"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Sunday, February 6, 2011

5 Isu Panas dalam Dunia Pendidikan 2011



Sejak masuk aje tahun 2011 ini, mungkin cikgu-cikgu dan anda semua perasan yang mana terlalu banyak isu berkaitan dengan pendidikan panas di dada-dada akhbar dan juga blog-blog popular. Tidak hairan untuk aku katakan bahawa isu pendidikan menjadi semakin panas dalam 2-3 hari ini sejak bermulanya krisis pelajar Malaysia di Mesir yang akhirnya mendapat perhatian Perdana Menteri kita untuk menghantar kapal laut dan kapal terbang untuk membawa balik pelajar-pelajar kita itu. Walaupun antara yang terlambat, tapi aku harap pelajar-pelajar kita semuanya selamat-selamat belaka.


Antara isu panas dalam dunia pendidikan dalam tempoh masa 1-2 bulan dalam tahun 2011:

1. Isu cikgu atau guru GSTT.

Dari awal Disember hingga ke akhir Januari, cerita GSTT berjaya masuk ke surat khabar dan banyak mendapat respon pada setiap hari. Tak kurang juga guru kontrak juga ingin mengetahui status terkini mereka seperti mana yang berlaku dengan kes GSTT. Sampai hari ini, belum ada apa-apa berita yang menggembirakan.


2. Isu buku teks bahasa Inggeris.

Macam mana boleh ada kesilapan dalam buku teks tu? Nak salahkan penilai, penilai akan kata dia tak pilih buku tu. Dia pilih buku lain. Nak salahkan cikgu yang buat buku teks tu, memang dah sah-sah salah mereka. Tapi kalau buku tu dah banyak sangat salahnya, apsal nak juga buku tu yang diterima? Mengapa buku itu yang dipilih? Takkan para penilai nak pilih buku teks yang bermasalah bukan? Kat sini, banyak isu panas timbul dan akibatnya..teruk Pak Muhyiddin nak jawab dibuatnya..


3. Isu Interlok.

Ini satu lagi isu yang diperbesarkan dan dipolitikkan. Bila dah masuk isu politik, macam-macamlah yang akan bersuara. Bagi aku, ada banyak lagi buku yang lagi panas berbanding Interlok. Banyak isu perkauman yang diceritakan dan kita kena faham mengapa buku atau novel seperti Interlok dan Konserto Terakhir dijadikan buku komsas dalam sekolah menengah.

Setiap novel seperti Interlok dan Konserto Terakhir ada jalan ceritanya, ada nilai-nilainya tersendiri, dan isu-isu yang dibincangkan ada motifnya tersendiri. Dan kita akan belajar dari jalan ceritanya. Baik dan buruk kita akan tahu. Bukan untuk dipolitikkan. Jadi, bila dah jadi macam ni, kalau aku sebagai Abdullah Hussein pun akan merajuk. Kita buat ikhlas, nak bagitau perkara sebenar, tapi dipolitikkan. Apa kes?? Itulah hakikat sebenar yang berlaku pada masyarakat kita ketika, sebelum, semasa dan selepas merdeka. Yang nak malu, kenapa? Itu sejarah. Kita belajar dari sejarah untuk jadi insan yang lebih baik. Takkan sampai hari ini masih tak boleh bezakan? Yang mana baik dan yang mana tak baik?


4. Isu cikgu masuk mahkamah sana sini.

Ada cikgu yang merogol, ada ustaz yang buat kerja tak senonoh, ada cikgu kena tipu dalam skim tertentu, ada cikgu pukul budak dan sebagainya. Semuanya berkait dengan mahkamah. Isu ini, memang panas sepanjang tahun. Tak tahu bila nak jadi sejuk balik..


5. Isu Krisis Pelajar Malaysia di Mesir.

Bila Pak Muhyiddin tersalah cakap, memang macam-macam yang marah dan mengamuk dan tulis macam-macam kat blog mereka. Itulah, bila kita dah terlajak kata, susah nak tarik balik, terlajak kereta atau perahu, boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya. Bila kata “sampai tak ada keperluan nak ambil pelajar Malaysia balik” itu memang buat orang kita marah. Takkan nak tunggu sampai ada yang dah dikafankan baru nak ambil tindakan? Dan akhirnya Pak Najib dah ambil tindakan. Mungkin selepas berbincang dengan Pak Muhyiddin dan rakan-rakan serta pertubuhan yang lain, mereka sepakat untuk ambil pelajar Malaysia yang masih berada dalam ketakutan di Mesir.


Jadi, isu pendidikan ni tengah panas sekarang. Ada banyak lagi isu yang lain. Tapi aku ketengahkan 5 isu ini aje sebab tengah famous buat waktu ini. Aku yakin menteri pendidikan kita tengah sakit kepala nak jawab isu-isu ni. Nampak jugalah dia macam bermasalah sekarang dan sampai satu tahap, Pak Najib kena masuk campur. Isu ni terlalu panjang, panas dan luah untuk dibincangkan. Aku harap yang baik-baik berlaku kerana kita semua rakyat Malaysia. Lebih baik kita duduk berbincang dan fikir apa yang baik untuk negara kita daripada bercakaran sesama sendiri. Itu lebih baik. Pasti.



Ps: Bukan nak tuding sape-sape. Cuma aku nak kita semua sama-sama fikir untuk cari cara yang bagaimana untuk menyatukan orang melayu agar lebih berfikir dengan baik dan juga menjadikan negara kita lebih bersatu dan hebat seperti yang kita impikan.

Oleh itu, jangan jadi guru yang setakat melepaskan tanggungjawab. Jadilah guru yang berilmu dan sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan pada setiap waktu. Insyaallah guru itu akan disanjungi dan pembelajaran yang disalurkan ke atas pelajar lebih diberkati dengan izin Allah…

C.I.K.G.U

Celik Insan Kerana Guru Unggul



Sumber : Klik SINI


6 comments:

s.y.a.r.q said...

ape2 pon.harap semua pelajar malaysia kat mesir selamat smpi....amin

Samelah Sakimin said...

alah..kenape takde butang like facebook???huhu.

*thumbs up!)*

cikgu2 kne sentiase alert ngn isu2 camni kan.

=)

Lelaki Ini said...

saya suke cegu punye tagline "celik insan krn guru uggul"!

Awangku Johan said...

@@s.y.a.r.q
yup.. amin

Awangku Johan said...

@@ iEn
tak tau macam mana nk wat butang like fb tu... huhu

Awangku Johan said...

@@af3b_p!LaH
thanks ya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...