"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Monday, November 1, 2010

Semoga Success.....


Setiap manusia akan melalui fasa berbeza dalam hidup. Setiap kita tidak akan statik pada perkara dan fasa yang sama.

Andai semalam kita bergelar pelajar, esok sudah menjadi pekerja. Andai hari ini bergelar kekasih, esok sudah menjadi suami isteri.

Andai hari ini bergelar anak-anak, esok sudah menjadi ayah dan ibu,

Andai hari ini kita menghadapi kesusahan, fasa berikutnya mungkin akan menyusul kesenangan.

Kerana itu ramai yang berkata, hidup ini umpama roda.

Setiap kali roda berputar, setiap kali itu jugalah fasanya menjadi berbeza.

Pada teman yang akan menghadapi saat penting dalam kerjaya dan hidup (mungkin), semoga berjaya. Kamu sedang beralih ke fasa yang mungkin berbeza. Namun jangan lupa, peralihan fasa bukan bermakna kamu perlu meninggalkan semua. Ada yang perlu dibawa seiring bersama.

Lakukan yang terbaik. Semoga segalanya baik sahaja. :)

6 comments:

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

aminnnn.....semoga ape yg terjadi dan berlaku dlm baik² je..

Awangku Johan said...

kinakOyu --> yup, amin...

Aida Azryn said...

Ya mudah-mudahan~ :)

Awangku Johan said...

AiDa --> Amin....

Keyrill Eduardo Willeyhem said...

yea...heheheh...thnk you cikgu sebab memberi semangat kepada keyrill... ;)

Awangku Johan said...

Keyrill --> sama2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...