatting dengan member rapat yang sama negeri dengan saya, seuniversiti, sefahaman dan sependapat.
Malam ini juga dia minta pendapat mengenai kebingungannya mengenai pilihannya untuk menyambung pengajian diperingkat Sarjana Pendidikan atau dengan erti kata lain Master of Education (M.ed). So, saya berilah pendapat saya kepada dia. Sekiranya awak boleh meneruskan perjuanganmu tuk menyambung pengajian maka sambunglah.. bla.. bla.. bla.. (hehehe)
Lagi pun member saya itu mendapat tajaan daripada UPSI iaitu Skim Biasiswa Pelajar Cemerlang UPSI. Member saya ini mendapat Ijazah Kelas Pertama dengan CGPA 3.80 dalam opsyen Pendidikan Bahasa Melayu..
Yang kasihannya ialah, dia mendapat tajuk tuk kajian bagi peringkat Sarjananya ialah bukan tajuk dia minat iaitu Linguistik dan Pragmatik… Oh, bagi saya tajuk ini sungguh berat bagi saya. Hal ini kerana linguistik tu terlalu subjektif lebih-lebih lagi penggunaan bahasa melayu dalam pragmatic.. Ohh…. Memang berat kajian itu, lebih-lebih lagi dalam Mod C iaitu Research spenuhnya… Walaupun saya opsyen Pendidikan Geografi, tapi saya mengambil MINOR BAHASA MELAYU, so saya tau kenapa saya kata tajuk itu berat.. Huhuhu
Mula-mula dia ingin menolak tawaran itu, tapi saya nasihatkan jangan coz dia dapat biasiswa daripada UPSI dan mendapat hostel free dan segala facility dia dapat free.. Pastu dapat elaun.. So, dia kena bijak menggunakan biasiswanya tuk 3 semester pengajiannya dalam peringkat Sarjana…
Sebenarnya, saya dan dia sama-sama mengambil borang biasiswa sambung master tu, tapi apakan daya, ayah saya tak benarkan saya menyambung pengajian ke peringkat Sarjana. Alasan ayah saya ialah saya kena cari platform awal dan kena cari modal n pengalaman mengajar di sekolah dahulu selama 2 hingga 3 tahun. Sekiranya, dah cukup pengalaman so barulah sambung ke peringkat Sarjana. Kata ayah saya lagi, jangan terlalu gopoh-gapah nak menyambung pengajian. Perjalanan hidupku masih panjang lagi. Biar lambat yang penting kena puas cari pengalaman. Hal ini kerana pengalaman itu penting tuk suatu asas kejayaan. Hurm, betul juga kata ayah saya itu.
Apa orang kata di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Sekiranya ada kemahuan saya akan meneruskan juga pengajian saya.. Insyaallah…. AMIN
Saya doakan semoga perjalanannya di dalam meneruskan perjuangannya ke peringkat lebih tinggi tercapai dan berjaya. AMIN.. Insyaallah, saya akan mengikuti jejaknya tapi lambat beberapa tapak daripada dia.. AMIN…..
Kamu pasti akan berjaya wahai rakanku Siti Habibah Binti Juddin. Masa depanmu cerah di
5 comments:
moga dia sukses dalam Sarjananya!!
p/s jom komen blog saya
bestnya dia.. tawaran yang super-duper best!
mungkin u should tell her that istiharah might show the best solution. insyaallah.. gud luck to you too bakal chekgu! :)
Rozuan --> yup, moga dia success...
Nadira --> yup, awang dah bg tau dia solat istiqarah.. so skrg ni dia dah trima dah.. Thanks ya..
Terima kasih,AK!
Terharu! Sangat-sangat.
Sangat gembira mempunyai sahabat sebegini.
Semoga kita semua berjaya. Dunia dan akhirat.
*Terima kasih juga buat Rozuan dan Nadira.
:')
>>Srikandi_Kasih @ Bib
Sama-sama bib,
di sini ku hasilkan satu en3 buatmu..
maap ya coz AK lupa nak tag kamu.. last2 kamu terbaca pulak... Arrgghh malunya.. huhuhu..
Kegembiraanmu ibarat mcm kegembiraanku..
diharap aku akan mengotakan janjiku untuk mengejarmu di dalam arena pendidikan..
Yaaa.. AK akan mgotakan janji tuk meneruskan pgajian seperti kamoo bib.. Insyaallah.. AMIN..
Post a Comment