"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Thursday, February 10, 2011

Disaat Aku Ditalkinkan...


Assalamualaikum.. dan Salam Sejahtera buat teman-teman sehati Awang di Blog ini….

Sebak dada pabila anda semua membaca lenteran email ini.. but it’s good.. Semoga kita insaf dan menjadi pelajaran buat kita semua.. InsyaAllah…

Hari berganti hari, keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini. Sebelum itu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah, lalu bertembung dengan lori balak..


Tapi selepas itu, aku tidak ingat apa-apa. Pandangaku kabur. Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dadaku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak terasa apa-apa lagi. Derita sungguh nafasku sesak..

Tiba-tiba tanganku dipegang kuat. “Mengucap sayang, mengucap.. Asyhaduallaillahaillallah..” Ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan. Itu suara ibu. Manusia yang pernah mendodoikan daku smasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

“Bagaimana dengan keadaannya doktor?” Aku amati suara itu. Pastu itu suara abang. Mungkin abang baru sampai. “Tenat” Jawab doktor dengan ringkas. “Itu kata doktor, bang jangan berserah kepada takdir sahaja. Kita perlu usaha”. Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah? Datang lah ke sini, aku ingin berbicara denganmu. Datanglah…. Tapi mataku… semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tida!!!! Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini. “Sabarlah dik, banyak-banyak ingatkan Allah. “Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan, abang… Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku”…

“Tekanan darahnya amat rendah.” Sayup-sayap kedengaran suara doktor. Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu, kau hanya mampu menangis saja dan bila tiba saatnya, kita akan berpisah. Tapi, ibu… aku tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu, selamatkan lah daku… “Yassin…” bacaan yassin terngiang-ngiang di telingaku. Aku tahu itu suara abang. Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut??? Aku takut!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi Izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku di ambang sakaratul maut… Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada. Ketika itu, aku tidak ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa disekelilingku. Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.

“tolong ibu, tolanglah aku, aku takut”.. Tapi rintihan ku tidak di pedulikan. Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah, gelisah dan penuh kesah. Keluhan dan rintihan. “Panas, dahaga, haus, panas……” tapi tiada siapapun yang peduli. Nenekku datang, “Nenek….” “Kau dahaga cu, kau lapar cu, mahu air?? Ini gelas penuh air madu, kalau cucu mahu masuk syurga, minum air ini”

“Ibu……..” Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya. “Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak… BUangkan islam, matilah dalam agama Yahudi….”

“Ayah….. kau datang ayah….” “Matilah dalam agama Yahudi anakku. Matilah dalam agama Nasrani itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga”. “Nenek… ibu… ayah… suara kau kah tadi?? Kenapa kau berubah laku?? Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??” “Mengucap sayang, mengucap.. Asyhaduallahillahaillallah….. ”. Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang. “Mari ikut kami”.. manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau, katanya “Mari ikut kami”. Cahaya putih datang. Datang hitam. Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang. “Apa ini, apa ini? Akulah sakaratul maut….!!!!”. Kedinginan menjalar, merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. “Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan Allah…”. Aku tersentak. Rohku berselerak di dalam tubuhku. Lalu, Innalillahi Wainnaillahi Rajiuun… Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku, seperti bau sampah yang amat busuk. “Apa yang busuk ini? Tak adakah orang yang mengangkat sampah ini? Ah, busuknya, hanyirnya, hancingnya…..”

“Assalamualaikum….”

“Siapa yang memberi salam itu?”

“Aku”.

“Kau siapa wahai pemuda???”.

Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh, sekotor, dan sebusuknya di dunia ini. Rambutnya yang tidak terurus, baju yang di pakai berlumut hijau, kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi, dari lubang hidung, telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar. Tanpa di pedulikannya.. jijik,loya,aku rasa... teramat loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?".

"Tidak, jawabku tegas. Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini".

"Aku sahabatmu, kau yang membuat aku hari-hari".

"Bohong!". Aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad ini mendengarnya.
"Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini".

"Akulah amalanmu yang keji..........".

Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini, semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia, akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh! Tuhan, aku banyak dosa. Aku memang lalai, cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan. Solatku kerana kawan, dan bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim ataupun tidak. Tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat. Apa yang aku harus lakukan!!! Surah yassin yang abang pegang diletakkan di atas dahiku. Aku melihat kak long dan kak ngah menangis. Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air. Air apa ini?????

