"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Monday, November 1, 2010

Perjalanan Ke Indonesia (Gunung Berapi Sinabung)

Alkisah cerita ini bermula pabila saya dan rakan-rakan Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK) UPSI pergi ke luar negara pada 24 - 28 Jun 2008.. ala just Indonesia jak, tak jauh pun.. tapi boleh la kira luar negara jugak kan..

Indonesia ini kan banyak provinsinya (daerah/wilayah), so team saya ni pegi ke Medan iaitu bandar ke-3 terbesar di Indonesia. Team saya ini pegi membuat lawatan ke Universitas Negeri Medan (UniMED), Universitas Islam Sumatera Utara (UISU) dan Universiti Sumatera Utara (USU) dan kawasan-kawasan lain yang menarik iaitu Tasik Danau Toba..

Hurmm, eh bukan nak cerita pasal jalan2 ni.. Tapi saja jer nak cerita pasal kita orang pegi sana nasib baik 2 buah gunung berapi aktif kat situ tak meletus.. Di Medan ini ada 2 buah gunung berapi aktif iaitu Gunung Berapi Sinabung dan Gunung Berapi Sibuyak..

Semasa kami wat lawatan ke tanah tinggi Parapat tu memang nampak ada asap keluar kat Gunung berapi Sinabung tu.. Tapi Alhamdulillah laa.. tiada apa-apa berlaku, sama ada gegaran atau pun letupan gunung berapi.. Kalau la berlaku tak tau la apa yang terjadi maybe trauma sakan kot…. Hehee.. iya laa tak pernah mengalami gegaran kan.. Tapi, rasanya pernah mengalami gegaran kot, time tu masa sem 7.. sedang saya revision study, rasa macam berpusing-pusing jak buku yang saya baca tu.. dan rasa macam ada gegaran pada air minuman saya.. Rupa-rupanya ada gegaran d Indonesia dan d KHAR mengalaminya.. Semua pelajar UPSI yang tinggal d KHAR berduyun-duyun turun.. coz takut bangunan kolej kediaman 9 tingkat runtuh…

Haha, rupa-rupanya pernahlah mengalami gegaran… hehe.. Apa-apa pun takziah buat saudara di Indonesia yang kehilangan kuarga akibat letusan gunung Merapi di Yogjakarta..

Pemandangan indah d Tasik Danau Toba

d kawasan danau Toba


Tanah Tinggi Parapat


Kat belakang tu la Gunung Berapi Sinabung

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...