Setiap kali sy berdoa, sy jadikan doa buat kekasih sbagai pnduan berdoa. Bg sy doa buat kekasih adalah doa yg terbaik susunan doanya.
Doa buat kekasih mempunyai protokol doa iaitu:
1. Tawasul
2. Khusus
3. Sebab atau alasan
4. Tawasul
5. Pasrah
1.Tawasul :
Sblm memohon perlulah memuji Allah SWT. Allah suka dipuji. Ssungguhnya memang berhak Allah dipuji krana rahmat yg Allah berikan kpd kita ini tdk mampu ditandingi.
2. Khusus :
Kebiasaan doa adalah terlalu umum seperti, "Ya Allah murahkanlah rezekiku". Kita menganggap Allah mengetahui apa ya kita inginkan walaupun hakikatnya Allah memang mengetahui.
Tetapi sifat kita ini tdk bsungguh di dlm memohon lalu utk memudahkan diri kita, kita meminta scara umum. Apabila kehendak dan keinginan kita tdk dimakbulkn, kita menyalahkn Allah. Sedangkan kita lupa doa kita adalah memohon kpd Allah agar murahkan rezeki. Maka nikmat kehidupan dan masih bernyawa jg merupakan salah satu rezeki. Di dlm memohon semestnya mempunyai protokol yang tersendiri iaitu;
SMART
1. Specific (khusus)
2. Measurable (boleh dikira)
3. Achievable (mampu dicapai)
4. Realistic (Realistik)
5. Timeline (Tempoh masa)
Di dlm berdoa, kita perlu khusus. Jika ingin meminta duit, sebut shj brapa jumlah yg kita inginkn. Jika kita mpunyai 10 keinginan, sebutkan satu persatu tetapi mesti SMART.
Jika kita ingin pergi menunaikan haji hujung thn ini sdgkan wang yg terkumpul hanya RM100, adakah ia SMART? Walaupun bukanlah mustahil kita mampu mencapai tujuan tersebut tetapi seboleh-bolehnya biarlah ia adalah 'Achievable' dan 'Realistic' di dlm 'Timeline' yg kita inginkan.
Sbgai contoh, jika saudara mula mgumpul RM100 utk pergi menunaikan haji mulai bln ini dan bercadang utk menunaikan haji 2 tahun lagi, kmudian saudara kini sdg mjalankan perniagaan kecil-kecilan dan juga mpunyai sumber pdapatan dr plbagai sumber, maka ia blh dikatakan SMART. Hanya saudara yg tahu samada apa yg saudara inginkan itu memenuhi SMART atau tidak.
3. Sebab atau Alasan :
Di dlm berdoa, kita perlu ada alasan. Mengapa kita inginkn sesuatu itu. Contohnya jika kita ingin pergi haji, kita perlu beri alasan knapa kita ingin pergi haji. Walaupun Allah memang mgetahui tetapi jika kita beritahu Allah, maka sbnrnya diri kita akan lbh bsemangat utk berusaha mcapai tujuan itu dgn bersaksikan Allah yg mendengar sbb dan alasan kita.
4. Tawasul :
Di dlm stiap doa, kita hendaklah menyelanginya dgn tawasul. Kita blh mggunakan firman-firman Allah utk mengukuhkn permohonan kita sprti berkata;
"Ya Allah, bukankah Engkau berfirman jika aku berdoa, pasti Engkau makbulkan ya Allah"
Inilah tawasul yang dimaksudkan di protokol ke-4 ini.
5. Pasrah :
Menyerahkan 100% kpd Allah doa yg tlh dipohon. Jgn tertanya-tanya, bilakah Allah akan makbulkn ini, bilakah Allah akan mberi rezeki ini, bilakah Allah nak buat itu dan ini. Pasrah bmakna bukan tdk melakukn apa2 kerja atau usaha, ttapi pasrah mnerima samada dimakbulkn atau tidak. Keizinan Allah di dlm prmohonan kita diberi tanpa kita sedari.
Yg pasti kita hendaklah terus berusaha dan insyaallah jika Allah mengizinkn pilihan yg kita buat itu, maka dimudahkn kita di dlm sgala urusan.
