"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Friday, November 19, 2010

Welcome Back To Sabah…. Akhirnya “Sirih Pulang Ke Gagang”



Everyone can fly… Itulah tema Air Asia… Eh… apsal pulak Air Asia ni.. Hehe… Ok citer ini bermula begini… Tepat jam 11.50 malam kapal terbang yang saya naiki AK5124 mendarat dengan selamatnya.. Penerbangan ini tiba awal dari waktu sebenarnya pada jam 12.00 tengah malam… Ohhh.. ketibaanku di Sabah di sambut dengan linangan air hujan yang lebat.. Hurmm sepertinya kegembiraan menyambut anak Sabah balik ke Tanah Airnya… Huhhuuhu…

Seorang-seorang turun dari kapal terbang dengan dipayungkan oleh pekerja-pekerja Air Asia lalu menuju ke ruangan menunggu barang.. Saya di sambut mesra oleh adik bradik saya iaitu kak Dayang (akak sulong) dan adik bongsuku yg bakal melangsungkan perkahwinannya pd 18 Dec 2010 nanti…

Setibanya di rumah kakak ku hidang makanan (nasi + ayam masak sos + kangkung rebus + jus epal)… Wah sedap-sedap belaka.. Akhirnya saya langgar juga dietku.. Huhuhu.. Spatutnya tak boleh makan malam.. Apa boleh buat, lapar teramat sangat menyebabkan saya melanggar “aku janji diet” hehehe…

Hurmmm... sedapnya.. makan2... tp nasi 1 sudu jak tau.. hehe


Ok, la… trima kasih buat rakan-rakanku yang SMS saya setibanya di Kota Kinabalu… Thanks ya semua.. Trima kasih juga kepada rakanku Rijaluddin Ahmad berserta isteri kerana sanggup mengunjungiku di LCCT Airport tuk mengucapkan selamat jalan kepadaku.. Memang terharu sangat-sangat… Dari jauh datang kerana nak jumpa dan ucapkan selamat jalan buat saya.. Apa-apapun trima kasih ya Rijal.. Kau lah partner aku yang paling baik semasa kita bergandingan bersama-sama memegang jawatan Biro Kesenian, Kebudayaan dan Keraian (3K) dalam Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK KHAR)…. Rijal budimu takkan ku lupa.. Ada waktu, ada kelapangan, ada usia kita berjumpa lagi yaa… Insyaallah…

Rakan sejawatankuasa n rakan hosmate masa zaman2 kuliah.. Rijaluddin & Isteri


Baiklah, sampai di sini jak la coretan yang saya nukilkan ini.. nmpaknya waktu mencemburui kita.. hehe.. Dah nak masuk tido.. esok kena bangun awal tuk berangkat mulih (pulang) ke kampungku di Menumbok… Masa perjalanan yang diambil kira-kira 3 jam…

Ok, salam dan selamat malam ya semua………….




7 comments:

Bunga Hana Nordin said...

sabah best

Bunga Hana Nordin said...

sabah best

Awangku Johan said...

>>Bunga Hana Nordin
Yup, tanah airku yg best

Orange said...

Balik sini kerja skim...hehe...susahla mengepau si AK lagi huhuhu

DaiADellas said...

Saya pun suka sabah!!

Nt kalau saya ke Labuan, boleh la belanja di Teratak Ketam ya!!

:)

Awangku Johan said...

>>Orange/Julpikar
Huhu... kamu la meneruskan perjuangan skim... AK resign... haha... kau mgepau yg lain2 la..

>>DaiADellas
Ya ka.. jom ke Sabah lg..
Teratak Ketam... Ohh Sy alergik Ketam

Awangku Johan said...

>>Orange/Julpikar
Huhu... kamu la meneruskan perjuangan skim... AK resign... haha... kau mgepau yg lain2 la..

>>DaiADellas
Ya ka.. jom ke Sabah lg..
Teratak Ketam... Ohh Sy alergik Ketam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...