"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Thursday, November 4, 2010

Guru Sejarah Kena Kreatif Mengajar


LANGKAH kerajaan menjadikan subjek Sejarah sebagai subjek wajib lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah satu tindakan bijak. Namun, ada sedikit kebimbangan jika dasar diputuskan itu tidak dihayati sebaik-baiknya.

Seperti yang kita maklum, pendidikan di Malaysia adalah berorientasikan peperiksaan. Oleh itu, dibimbangi jika pelajar mempelajari subjek Sejarah hanya sekadar untuk lulus SPM

Kebanyakan pelajar tidak meminati subjek ini kerana ia bersifat fakta dan pelajar mempelajarinya secara menghafal untuk skor cemerlang tanpa mengetahui hujung pangkalnya.

Dalam hal ini, pelajar lebih menitikberatkan keputusan peperiksaan berbanding inti pati sebenar yang harus diperoleh berdasarkan subjek itu. Apabila hal ini berlaku, maka objektif mempelajari subjek Sejarah tidak akan tercapai.

Sehubungan itu, tanggungjawab besar diletakkan pada bahu guru Sejarah untuk mengubah persepsi berkenaan. Guru Sejarah perlu peka terhadap isu ini dan mengambil langkah penyelesaian supaya pelajar berada pada landasan yang betul ketika mempelajari subjek ini.

Guru seharusnya menyedarkan pelajar bahawa subjek Sejarah bukannya berorientasi peperiksaan semata-mata, tetapi lebih daripada itu.

Dengan sejarah, kita mengetahui banyak peristiwa lampau yang bermakna dan boleh diambil pengajaran. Contohnya, peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969, pelajar boleh didedahkan mengenai iktibar daripada peristiwa itu. Begitu juga dengan semangat perpaduan ditunjukkan tokoh pemimpin berlainan bangsa seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun V T Sambanthan yang mewakili kaum masing-masing dalam mencapai kata sepakat untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu.

Daripada peristiwa ini, pelajar akan memahami bahawa perpaduan antara kaum sangat penting untuk merealisasikan keharmonian negara.

MUHAMMAD FAUZI A RAHMAN, UPM, Serdang (Link)


15 comments:

eiela said...

betul tuh, sejarah nih fakta. jadi ramai pelajar yang tido dari jaga dalam kelas tuh walaupun mata diorang terbuka. cikgu yang mengajar subjek nih memang kena kreatif. banyak yang boleh dipelajari daripada sejarah nih bukan setakat memupuk semangat perpaduan, jati diri,,macam-macam lagi..

Anonymous said...

utk SPM soklan sejarah m'sia dulu..bile stdy bab sejarah..sama bace tu same imagine citer2 purbakala mcm citer hang jebat/citer purbakala lakonan allahyarham p.ramlee...jd, blh la jwb paper secara creative..ops,tp bkn merapu...

Hanim Mahali said...

saya sokong ... guru sejarah memang kene lebih kreatif supaya pembelajarannya itu tetap tersemat dalam ingatan pelajar and meningkatkan semangat cintakan negara ... bukan hanya sekadar untuk lepas periksa sahaja ....

Teratak pena said...

bila sejarah teringat akan cikgu Sharifah Nora... dia mengadaptasi sejarah dengan lagu, lakonan dan kuiz... memang seronok belajar dengan dia....

Awangku Johan said...

Kesimpulannya Guru Sejarah kena mgajar dgn Lebih kreatif.. jgn harap nk habiskan selebes jak.. Coz aritu masa sy p prktikum pun ada guru praktikum ni mgajar sejarah smbil lewa jak, just duduk kat dpn n baca buku, pastu budak tulis.. huhuhu sedih woo tgok klu bakal guru pun wat gtu n x kreatif.. kan lebih bagus kalau guna kaedah simulasi, main peranan, koperatif n koloboratif learning, mastery learning dll.. Strategi pgajaran yg baik gunakanlah SP mediatif, generatif, metakgnitif.. Ini blh mewujudkn guru n pljr yg kreatif

shichi_iza said...

sy suka entry ni, sebab sy minat sejarah skrng....mmg la susah nak buatkan student minat akan sejarah yng berlandaskan fakta n tarikh.... sebab 2 sa rasa peranan cikgu amatlah penting untuk membantu student2 ni timbul minat tentang sejarah... cara olahan cikgu akan menyebabkan sesorang student 2 meminati sejarah... sy pon x meminati sejarah sewaktu pmr n just belajar sejarah tuk dpat A jak.... tapi start je form 4, mandangan tentang sejarah ni berubah sebab cikgu yg ajar sejarah 2 guna kaedah penceritaan... bukan fakta sahaja.... :)

Awangku Johan said...

@@shichi_iza
Sejarah sbnrnya best.. tapi pabila pembawaan yang di bawa oleh guru tu yg mybbkan ramai pelaja2 kita berasa bosan.. sebab pgajaran yg terlalu remeh.. just duduk dan baca.. Hurmm lgsung xda kredibiliti sbagai guru/.. Ini blh d kategorikan sbgai guru x kreatif dan kreatis.. spatutnya pgajaran sejarah ini kena ada inovasi.. itu pun semuanya terserah pada guru tuk change fahaman pljr bahasa sbjek sejarah x membosankan.. Saya pun minat sejarah start masuk form 4.. Apatah lagi sbjek tu adalah Sejarah DUnia.. Ohhh... amat2... minat.. Teknik penceritaan adalah salah satu cara yang baik.. slain itu teknik simulasi dan main peranan juga dapat menarik minat pljr tuk mgambil bahagian dlm sbjek sejarah.. So d harapkan bakal2 guru tu khususnya Guru Sejarah dapat mengkreatifkan P&P mereka.. Hehehe..

shichi_iza said...

yup.... jasa cikgu sejarah ni besar tuk pastikan anak jati malaysia tahu tentang negara sndiri.... supaya lebih menghargai negara, so better cikgu2 ni masukkan input seperti tonton movie sejarah, student pon akan mudah faham n ingat daripada hanya membaca buku shja.... haah sejarah dunia best.... saya suka belajar sejarah jepun.... hehehehehe

Awangku Johan said...

@@shichi_iza
semua cgu ttp ada berjasa pd negara.. hehe.. semua tu mmg d prktikkan.. tp terserah pd skol dan guru itu sndiri.. kalau guru tu rajin maka guru tu myahut seruan KPM dan kerajaan.. tp kalau guru tu just tiap2 bulan dapat gaji jak n murid terabai haaa.. tu la hasilnya.. huhuhu

shichi_iza said...

kesian kat murid terabai macam 2..... nanti bila kuar p negara orang n d tanya tentang negara sendiri dah blur xboleh jawab, lain plak nanti persepsi org luar pada masyarakat kita.... yup, cikgu2 perlu sabut seruan yang telah d beri, bazir je bantuan 2 kalau x d gunakan, baik guna tuk cover harga minyak n barang yang dah terlebih naik harga 2.... hehehe

Awangku Johan said...

@@shichi_iza
sokong semuanya apa yg dluahkan oleh shichi_iza hehe

shichi_iza said...

hehehe... thanks AK, ni luahan ati bekas pelajar sekolah ni.... so, AK la yg kena tolong pelajar2 kat tempat Ak pasni.... hehehe semoga berjaya k

Awangku Johan said...

@@shichi_iza
thanks.. doakan perjalanan ku sbagai murabbi sntiasa beroleh magfirah ya

shichi_iza said...

insyaallah.... AK juga akan dapat iringan doa dari bakal pelajar n ibu bapa mereka nanti.... :)

Awangku Johan said...

@@shichi_iza
amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...