“Tolong… sejuk!! Kenapa air ini berbau air kapur barus. Tolong jangan tekan perutku dengan kuat, sakit!! Kenapa ramai orang melihat aku??? Aku malu… malu… malu…!!!”.

Aku di usung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu. Kapas di bubuh di celah-celah badanku. Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. “Nanti, tunggu!! Jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua buat aku macam ini? Tolong rimas.. panas…” Kemudian aku diletakkan di suatu sudut. Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama. Tapi kenapa aku di sembahyangkan??

Bukankah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. “Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan”. Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir, ruku’, sujud dan tahiyyat. Aku diangkat perlahan-lahan kemudian diletakkan di dalam kotak kayu.

Kotak apa ini? “Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. Aku diusung setapak demi setapak”. “Al-Fatihah!!” Kedengaran suara tok imam. Kelihatan ibu, kak long, kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang. Tapi ke mana dia bawanya aku?” Nun jauh di sana, kelihatan tanah perkuburan kampungku. “Ke situkah aku dibawanya? Tolong turunkan aku, aku takut!!!”. “Perlahan-lahan”, aku terdengar suara tok imam memberitahu. “Tolong keluarkan aku dari sini! Aku seram!!”. Kini aku berada di dalam liang sedalam enam kaki. Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.

“Tanah apa ni?” “aduh sakitnya badanku di timbusi tanah”. “Innalillahiwa innailahi rajiuun… Dari Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita kembali”. Kedengaran bacaan talking dari tok imam. “Sesungguhnya mati itu benar, alam barzakh itu benar, siratul mustaqim itu benar, syurga dan neraka itu jua benar….”. Sayup-sayap aku terdengar, tok imam terus membaca talking, tetapi makin lama makin hilang. Pandanganku makin lama, makin kabur dan terus tidak kelihatan. Tubuhku terasa telah ditimbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang dilemparkan ke atasku. Terasa semakin gelap dan…. Aku kini keseorangan.

“Nanti! Nanti! Tolong! Tolong ayah, ibu! Jangan tinggalkan aku seorang. Aku takut!! Gelap!! Panas!! Tolong!!!”

This is a good story but the author left out one most important thing in death… “Sakitnya sakratul maut itu adalah umpama seribu pedang yang amat tajam menghiris daging dan tulang serentak…. Dan sakitnya hingga ke akhirat.”

P/S : Insan yang mengingati mati adalah insan yang paling bijak.. kerana, dunia dijadikan sebagai tempat menanam dan akhirat dijadikan sebagai tempat menuai… ingatlah wahai semua… setiap amal yang baik mahupun buruk akan dikira oleh Allah walaupun sekecil-kecil zarah perbuatan kita itu… mahkamah manusia, kita boleh menipu… Tapi mahkamah Allah dan juga mahkamah hati sendiri… kita tidak dapat menipu.. renungkan pengisian ini…

Kredit : http://www.activeboard.com.

13 comments:

shichi_iza said...

info yg menarik.... sya berharap sblm meninggalkan alam dunia ni, sya ada amalan yg m'cukupi sbgai bekalan..... amin :)

aliarosli said...

thanks 4 sharing

ya Allah,baru sedar banyak dosaku

apakah aku sanggup tuk bertemu denganMu???

Biela Sapine said...

Manusia sering melakukan kesilapan di dunia ini, Hurmm. Mengigati kematian adalah satu cara mendekati diri kepada Allah

bantalbucuk said...

ya ALLAH..begitu sekali keadaannya..semoga sama2 kita mengambil iktibar..

Anis izyan Abd Rahman said...

TQ for sharing

Awangku Johan said...

@@shichi_iza
jom perbanyakkan amalan..

Awangku Johan said...

@@ bun
welcome

Awangku Johan said...

@@Biela Sapine
sntiasalah mengingati mati

Awangku Johan said...

@@ bantalbucuk
amik nya sbagai pgajaran

Awangku Johan said...

@@ Anis izyan Abd Rahman
sama2

Diah Rothman said...

Terima kasih atas perkongsian ini........

KhAiReDzAiMy said...

SubhanAllah.... Terasa diri nie mnggigil bila membacanya... Thanxs.. perkongsian yg menarik...

azwa amani said...

nice :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...