"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Wednesday, November 10, 2010

 ‘Posting’ 52 graduan di Sabah ditarik balik


Tanjong Malim, 9 November – Seramai 52 orang graduan pendidikan yang telah mendapat surat penempatan di Sabahbeberapa hari lepas telah ditarik balik ‘posting’ mereka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia atas beberapa sebab tertentu.


Bagi mengesahkan maklumat tersebut, mediawan Upsikini telah menghubungi Bahagian Penempatan KPM bagi mendapatkan beberapa respon berhubung hal berkenaan. Menurut pegawai yang dihubungi, penempatan mereka ditarik balik setelah mendapat maklumat bahawa berlakunya lebihan opsyen di negeri berkenaan (Sabah) dan terpaksa ditarik balik oleh KPM.


Beliau turut menyifatkan bahawa, graduan tersebut telah pun dimaklumkan menerusi panggilan telefon mengenai pembatalan ‘posting’ mereka dan keputusan penempatan baru akan dimaklumkan kemudian iaitu pada 15 November ini. Manakala, berkenaan bilakah tarikh penempatan mereka masih belum diketahui.


Dalam pada itu, rata-rata graduan pendidikan yang telah mendapat surat makluman penempatan di Sarawak pada hari ini turut menyatakan kerisauan mereka berhubung kes berkenaan. Manakala mereka yang belum mendapat keputusan penempatan masih lagi menunggu keputusan yang dijangka keluar pada 15 November ini.



kredit to UPSIKINI & HarakahDaily

5 comments:

S.U.F.E.E.N.A.N said...

Err...awang dah dpt posting lum..?wah kalu dapat sarawak sonotlaaa kan leh balik kg!:)

Awangku Johan said...

S.U.F.E.E.N.A.N --> salam kak, awang blm menerima surat cinta dari KPM lg. dgr2 result akan kuar pd 15 Nov. So, still menanti lg khabar gmbira tu. Sbnrnya kak, Awang ni kelahiran Sabahan.. Hehe, kalau dpt Sabah jwbnya Alhmdulillah la. Cnfirm ayah n bonda happy mndgr berita ini skiranya dpt Sabah.. AMIN.....

S.U.F.E.E.N.A.N said...

Ooo yaa kaa..sabahan yaa..akak pn ada kwn2 dr sabah..suka dangar dorang cakap bahasa baku gitu (but most of the time ingatkan indon mali..hahah..teruk kan..?)
insya'allah akak doakan yg terbaik tuk awang..tpi andai ditakdirkan diterbangkan ke bumi cik wan kembang..ohh akak lak yg appi..kelantan negeriku tercintaaa...ngagagaga..:)
walau di mana jua kita menapak, di situ hasrat kita dukung, adat kita junjung, agama kita agung!

cikani said...

awang kalo dpt smnjung leh la tukar ngn cikani... awang balik sbh, cikani balik smnjg =p

Awangku Johan said...

S.U.F.E.E.N.N.A.N --> yup, sabah sllu guna bhasa baku.. hehe.. Akak, Awang dah trima result tp td just awang try n error call JPN Sabah, last2 nama Awang ada d Sabah.. So, tinggal bbrp hari lg Awang akan meninggalkan bumi Smnnjung ni.. Rasa sedih pulak huhu.. Mngharapkan nk dpt Perak last2 x dpt.. Padahal Awang x minta Sabah pun tuk proses penempatan ni.. Hurmm.. So terima jak la..

cikani --> Awang dapat Sabah.. huhuhu.. sedih woo.. padahal x minta pun.. so trima jak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...