"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Thursday, February 24, 2011

Tidak Sempat Solat?? Mustahil.....

Ibadah solat merupakan nadi kepada kekuatan orang mukmin dan kecemerlangan ummah. Orang yang beriman kepada Allah tidak akan merasai solat itu sebagai suatu bebanan malah ia adalah suatu kewajipan yang tidak susah untuk dilaksanakan dan dilaksanakan dengan senang hati serta tawaduk kepada Allah. Namun, bagi orang munafik, solat itu sangat menyusahkan. Allah telah berfirman di dalam Al-Quran.

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui tuhan mereka dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.” Surah Al-Baqarah, ayat 45-46

Di antara ciri-ciri orang munafik adalah :-

1. Merasa malas dan berat untuk mengerjakan solat.

2. Melambat-lambatkan solat dengan sengaja.

3. Berat untuk melakukan sebarang kebajikan.

4. Menunjuk-nunjuk apabila melakukan suatu ibadah.

Pelbagai alas an yang kita tinggalkan seperti seluar kotor, lewat bangun, tidak sempat dan sebagainya. Cuba kita berikan alasan itu kepada Allah? Adakah Allah akan menerima alasan seperti ini?

Seorang intelek yahudi pernah mengatakan bahawa umat Islam akan berjaya menawan Aqsa sekiranya solat Subuhnya sama seperti solat Jumaatnya. Semoga gambar-gambar dibawah ini memberi semangat dan kesedaran kepada kita semua.








10 comments:

Ujang9897 said...

terbaik..!!!

Meera said...

Sy pernah dengar kisah yang mana Umar ke siapa ye yg nak bakar rumah org yang tak pegi solat jemaah?

Anis Shafeera Sapli said...

like...
nice entry...

shichi_iza said...

nak seribu daya, xnak seribu dalih.......

Siti Nur Amirah said...

Allah yang cipta kita..mustahil Allah tak tau apa yang mampu dan tak mampu dilakukan oleh kita hamba dia kan..;') nak tak nak je..

Awangku Johan said...

@@Ujang9897
thanks ujang

Awangku Johan said...

@@Meera
hurm... yaa

Awangku Johan said...

@@Anishafeera Sapli
thanks

Awangku Johan said...

@@shichi_iza
yup

Awangku Johan said...

@@Siti Nur Amirah
kita sebagai hamba kena kerjakan benda yg wajib...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...