Perniagaan kecil-kecilan kita smakin membesar. Jika kita blm pandai berdoa dan cara mgerjakan haji, ada shj jln ke arah itu yg Allah akan berikan. Contoh di atas adalah 1 contoh iaitu hajat mgerjakan haji. Namun protokol itu sama utk memohon apa shj keinginan dan hajat. Kita manusia yg lemah di mana sentiasa mpunyai hajat walaupun hajat yg kecil.
Seperti mana yg biasa sy katakan, HIDUP INI PENUH DENGAN PILIHAN.
Masalah utama kita tdk tahu apa akan terjadi walaupun sesaat kehadapan. Sbb itulah kita memerlukan Allah SWT yg maha mengetahui agar dpt mberi panduan kpd kita agar pilihan yg dipilih merupakan yg terbaik di sisiNya. Setiap yg tbaik disisi Allah pasti tbaik utk diri kita.
Elakkan berdoa seperti mgarahkan Allah melakukan kerja sperti, "Ya Allah murahkanlah rezeki aku" atau "Ya Allah, panjangkanlah umur aku". Bukankah bunyi doa itu sperti mengarahkn Allah melakukn kerja. Sharusnya doa yg baik adalah dgn meminta permohonan.
"Ya Allah, Yang Maha Pemberi, Yang Maha Mengasihani, Yang Maha Kaya. (Tawasul)....Aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku dimurahkan rezeki. (sambung dengan permohonan yang khusus)..(beri alasan kenapa memohon).. Aku ini lemah ya Allah, aku perlukan pertolongan diriMu ya Allah.. Ya Allah jika keinginan aku ini baik ya Allah, aku memohon agar Kau makbulkan permohonan aku ini ya Allah. Bukankah Engkau berfirman, jika aku berdoa kepada Engkau, akan Engkau makbulkan permohonanku ya Allah (Tawasul). Tetapi ya Allah, jika ini bukan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah, maka buangkan keinginan ini dari hati aku ya Allah. Agar aku tidak akan mengingati keinginanan ini lagi ya Allah. Agar aku sentiasa tenang ya Allah. (Pasrah).. Ya Rahman, Ya Rahim. Amin".
Ini adalah satu contoh doa yg ringkas mengikut protokol doa. Saudara blh menyusunnya semula dgn lebih baik dgn tawasul yg lebih byk. Doa yg umum tdk melihatkan kita bersungguh di dlm mendapatkan sesuatu. Maka susunlah doa mengikut protokol doa yg dinyatakan. Semoga sgala hajat, impian, keinginan, cita-cita akan dimakbulkan oleh Allah SWT.
DOA UNTUK KEKASIH
"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah, Seandainya telah engkau catatkan Dia milikku, tercipta buatku. Satukanlah hatinya dengan hatiku. Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi. Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi, Seiringkanlah kami melayari hidup ini, Ke tepian yang sejahtera dan abadi. Maka jodohkanlah kami. Tetapi ya Allah, Seandainya telah engkau takdirkan. Dia bukan milikku bawalah dia jauh dari pandangan ku. Luputkanlah dia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan. Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti, Berikanlah aku kekuatan menolak bayangannya jauh ke dada langit dan hilang bersama senja yang merah agarku sentiasa tenang walaupun tanpa bersama dengannya. Ya Allah yang tercinta, pasrahkanlah aku dengan takdirMu. Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-Mu ini. Ya Allah. Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat. Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini. Janganlah engkau biarkan aku bersendirian di dunia ini mahupun di akhirat, menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah. Ya Allah, berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka. Amin. Ya rabbal 'aalamiin".
2 comments:
suka entry ni..~~
sy akn cuba perbaiki adap msa berdoa~
mula terfikir dengan tips2 yang anda bagi.. ada benrnya jugak.. patutla doa zwan banyak yg x dimakbulkan.. rupanya x cukup smart.. HUHU
MySuaraBlog: Sebelum Sekarang, Mereka Hanyalah....
Post a Comment