"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Monday, November 1, 2010

Kau Pilih dan Kau Tentukan




Sudah 24 tahun saya bernafas di bumi ini. Perjalanan hidup terlalu rencam. Ada ketika saya menangis, ketawa dan diam.

Perjalanan hidup begitu, bukan setiap ketika indah. Ibaratkan dengan apa sahaja. Roda yang berputar atau air yang pasang surut, hakikatnya sama sahaja. Hidup sudah direncana. Kita percaya pada qada dan qadar.

Namun silapnya, apabila kita meletakkan alasan takdir sebagai sebab untuk menyerah. Berserah sahaja. Usaha? Tiada. Kita sering leka dan menganggap semuanya akan dan bakal kita miliki. Memasang angan namun tidak disertai dengan kesungguhan. Itu menyedihkan.

Manusia ini ragamnya pelbagai. Tutur, sikap, niat semua berbeza. Ada yang jujur, ada sebaliknya. Ada yang jahat, ada yang sebaliknya. Namun, satu sahaja. Beringat tentang karma. Setiap perbuatan ada balasan. Maka, setiap perbuatan biar kita kaji buruk baiknya. Yang salah, tinggalkan. Yang baik, tingkatkan. Semudah itu.

Ya. Saya tahu. Berbicara itu mudah. Melakukan itu payah. Memang. Benar. Kalau semuanya senang, tiada siapa akan berusaha. Itu hikmahnya. Jangan melihat kepayahan dan kesusahan atau rintangan sebagai halangan. Tapi lihatlah sebagai petanda, menuju kejayaan. Lalui, hadapi. Jangan bersembunyi, jangan mengkhianati. Hukumnya, yang berusaha dan bersungguh-sungguh pasti akan menang. Itu sahaja.

Sekian lama hidup, mungkin ada antara kita terleka. Sehingga sanggup memilih untuk berseronok dan bersuka-suka tanpa memikir di hari muka. Tidak ramai yang sanggup bersusah dahulu. Semuanya mahu senang sahaja. Kemudian di masa hadapan, mungkin dibelenggu kesusahan. Bukan salah sesiapa. Tetapi diri sendiri. Hidup jangan dibazirkan dengan gelak ketawa sahaja. Kerana yang membawa bahagia adalah usaha dan ketabahan. Jangan leka.

Kita punya ruang dan peluang untuk memilih. Mencorak masa hadapan. Andai leka, hancur. Andai berusaha, berjaya. Jangan tersilap dalam perhitungan. Setiap tindakan mungkin menjadi ingatan atau penyesalan. Kita menentukan. Bercakap, berfikir dan bertindaklah dengan bijaksana. Kita sudah terlalu lama untuk hanya melihat insan lain berjaya. Adakah kita mahu melihat sahaja dan terus memilih untuk bersuka-suka? Kita punya jawapan. Yang menentukan masa hadapan.

13 comments:

di sebalik wajahku.. said...

salam,

abg ak. dah tukar background. entry kali nie.. mmg ditulis dr mati hati ^^, ye sy setuju. bukan mudah.. bukan senang.perit, barulah syurga yg manis..dpat dirasai.. marilah menuju kejalanNYA

Awangku Johan said...

wkumsalam,

Yup, dah tukar dik.. hehe.. k, sntiasa berusaha ya.. hiasilah diri anda dgn peribadi mulia agar lahirlah generasi Y yang cemerlang, gemilang dan terbilang.. AMIN

azwa amani said...

ak...suke sgt entri nie...

A~ said...

besday ke? selamat haritua la ye :P
semoga panjang umur & murah rezeki. take care.

Awangku Johan said...

Awin --> ya ke.. thanks
=) --> ish dah lama la besday sy berlalu.. ni saja je ni hehe.. apa2pun thanks ya

Zurina J. said...

Itu kah wajahmu wang? ku suka owh entrymu yg ni.. terasa pula aku ni jajal btl. kih²..ku doakn ko ya..:)

Awangku Johan said...

Zurina --> yup tu la wajahku.. Nah, suka kau.. atutah lain kali jgn ko jajal lg ar.. hehe
Thanks ya ats doanya..

shichi_iza said...

usaha tangga kejayaan.... :) lebih baik berusaha n gagal, dari x berusaha n gagal.... sebab pengalaman 2 lebih manis n indah sebab kita belajar dari pengalaman kan..... kalau sentiasa berusaha, pasti akan berjaya suatu masa kelak....

Awangku Johan said...

@@shichi_iza
yup, pengalaman itu mmg indah.... mustahil kita akan gagal sntiasa.. adakalanya kita akan berjaya.. buktinya pada diri saya sndiri.. result upsr, pmr lgsung x membanggakan.. malu dgn result exam tu.. buktinya berjaya dgn result SPM dan sdikit kecewa dgn STPM.. tp buktinya skrg dah melepasi tahap U..

shichi_iza said...

yup, sama la... sy pon xbrapa nak ok upsr n spm.... tapi ok dalam pmr n dapat tebus sesal sy waktu stpm bila dapat anugerah pelajar terbaik d daerah gabungan beaufort.... :) ni la hadiah tuk mak n ayah dari anaknya yg nakal...

Awangku Johan said...

@@shichi_iza
wah hebat wooo.. thniah la ek

shichi_iza said...

x hebat la AK... ada juga yg sy xcapai...

Awangku Johan said...

@@shichi_iza
alaaa.. kira hebatla tu jadi pljr terbaik bhgian gabungan Beaufort

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...