Pagi-pagi lagi dah dengar banyak keluhan kawan-kawan. Isunya yang diutarakan adalah tetap sama. Isu tersebut adalah POSTING. Huhh…. Saya dah naik jelak, muak dan bingung..
Rasanya semua rakan-rakan saya sekarang ini berasa berdebar-debar menunggu keputusan posting yang tidak kunjung tiba lagi. Huhuhu, semuanya birokrasi. Penat nak tunggu satu demi satu.. Sangat menyusahkan dan merimaskan.
Lagipun, tentang posting ini ramai yang cakap “rezeki”. Ya, saya tahu dan percaya dengan hokum itu. Tapi, kadang-kadang saya rasa rezeki manusia bawahan selalunya ditindas oleh orang atasan. Rezeki Tuhan spatutnya kita kongsikan bersama. Tapi ada juga yang tak mahu buat begitu. Masih mahu lagi berpegang pada prinsip tunggu dan lihat. Semuanya rezeki: ????
Kadang adapa yang orang atasan buat jarang mahu fikirkan tentang orang bawahan. Fikirkan, sah laku interview guru sandaran terlatih pada bulan 8 adalah sehingga 31 Mac 2011. Maknanya, posting kami akan berperingkat-peringkat. Baik saya akur….. Tapi selepas 31 Mac 2011 jika tiada panggilan lagi, perlu mengambil interview sekali lagi. Jadi mana relevannya keputusan interview yang lepas? Apa motif interview berpuluh kali sedangkan perlu menjawab soalan yang sama?
Alasan mereka kerajaan tiada bajet untuk postingkan kami sekaligus. Baik, saya Cuma fahami sebaiknya. Tapi masih buntu memikirkannya. Kemana hilangnya duit rakyat yang perlu membayar pelbagai jenis cukai. Oh, lupa. Harga minyak akan naik lagi
Tak ada duit. Tapi buat perhimpunan besar-besaran ada pulak duitnya. So, di manakah letaknya duit2 rakyat tersebut???
Letih…. Insan yang kaya akan terus menjadi kaya. Dan miskin akan terus mewarisi kemiskinan. Itu hukum manusia kini atau lebih dikenali teori yang di amalkan oleh manusia pada masa kini walaupun manusia sekarang ini dah beralih kepada generasi “Y”… huhhuhu..
Saya sayang orang atasan. Kalau boleh nak cium-cium mereka. Tapi mereka yang tak sayangkan saya. Jadi macam mana? Kasih sayang yang tak terbalas…
Akhirnya, Letih menunggumu... Huhuhu
ubahsuai dr Bib
5 comments:
mcm ade kebenaran kt situ..agak setuju..:)
assalamualaikum..
abg ak. em generasi "Y" itu ape
mar yanie --> thanks...
di sebalik wajahku --> Generasi Y ialah mereka ini yg lahir pd skitar thn 80′an mbawa kpd akhir 90′an, biar pun di sstgh ngara digelar sbgai Generasi MTV. Oleh itu, Generasi Y ini jg d kenali sbagai generasi yg arif pada akses serta mpunyai hubungan yg akrab dgn kcanggihan alat telekomunikasi, internet dan maklumat. Makna lain, generasi yg lahir dgn mempunyai persekitaran yg moden..
sabar jelah..insyaAllah bleh cek online 15hb ni kan..doalah banyak2 kiat semua dapat posting..ingat2 juga pada kawan2 yg gagal mase interview aritu..semuanya pasti ada hikmah..
iEn --> Amin...
Post a Comment