"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum wbt..& Salam 10 Zulhijjah

ALHAMDULILLAH, hari ini kita semua rakyat di Malaysia menyambut Hari Raya Haji @ HAri Raya Qurban. Bertuah bagi sesiapa yang terpilih menjadi tetamu Allah di Tanah suci Mekah. Semoga mereka mendapat haji yang mabrur. Dan kita di sini hendaklah sentiasa mendoakan, agar terpilih untuk menjadi tetamu ALLAH ke sana nanti, insyaALLAH.

Raya haji kali ini sudah tentu berlainan kerana ini raya haji yang terakhir saya di bumi Tanjong Malim (di tempat pgajian saya UPSI), juga kali terakhir saya di Semenanjung Malaysia. Ini juga kali kelima saya tidak pulang pada raya haji bermulanya tahun 2006...

Sedih memang sedih tuk meninggalkan kawasan tempat bermain (UPSI), tetapi mungkin inilah pengorbananku/perpisahanku kali ini. Saya perlu memahami keadaan sendiri dan ayahanda dan bonda yang mengkehendaki anaknya pulang ke pangkuan mereka di sana.

Kakak-kakakku ada menelefon, kenapa tidak beraya di Sabah?... Jawabku ringkas jer.. Awang nak beraya tuk terakhir kali di Semenanjung... So, depa semua faham.. Esok, 18 Nov 2010 jam 9.25 malam saya akan menaiki penerbangan ke Sabah..

Apa-apapun... Ayuh, sahabat-sahabat sekalian, sama-sama kita hayati erti pengorbanan yang sebenar.

~Kullu 'Am wa Antum Bilkhoir... Minna wa Minkum Taqabbal Ya KAreem..


Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa Lillahil Hamd...


Salam 'Idul Adha dari;-


Awangku Johan,

Rumah 2-3-12

Kolej Harun Aminurrashid,

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),

Taman Bahtera, Jalan Bahtera 3,

35900 Tanjong Malim,

Perak Darul Ridzuan.






10 comments:

Sasigaran said...

sedeynye... sahabatku merangkap adikku pergi meninggalkan ku... huhu... semoga bahagia selalu... adios

Awangku Johan said...

>>Sasigaran
Thanks bro coz slalu membantuku smasa jadi JMK Kolej Kediaman UPSI sehingga ku menempuh posting ni.. Apa-apapun jasamu tetap d kenang... Mesti aku merindui detik-detik d pengajianku dari sem 1 shingga sem 8 yg penuh dgn pelbagai kenangan pahit dan manis.. Nampaknya semua tu akan tersemat d mindaku dan mnjadi album kenanganku.. Aku akan merindui semua ini.. Diharap ukhuwah persahabatan yg terjalin sekian lama tidak akan putus d sini sahaja.. biarlah mati yg memisahkannya... huhuhu...

Bro Sasi teruskan perjuangan mu tuk mendapatkan Ijazah Sarjana Pendidikan (TESL) dan teruskan perjuangmu tuk mendapatkan pengiktirafan Doktor Falsafah (Ph.D)... Di harap aku akan mngikuti jejakmu... Mmg AK ada niat tuk smbung ke pringkat Sarjana.. tp hnya masa yg menntukan.. Cepat lambat tu Tuhan dah tentukannya..

Ok, terima kasih tuk sgalanya....

Sasigaran said...

Bro, jangan risau. Saya mendoakn Ak akan sentiasa memperolehi kejayaan dalam hidup. Semoga sentiasa diberkati oleh-NYA. Saya sentiasa bersedia untuk membantu sekiranya ak memerlukan sebarang bantuan. Jangan segan bertanya. Persahabatan yang terjalin ini diharapkan akan kekal ke akhirat dan utk generasi yang seterusnya...

Awangku Johan said...

>>Sasigaran
thanks sasi atas doanya..
thanks jg coz sudi membantu sya...
yup, persahabatan akan kekal terjalin jgn lost contect...

shichi_iza said...

5 tahun xbalik?????????? ni sy x balik raya haji tahun ni pon dah blur2 xtau nak buat apa kat UMS.... study je pas sembahyang raya, sebab UMS tengah final exam time raya haji.... huhuhuhuhu

Awangku Johan said...

@@shichi_iza
kena ada pgorbanan.. huhu..

shichi_iza said...

2 la pengorbanan yg st n yg last juga sebab tinggal 1 sem je kat UMS 2.... huhuhu

Awangku Johan said...

@@shichi_iza
gd luck ya

shichi_iza said...

yup... thanks.... haha AK juga good luck

Awangku Johan said...

@@shichi_iza
ok welcome

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...