Ramai dikalangan manusia yang tidak mampu berlapang dada menerima pendapat manusia lain walaupun dia mempunyai pendapat sendiri, tidak kira dalam pelbagai urusan. Peniaga dgn cara peniaga, agamawan dgn cara agamawan. Kadang2 perbezaan sampai kepada perkara usul aqidah, ini bahaya.
Perbezaan pendapat sgt baik, krana ia mencetuskan idea yg berlainan, cara fikir yg berbeza, pgetahuan yg meluas, menentukan jati diri seseorang. Sesungguhnya, "ikhtilaf itu rahmat". Yg mnjadi rahmat itu apabila masing2 berbesar hati menerima dan bsedia bhujah dgn hujah ilmiah tanpa di dorong dgn nafsu amarah.
Perumpamaan
Tiga org pelajar yg duduk di dlm kelas dan memandang ke luar, seorang melihat kpd pokok, seorang lagi melihat kpd awan, dan seorang lagi melihat kpd kereta guru, semuanya pasti mempunyai tafsiran berbeza terhadap objek.
Tuhan menciptakan manusia ini berbeza dri segi cara berfikir. Itulah kehebatan tuhan. Dlm berbilion-bilion manusia jarang skali mempunyai pendapat yg sama pd waktu yg sama. Oleh sbb itulah kita harus menerima perbezaan pdapat, walaupun ramai yg tidak mampu mnerima krana sdh terbiasa di didik dgn 'rasa betul'.
Apabila berlaku perbezaan, hatinya cepat marah. Orang2 cerdik mengatakan "cerek yg kecil lebih mudah panas, begitu juga org yg berhati kecil". Kenapa perlu merasa panas hati apabila org lain bpendapat berbeza? pgalaman kehidupan manusia itu tdk pernah sama.
Si A memandang pokok kelapa krana dia hanya mempunyai pgetahuan tentang buahnya, tetapi si B apabila memandang pokok kelapa, dia tahu dri daun, batang sehingga ke buah mempunyai kegunaan tersendiri. Begitu jg org yg belajar. Kita mungkin blajar pd tempat berbeza dgn guru yg berbeza. Pemahaman kita dgn org lain sudah tentu berbeza.
Mana mungkin Si A belajar dgn guru B tetapi mengetahui apa yg diajarkan oleh guru C pd masa yg sama. Sikap kita melambangkn siapa kita. Org yg tidak blh mnerima pendapat org lain, bermakna dia org yg berfikiran negatif dan selalunya baran. Org begini tdk boleh bkerja secara berkumpulan atau menghadiri mesyuarat apa pun, krana pasti mendatangkan masalah.
Pernah suatu ketika sorang ahli falsafah yg bernama Galileo Galilei yg lahir di Pisa pd tahun 1564 ditangkap oleh pihak gereja pd zamannya hanya krana berbeza pendapat dlm hal samada bumi itu bulat atau tidak. Beliau mendapati bumi itu bulat, ini bermakna dia bertentangan dgn pendapat gereja krana kepercayaan gereja ketika itu adalah bumi itu leper, Justeru, dia ditangkap krana berbeza pendapat dgn pihak gereja.
What you see is what you get….. Cerdik pandai pernah mengatakan "Cara kita melihat menentukan siapa kita". Benarlah begitu, krana seseorang yg menjadikan suasananya positif pasti akan melihat semua perkara adalah positif. Hadapilah perbezaan pendapat dgn senyuman nescaya masalah itu pasti senyum kembali kepada kita.
Sekurang2nya kita tahu bahawa sudut yg kita ketahui sbnrnya mempunyai sudut lain yg belum kita ketahui. Kadang2 kita tdk nampak dlm diri ada kekurangan, dan sbb itulah kita perlu teman utk memberitahu. Itulah adatnya apabila menubuhkan kerajaan pasti ada pembangkang. Inilah fungsinya. Kerajaan yg tdk mampu menerima kritikan pembangkang adalah kerajaan yg lemah!.
Kesimpulan
Jadilah manusia yg cerdik dlm memberi pendapat dan jg menerima perbezaan pendapat. Lihat sahaja Umar dan Abu bakar, dua sahabat Nabi yg sgt di hormati, mereka dpt menerima antara satu sama lain walaupun mempunyai byk perbezaan pendapat. Mereka adalah manusia yg cerdik dan pintar.
Seharusnya org yg ingin mnjadi cerdik dan pintar mencontohi akhlak mereka. Mengakui kelemahan diri itu sbnrnya bukan hina malah itu lah sifat hamba yg soleh. Sebenarnya musuh yg paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri.
Org lain tdk mampu membuat kita risau kecuali diri kita sendiri yg membuatnya risau.
Ikhtilaf - perbezaan pendapat
22 comments:
alhamdullillah....sudi mengingatkan...terkadang saya pun terlupa...asyik ikut kepala sendirri je....terima kasih..;)
kupasan dan ulasan yang sangat baik.
sebenarnya allah menghimpunkan kita disuatu tempat dan di suatu situasi yang sama ada hikmahnya. perbezaan pendapat sesama kita itu sebenarnya adalah untuk melengkapkan dan memenuhkan setiap ruang yang ada tanpa kita sedari kadang2 kadang tu.
jadi terimalah dan hormatilah semasa kita membincangkan sesuatu hal.
salam cikgu~
bila dah jadi cikgu ni mesti lagi banyak idea nak menulis kan? ;)
perbezaat pendapat selalunya cara kita untuk saling melengkapi betultak? =)
betul tu cikgu!
=)
ingatan kita bersama=)
pendapat setiap orang berbeza2,terpulang pada kita sendiri untuk menilai secara bijak
masing2 nk menunjukkan diri pandai..
kadang2 ada tu minta pendapat..tp bila pendapat da diberi..pastu dok komen byk plak...hurmm
salam..
pinky momma dtg melawat sini..
slm perkenalan..nice blog =)
eppy blogging..
di pejabat kami selalu amalkan perbincangan berkumpulan. walaupun kadang2 berbeza pendapat, ada yang tak setuju ngn pendapat orang lain, tapi hasil akhir adalah sangat memuaskan. idea yg diutarakan pun banyak :)
http://fentomatte.blogspot.com
@@Penyair SenjA
alhamdulillah sama2...
@@Tuan Penasihat
sntiasa hormati pendapat masing2
@@ Sunah Mohammad
waalaikumsalam... hurmm penat ada jugak ar..
@@rosmina samin
betul2... dari pndapat org tu la blh mghasilkan satu gerak kerja yg bagus
@@Akmal Ezzah Alias
yup
@@ bella nabila
ku smile jugak la
@@Finaz Jaafar
a'ah betul kata kamu.. sndiri kena pndai menilai
@@chii
jgn bgga diri dgn pndapat diri.. kena terima pndapat org lain jg.. lepas tu baru fikirkan mana yg terbaik
@@♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥
thanks.. follow
@@Fina Fento
idea yg d bincangkan adalah bagus.. kmudian.. kena pilih yg terbaik..
@@Fina Fento
idea yg d bincangkan adalah bagus.. kmudian.. kena pilih yg terbaik..
pendapat yg pelbagai ble meningkatkan keputusan yg d buat.... juga ble memperkembangkan pengetahuan kita.... ambil sesuatu 2 dri sudut psandangan positive.... :)
Post a Comment