Assalamualaikum dan salam Sejahtera…
Saya terbaca dan tertarik mengenai entri mengenai hukum hudud di sebuah blog rakan bloggers.. Oleh itu, di sini saya kongsikan mengenai entri tersebut…
Berdasarkan kepada gambar di atas adalah hukum hudud yang telah dijalankan di sebuah negara Islam iaitu
Bayangkan, renungkan dan fikirkan sekiranya negara kita
Haaa…. Itulah hukuman yang Allah telah tetapkan untuk seluruh umat manusia.. Jelas dinaskan di dalam Al-Quran…
Daripada Ubadah bin Assomat r.a. dia berkata: Rasulullah SAW bersabda:
(hukum) daripadaku, ambillah daripadaku, sesungguhnya ALLAH telah menyediakan untuk mereka jalan (hukuman); Si dara dengan si teruna (berzina) dihukum sebat 100 kali dan buang daerah selama setahun, yang sudah berkahwin (meskipun) janda dengan duda dihukum sebat 100 kali dan direjam.
(Riwayat Muslim)
Sungguhpun nampak seperti kejam namun untuk melaksanakannya amat susah kerana memerlukan saksi yang mencukupi dan disoal kenapa ia melakukan pekerjaan tersebut.
Bayangkan sebaik sahaja ia dilaksanakan sudah tentu kesannya sangat besar kepada kehidupan masyarakat secara keseluruhannya. InsysAllah aktiviti jenayah dan maksiat akan turun mendadak secara ‘drastik’. Masing-masing akan takut direjam dan dipotong tangan. Polis tidak lagi sibuk untuk menangkap penjenayah kerana tidak ada lagi jenayah yang keterlaluan. Penjara pula lama-lama akan kosong dengan penghuni. Tidak ada lagi pembaziran membina penjara dan menanggungmakan percuma penjenayah dengan wang cukai rakyat.
Sudah tentu rakyat akan selesa kerana negara akan aman. Peniaga dan hartawan tidak lagi risau tentang pencuri. Kedai-kedai atau rumah boleh ditinggalkan begitu sahaja kerana orang akan berfikir berpuluh kali untuk mencuri. Anak dara dan teruna tidak lagi berani untuk berkepit kerana masing-masing malu kerana akan dipandang serong oleh masyarakat dan mereka takut kalau-kalau terjebak dengan penzinaan.
Justeru itu, lihatlah apa yang akan berlaku pada hari ini di Malaysia. Pembunuhan boleh dikatakan berlaku hampir setiap hari. Rogol, zina, buang anak dan sebagainya boleh dikira mengikut kiraan ‘minit’. Pihak berkuasa sudah mati akal nak membasmikannya. Kenapa?? Kerana mereka ‘sombong’. Tidak mahu mengikuti perintah Allah. Jadi tunggulah saat kemusnahan yang pasti akan tiba dengan parah lagi…
Wallahualam….
13 comments:
i like....
nice entry..sayu je masuk blog ni.. menenangkan
like!!!like!!!like!!!like!!!like!!!sangat teruja ye..anak muda pun dah pandai sekarang ni..kenapalah yang dah 50-an ke atas tu masih cetek pemikirannya..rebut dunia seolah-olah mereka takkan mati..perlu terus disebarkan...sesat tak sesat dr masyitah..lulusan timur tgh..ada ke boleh nak lawan ayat alquran..dah dpt dato' dr pun boleh jadi bodoh blk sebab duit..kalau sesiapa tak pernah dgr sila search di you tube..sy yang dgr sgt pns hati..mainkan hukum Allah..hudud hak Allah..qisas hak manusia..takzir hak pemimpin..
sgt3 setuju..klo la hukuman hudud dilaksanakan mesti bnyk kes jenayah yg dpt dibanteras..suke ayat last skali..kita mmg 'sombong' utk ikut perintah ALLAH...wallahualam...
Hukum Hudud...ermm gambarnya cukup menyayat hati...moga kisah sejarah zaman dulu memberi pengajaran dan iktibar yg berguna supaya kita sentiasa mematuhi suruhan Allah. Amin...
pastu ada pulak orang menakut2kan orang ramai pasal hukum Allah. Siap kutuk lagi. Kalo turun bala' bukan sorang dua yang kena. Satu kaum yg kena oooo...
@@c-tea
thanks
@@ Anishafeera Sapli
thanks
@@zakiah ghani
terima kasih
@@Siti Nur Amirah
huhu.. sedih kan..
@@Bella Bell
yup betul tu...
@@ With Julia
moga mnjadi iktibar buat kita semua
@@Bob Merley
betul tu..
Post a Comment