Ihsan dari Mr.Google
Siapa yang cantik? Awak cantik? dia? Atau saya?? Eh.. awat pulak saya nak cantik.. Hahahaha.. Saya hensome tp tak la sehensome orang2 tu.. ada la cukup2 makan gitu.. Hehehe…
Kalau di Bollywood mungkin kata mereka, Aishwarya Rai yang tercantik, atau di
Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'? Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing. Mungkin bagi saya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula. Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik.
Mata lah yang akan mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, Barat sudah pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik Barat. Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya.
Kalau di Barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di
Sungguh berbeza
Ataupun, ada juga yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik dan tidak masuk akal tetapi pada mereka, itulah cantik! Satu kaum di Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh.
Di Sarawak pula, suku kaum Orang Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan mereka. Tapi kini, generasi muda sudah tidak lagi mengamalkan amalan ini. (Mungkin sudah terikut-ikut definisi cantik barat..hmmm)
Perlukah jadi cantik?
Di Mexico, kaum wanita menghabiskan separuh dari gaji mereka untuk kecantikan seperti ke salun, malahan ada juga pakej bayar secara ansuran untuk pembedahan plastik. Atau di Iran, pembedahan hidung sangat popular di
Tetapi saya tertanya-tanya juga, bukankah mereka Islam dan Islam melarang pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan? Wallahualam.
Bayangkan betapa wanita-wanita ini mahu kelihatan cantik. Betapa pentingnya menjadi cantik pada seorang wanita itu. Macam-macam sanggup dikorbankan, wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung demi cantik, bahkan, hukum agama pun sanggup dilanggar demi cantik. Tidak kisahlah perbuatan mereka dilarang agama, janji mereka kelihatan cantik. Plastic surgery, Botox, liposuction, gastric bypass sekarang bermain di sekitar hidup wanita demi cantik.
Walaupun mereka sedar akan kesan sampingan perbuatan ini, semua itu ditolak tepi, demi CANTIK. Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. Kata mereka, apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri. Saya juga bersetuju dengan ini, tetapi bukanlah sampai sanggup berkorban segalanya demi cantik.
Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaanNya. Tambahan lagi, mereka yang ekstrem mahu kelihatan cantik ini, bukanlah mahu kelihatan cantik di mata Allah, tapi di mata manusia. Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia.
Ini ada citer mengenai kawan saya.. Dulu sewaktu dia kecil, dia suka kelihatan cantik.. Kalau baju pink, maka seluruh badan perlu pink termasuklah sepit dan pengikat rambut. Tapi, kawan saya bukannya perempuan yang obses cantik, kerana pada saya, cantik bukan sekadar di wajah, tapi cantik itu dari akhlak dan keimanannya kepada Pencipta. Cantik akan pudar walau
Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya. Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.
Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam.
Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik. Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia.
Bersyukurlah dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya keranaNya.
Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh-solehah,
Tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah
Tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh-solehah.
15 comments:
yg penting jgn ubah ciptaan ALLAH..org korea byk buat pembedahan plastik
cantik sinonim dgn wanita.. kdg2, kerana lelaki juga wanita sanggup berhabis-habisan utk kelihatan cantik... walaupun cantik di dalam itu yg amat penting, namun cantik luaran tetap menjadi kebanggaan wanita..
ya..cantik itu juga subjektif.. setiap org memandang kecantikan dari sudut yg berbeza :)
thanks 4 sharing :)
nice... :)
Betul2,saya setuju ngan cantik kerana ALLAH itu cantik yang tiada nilai...
Tanpa perlu berhabis wang ringgit pun nak cantik dihadapan ALLAH ni, cuma amalkan amal maa'ruf nahi mungkar...kan2??:)
wallahuallam..
sesuatu benda 2 cantik pada orng yg melihatnya.... Allah m'anggap semua makhluk ciptaan-Nya cantik, so xyah la bazirkan duit tuk melakukan sesuatu yg menyakitkan diri sebab bila dh tua ttp juga berkedut..... :)
pernah jugak bace pasal cantik nih. . kat iluvislam. . =.)
cantikkkkk!!!!
hehe..XD
@@Ujang9897
a'ah ujang betul kata kamu.. org d Asia Timur kebanyakkan mereka mgubah diri mereka dgn mmbuat pembedahan pada bhgian mata mereka.. coz tak nak kelihatan sepet..
@@Rina Azam
betul.. cantik itu mmg subjektif.. susah tuk kita mmberi makna yg betul2 menjurus kepada cantik.. coz pelbagai makna akan diungkapkan oleh mereka yakni wanita.. Cantik tu mmg dah sebati dengan wanita.. Tapi pada pandangan saya cantik dalaman adalah mnjadi keutamaan berbanding cantik luaran.. sekiranya cantik dalaman dan luaran adalah satu pakej yg bermakna
@@azwa_amani
thanks awin
@@nur aisya humaira
terima kasih atas komentarnya../ mmg betul kata kamu tu
@@shichi_iza
semua ciptaan oleh adalah cantik.. so manusia la menilainya.. di sisi Allah semuanya adalah cantik.. tp berlainan dgn manusia.. lebih2 lg skrg ni... semuanya nak pilih yang cantik dan hensome d luaran jer.. tp dalaman sifar.. huhuhuhu..
@@ RIAN
yup
@@af3b_p!LaH
ooo cantik ek.. heehee
sbb rata rata laki zaman skg memandang kecantikan barat .
:DD
Post a Comment