Huhuhu… dah berapa hari saya tak update blog.. Maaf ya kalian.. Coz Awang sekarang ini berada di Kota Kinabalu menghadiri Program Orientasi Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) Bil.5/2010 bertempat di Promenade Hotel, Kota Kinabalu Sabah bermula 23 Nov hingga 25 Nov 2010…
Hari ini saya melapor diri untuk mengikuti Program Orientasi GSST Bil.5/2010 pada jam 2.30 petang.. Rupa-rupanya rakan saya dah book rumah tuk saya.. So, saya dan empat rakan lain serumah.. Yeaahhh, semuanya adalah rakan-rakan UPSIAN.. Selepas mendaftar, saya dan rakan-rakan lain shopping di pusat membeli-belah di Centre Point Kota KInabalu, hehehee… kira-kira 5 minit jer, iyalah bersebelahan dengan hotel saya menginap.. Hehehe… best woooo…..
Hari ini kita orang bergila-gila hahaha.. apa tidaknya rakanku c Kaza membuat pelbagai lawak yang menyebabkan tak kering gusi… Mak aiiiii…. Klu gusi x kering mapuh ar… hahahahhaa….
Seramai 321 orang bakal GSST berkampung di Marina Court, Hotel Promenade di Kota Kinabalu. Antaranya, 293 orang berasal dari Sabah, 5 orang berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan dan 23 orang berasal dari Semenanjung…
Saya gembira sebab dapat berjumpa dengan rakan-rakan UPSIAN. Bakal GSST yang berkampung di Hotel Promenade ini ada yang dating dari UPSI, UMS, UKM, UM, UUM, dan IPTA serta IPTS lain.. Berasa gembira boleh berkenalan dengan bakal-bakal guru baru yang akan mendidik anak-anak bangsa. Insyaallah…
Malam ini ada majlis Perasmian dan Penyerahan GSST Bil.5/2010 oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian serta ucapan dan amanat dari Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah YB Datuk Dr. Hj. Muhiddin Bin Yusin.. Hurmm ini baru jak habis dari mendengar ucap tama dan amanat serta penyerahan GSST… Berasa penat ar.. habis pada jam 10.40.. Huhuuhuhu…..
Ok la rakan2 blogger.. Besok ada agenda yang padat.. dari pagi sehingga malam.. So, esok juga di nanti-nantikan Penyerahan Surat Penempatan. Berdebar-debar hehehehe.. padahal dah tau dah sekolah mana saya dapat heheheehe……
12 comments:
wahh!bestnye g sabah!selamat bercuti lahh ye=)
oh abg kaza comel ! kirim salam kat die. hehe
best2...;)
>>hanisah
sy mmg orang sabah.. hehe... thanks ya
>>Cik Mus
haha.. kaza comel??? dah smpaikan salam kat dia.. dia kata salam kembali
>>nmirmo
Thanks.. mmg best hehe
ye, dia comel ! wa, kembanglah dia pasni. Jaga2 korang. hehe
Jangan lupa maklumkan akak dapat sekolah mana,boleh lah akak datang lawat nanti...Berdebar lah rasanya
>>Cik Mus
mmg dah kembang pun.. dia dapat SMK Gunsanad Keningau...
>>Kak zmah
Awang dah dapat skolah.. Awang dapat ex-skol Awang d SMK MENUMBOK... nmpaknya ibarat sirih pulang ke gagang berbakti tuk anak2 kg sndiri..
sy suke blog awak la.... :)
http://siha89.blogspot.com/2010/11/saya-suka-blog-awak-la.html
selamat berorientasi..
:):):)
best2....
btw..
do folo me yeah..?
http://owlkieranaa.blogspot.com/
tq~
>>siti habsah
thanks ya myukai blog saya hehee
datanglah lg yer
>>cik epal..
mai la dtg sabah g hehe
>>whitecappuccino
thanks
>>Mcnace
sukanya dier hehhee
>>ctiey
thanks ya dah follow blog AJ
Post a Comment