"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Sunday, February 20, 2011

HUKUM HUDUD : Adakah Kejam??


Assalamualaikum dan salam Sejahtera…

Saya terbaca dan tertarik mengenai entri mengenai hukum hudud di sebuah blog rakan bloggers.. Oleh itu, di sini saya kongsikan mengenai entri tersebut…

Berdasarkan kepada gambar di atas adalah hukum hudud yang telah dijalankan di sebuah negara Islam iaitu Afghanistan sewaktu pemerintahan Taliban pada suatu masa dahulu…

Bayangkan, renungkan dan fikirkan sekiranya negara kita Malaysia menjalankan hukuman hudud seperti di atas… Adakah anda bersetuju???? Adakah anda sokong???? Sudah tentu ratusan dan ribuan orang akan mengadirkan diri tuk ingin melihatnya dari dekat bagaimana hukum hudud itu dijalankan… Dan jutaan penonton akan melihatnya melalui siaran langsung melalui kaca televisyen… Agak-agaknya beranikah lagi bakal pencuri, perompak, penyamun ingin melalukan kerja rutin harian mereka yang bergelumang dengan dosa itu??? Beranikah bakal perogol, penzina, pelaku maksiat melakukan kerja-kerja terkutuk berkenaan??

Haaa…. Itulah hukuman yang Allah telah tetapkan untuk seluruh umat manusia.. Jelas dinaskan di dalam Al-Quran…

Daripada Ubadah bin Assomat r.a. dia berkata: Rasulullah SAW bersabda:

(hukum) daripadaku, ambillah daripadaku, sesungguhnya ALLAH telah menyediakan untuk mereka jalan (hukuman); Si dara dengan si teruna (berzina) dihukum sebat 100 kali dan buang daerah selama setahun, yang sudah berkahwin (meskipun) janda dengan duda dihukum sebat 100 kali dan direjam.

(Riwayat Muslim)

Sungguhpun nampak seperti kejam namun untuk melaksanakannya amat susah kerana memerlukan saksi yang mencukupi dan disoal kenapa ia melakukan pekerjaan tersebut.

Bayangkan sebaik sahaja ia dilaksanakan sudah tentu kesannya sangat besar kepada kehidupan masyarakat secara keseluruhannya. InsysAllah aktiviti jenayah dan maksiat akan turun mendadak secara ‘drastik’. Masing-masing akan takut direjam dan dipotong tangan. Polis tidak lagi sibuk untuk menangkap penjenayah kerana tidak ada lagi jenayah yang keterlaluan. Penjara pula lama-lama akan kosong dengan penghuni. Tidak ada lagi pembaziran membina penjara dan menanggungmakan percuma penjenayah dengan wang cukai rakyat.

Sudah tentu rakyat akan selesa kerana negara akan aman. Peniaga dan hartawan tidak lagi risau tentang pencuri. Kedai-kedai atau rumah boleh ditinggalkan begitu sahaja kerana orang akan berfikir berpuluh kali untuk mencuri. Anak dara dan teruna tidak lagi berani untuk berkepit kerana masing-masing malu kerana akan dipandang serong oleh masyarakat dan mereka takut kalau-kalau terjebak dengan penzinaan.

Justeru itu, lihatlah apa yang akan berlaku pada hari ini di Malaysia. Pembunuhan boleh dikatakan berlaku hampir setiap hari. Rogol, zina, buang anak dan sebagainya boleh dikira mengikut kiraan ‘minit’. Pihak berkuasa sudah mati akal nak membasmikannya. Kenapa?? Kerana mereka ‘sombong’. Tidak mahu mengikuti perintah Allah. Jadi tunggulah saat kemusnahan yang pasti akan tiba dengan parah lagi…

Wallahualam….

13 comments:

c-tea said...

i like....

zakiah ghani said...

nice entry..sayu je masuk blog ni.. menenangkan

Siti Nur Amirah said...

like!!!like!!!like!!!like!!!like!!!sangat teruja ye..anak muda pun dah pandai sekarang ni..kenapalah yang dah 50-an ke atas tu masih cetek pemikirannya..rebut dunia seolah-olah mereka takkan mati..perlu terus disebarkan...sesat tak sesat dr masyitah..lulusan timur tgh..ada ke boleh nak lawan ayat alquran..dah dpt dato' dr pun boleh jadi bodoh blk sebab duit..kalau sesiapa tak pernah dgr sila search di you tube..sy yang dgr sgt pns hati..mainkan hukum Allah..hudud hak Allah..qisas hak manusia..takzir hak pemimpin..

Ceiler Mun said...

sgt3 setuju..klo la hukuman hudud dilaksanakan mesti bnyk kes jenayah yg dpt dibanteras..suke ayat last skali..kita mmg 'sombong' utk ikut perintah ALLAH...wallahualam...

Julia Johari said...

Hukum Hudud...ermm gambarnya cukup menyayat hati...moga kisah sejarah zaman dulu memberi pengajaran dan iktibar yg berguna supaya kita sentiasa mematuhi suruhan Allah. Amin...

Bob Merley said...

pastu ada pulak orang menakut2kan orang ramai pasal hukum Allah. Siap kutuk lagi. Kalo turun bala' bukan sorang dua yang kena. Satu kaum yg kena oooo...

Awangku Johan said...

@@c-tea
thanks

Awangku Johan said...

@@ Anishafeera Sapli
thanks

Awangku Johan said...

@@zakiah ghani
terima kasih

Awangku Johan said...

@@Siti Nur Amirah
huhu.. sedih kan..

Awangku Johan said...

@@Bella Bell
yup betul tu...

Awangku Johan said...

@@ With Julia
moga mnjadi iktibar buat kita semua

Awangku Johan said...

@@Bob Merley
betul tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...