"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Sunday, November 7, 2010

Guru Baru Wajib Mengajar di Pedalaman ...???


BALIK PULAU – Tiga tahun mengajar di sekolah pedalaman adalah antara syarat baru yang akan diwajibkan kepada bakal- bakal guru.


Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, syarat-syarat itu membabitkan guru lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) kelolaan kementerian itu serta institusi pengajian tinggi awam (IPTA).


Bagaimanapun jelasnya, perkara itu masih pada peringkat cadangan tetapi menjadi salah satu strategi kementerian dalam usaha melahirkan barisan guru yang terlatih termasuk dari segi pengajaran dan psikologi.


“Pendedahan ini amat baik dan memberi pengalaman berguna kepada mereka. Cara ini juga dapat memastikan hanya calon yang benar-benar bersedia menyandang jawatan ini.


“Walaupun syarat ini telah diguna pakai tetapi objektifnya seperti yang dihasratkan kementerian kurang berjaya kerana kerap kali ada campur tangan pihak luar untuk guru baru ini bertukar,” katanya.


Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau di sini semalam.


(Petikan surat Khabar (tak ingat tarikh) semasa saya berpraktikum pada Pertengahan Januari – Mei 2010)….


Ulasan:

Adakah strategi kementerian ini merupakan satu langkah yang bijak?? Mungkin ya..dan mungkin tidak..saya salah seorang bakal guru dan sekarang sedang menjalani latihan mengajar di salah sebuah sekolah gred B, iaitu luar bandar tetapi bukan kawasan pedalaman.


Sekiranya langkah ini nampak bijak, graduan dari IPG dan Institut Pengajian Tinggi Awam seharusnya dihantar untuk bekerja di kawasan pedalaman. Tak ada seorang pun yang 'miss'. Tapi hakikatnya Datuk, tak semua yang akan ditempatkan di kawasan pedalaman. Cadangan ini mungkin omong2 kosong.. ya..omong2 kosong.. Siapa pula yang akan ditempatkan ke sekolah-sekolah di bandar-bandar besar?? Cikgu yang veteren2??

Fikir-fikirkanlah...


Kabel: Bukan pernah tetapi selalu...kabel ini bermaksud jalan mudah bagi seseorang untuk mendapatkan sesuatu. Kabel ini adalah sesuatu yang tidak sihat. Saya menyebut mengenai kabel di sini kerana wujud guru baru atau bakal guru menggunakan kabel supaya tidak ditempatkan di kawasan pedalaman. Saya berani menyahut cabaran Datuk, tetapi adakah kawan2 saya berani untuk ditempatkan di kawasan pedalaman?? Ramai yang tidak. Saya pelajar UPSI berani mengatakan bahawa cadangan Datuk akan gagal.


Kenapa baru cadangan, hendak diheboh-hebohkan??


Kenapa tidak laksanakan cadangan yang bagus ini, baru diwar2kan?


Datuk kena faham konsep penempatan guru di sesuatu kawasan. Sekiranya sesuatu kawasan itu amat memerlukan guru, bagi sajalah. Di bandar pun boleh, di luar bandar pun boleh, di kawasan pedalaman nun jauh di sebalik gunung-ganang pun boleh. Tak menjadi masalah.


Di bandar lagi mencabar...

Penempatan guru di kawasan bandar sememangnya lagi mencabar. Memang banyak kemudahan yang disediakan dan kos hidup yang agak tinggi dengan kes-kes yang melibatkan bidang perguruan. Elaun-elaun yang diberikan haruslah dipertimbangkan termasuklah 'elaun susah hati.' Saya setuju dengan cadangan Datuk tetapi bukanlah semua guru baru wajib mengajar di kawasan pedalaman..cuba gunakan ayat, ' Sebahagian Besar Guru Baru Wajib Mengajar Di Pedalaman.' ok sikit bunyinya kan..


Inilah sebenarnya yang ingin saya luahkan;


Bagaimana pula dengan guru yang berasal dari kawasan pedalaman? Adakah mereka akan mengajar di kawasan pedalaman juga untuk 3 tahun pertama?? Sepatutnya Datuk, guru yang berasal dari kawasan pedalaman patut diberi peluang untuk menimba pengalaman mengajar di kawasan yang lebih maju supaya apabila suatu hari nanti, guru yang mempunyai lebih 3 tahun pengalaman mengajar di kawasan bandar-bandar akan berpindah ke kawasan asal, iaitu kawasan pedalaman, mereka berupaya menggunakan kemahiran teknologi dan ilmu pengetahuan untuk disalurkan kepada anak-anak didik dan masyarakat setempat, iaitu masyarakat di kawasan pedalaman, baru lah pembangunan akan menjadi seimbang. Pembangunan pendidikan adalah yang terulung kerana ianya mempengaruhi pembangunan-pembangunan lain. percayalah Datuk.


Kesimpulannya, Datuk kena adakan perbincangan dengan kesatuan guru dan selami lah jiwa sebagai seorang guru yang akan mendidik anak bangsa. Guru baru yang berasal dari kawasan bandar seharusnya ditempatkan di kawasan pedalaman dan bagilah peluang kepada guru baru yang berasal dari kawasan pedalaman untuk mengajar di kawasan bandar. Bincang balik ya Datuk, jangan war-warkan dalam akhbar sebelum cadangan itu diteliti dengan bagus sekali..



-Celik Insan Kerana Guru Unggul-

C.I.K.G.U

8 comments:

Unknown said...

salam..

nampaknya kes nie antara datuk dan cikgu-cikgu kena adakan perbincangan...

kalau tak, tak adil......

Awangku Johan said...

Siti Ruhayu --> huhu, gni la rencahnya... dlu Datuk Dr. Puad Zakarshi tu mmg d anti oleh student Fakulti pndidikan coz slalu kuarkan statement ikut sedap mulut jak tnpa wat usul periksa n turun padang.. huhu.. shinggakan aku down masa sem6 dlu, katanya tiada lg penempatan tuk ke skolah.. huhu.. mmg down ar.. tesis pun aku x wat asyik memikirkan masa depan.. Semua pljr UPSI time tu down.. pd thn lepas la dia kuar kan statement tu.. huhu...

Jia Sensei said...

isu2 posting ni memang sensitif.
cth lain, banyak je kes suami istri terpisah jauh dgn alasan sek lebih memerlukan khidmat.
minta tkr x dapat2. memang kesian.

Insan Lemah said...

saya sangat setuju...

ariey said...

ayokk... kita baru sem lima, so mungkin kami yang jadi group pertama yang diwajibkan... ayokkk. nasib baik pendidikan khas x da kat perdalaman.. hahahahaha

Awangku Johan said...

Jia Sensei --> a'ah mmg snsitif.. dr dlu shingga skrg still bnda yg sama.. Yup, yg berkeluarga yg kesian terpaksa wat PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh). Hehehe...

aku insan lemah --> thanks..

ariey --> AMiN... ariey leh ar posting sabah.. blh mgajar kg AK.. hehehe

di sebalik wajahku.. said...

betul2 abg rey.. pendidikan khas tak de..dikawasan pendalaman.. hehehehe.. tapi, pengalaman tu yg mahal sebenarnya 0.o

Awangku Johan said...

di sebalik wajahku --> bukannya pdalaman sgt.. ni pdalaman dlm kategori P1 dan P2.. kalau P3 tu mustahil la.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...