"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Sunday, May 15, 2011

Apakah Falsafah Hidup Anda ??

Assalamualaikum wahai sang-sang bloggers dan silent reades sekalian. Sebelum sama kita-kita berfalsafah dan mengumpul falsafah. Saya cuma ingin menyampaikan maksud falsafah dalam konteks ilmu dengan ringkas. Ilmu falsafah telah wujud sejak Tamadun Yunani Kuno sebelum Islam diturunkan di bumi ini. Ilmu falsafah juga merupakan pencetus kepada ilmu pemikiran kepada ilmu-ilmu yang lain. Kerana fitrah manusia suka berfikir sejak sebelum Islam, kebanyakannya fikirannya masih belum sempurna.

Maka diturunkan al-Quran dan Rasullah untuk menyempurnakan falsafah yang difikirkan oleh manusia sebelumnya, supaya manusia selepasnya dapat berfikir dengan tepat dan sempurna. Untuk umum, ilmu falsafah merupakan tunjang kepada kemajuan tamadun dunia. Al-Quran dan Al-Sunnah sumber utama ilmu falsafah itu. Kerana ilmu falsafah melahirkan cendekiawan seperti Al-Kindi sehingga Ibnu Rusyd yang menjadi pemikir kepada semua ilmu sehingga terguna berabad lama. Malahan imam-imam mazhab yang empat semuanya hebat dalam berfalsafah sehingga mereka hebat ilmu pemikitan Fiqh sehingga terguna ke hari ini. Kerana apa? Kerana Islam itu adalah falsafah. Ayat-ayatNYA runtaian petunjuk falsafah. Sunnah-sunnah Baginda pengikat runtaian falsafah itu. Dan kita umatnya adalah pengukuh runtaian dan ikatan falsafah itu. Jangan khuatir berfalsafah, kerana itu ibadat paling dituntut. Jika beribadat, pastilah ada tertibnya untuk mewujudkan khusyuk beribadat.

Ayat-ayatnya semuanya menyebut, saya rungkaikan dalam falsafah saya pertama :Berfikirlah sebelum kamu beribadat, kerana ibadat orang yang berfikir adalah ibadat orang yang beriman. Rasulullah SAW amat menyayangi orang yang berfalsafah berbanding orang yang berzikir. Jangan khuatirkan dosa ketika berfalsafah, kerana ia sudah menghukum diri kita jahil sewenang-wenangnya. Umpama kita tidak mensyukuri nikmatNYA, seperti tergolong orang-orang yang kufur. Tetapi berfalsafah dengan tertib, setertibnya Rukun Iman, setertibnya Rukun Islam dan setertibnya Solat. Insyallah dilindungi syaitan ketika berfalsafah. Jika ia dibicarakan dan salah pasti ada yang membetulkannya. Kerana bila dibicarakakan ia sudah menjadi {jihad}. Apabila ia diungkap-ungkap ia menjadi {tasbih} dan {zikir}. Apabila ia dimaklumkan ia menjadi {sedekah}. Pahalanya untuk satu jam melebihi ibadat 60 tahun. Jika mahu cipta, ciptakan untuk diri sahabat dan handai. Jika tidak mampu mencipta, cukup dengan mengutip sahaja, sampaikanlah. Kerana itu harta-harta kita yang pernah hilang dan memang hak kita.

Tetapi jangan lupa, jika ia diambil walaupun harta-harta itu orang yang {mencuri} tetapi kita tidak dituntut menghukum orang yang mencuri. Maka letakkan sumbernya. Maka demi kepentingan dan kedudukan ilmu falsafah ini, saya mengajak sahabat-sahabat semua mengeluarkan dan mengumpul falsafah hidup supaya kita dapat beribadat sambil melayari laman blog ini, yang kebanyakkannya tidak mahu peduli. Jika peduli pun, hanya di muka.

Jangan takut berfalsafah, kerana orang yang takut berfalsafah adalah orang yang takut mati, dan orang yang tiada falsafah umpama mati sebelum mati.

"Jangan khuatir berfalsafah jika ia pendek atau panjang kerana itu bukan ukurannya, kerana ia diukur seluas mana takwa kita, tetapi dari setinggi akal kita, dari sedalam jiwa kita, dan dari sekukuh jasad kita.

"Falsafah hidup saya ialah :Siapakah Dia dan siapakah aku, Untuk apa Dia hidupkan aku? Dan Untuk apa aku hidup?

Sekali lagi saya berpesan kepada muda-mudi Islam, Mari, mengumpul falsafah!!, "Jangan jadi kaum yang memohon syurga tetapi neraka yang dipinta, Jangan kiamatkan dunia sebelum kiamat mendatangi kita." Allahualam. Wassalam.

(Nota kaki : Istilah falsafah atau pun dikenali filsafat ataupun dalam bahasa Inggerisnya Philosophy berasal dari perkataan Yunani (Greek). Ia terdiri dari perkataan [pilos] dan [sofos]; pilos ertinya cinta, sofos ertinya hikmah (wisdom). Ilmu-ilmu barat menyatakan ilmu falsafah turut dirujuk sebagai ilmu metafizik, ilmu ontologi, ilmu epistemology, ilmu logik, ilmu etika, ilmu keindahan dan ilmu kesenian. (Runes, 1976). Dalam Islam, Ibnu Sina menyatakan ilmu falsafah dirujuk supaya manusia dapat berfikir untuk mengenal tanggungjawab kewujudan manusia dan bagaimana ia meningkatkan darjat dan kesempurnaan dirinya demiNYA di dunia dan akhirat.)

2 comments:

Nora Shahaira said...

mendalam namun tetap ada ilmu yg boleh diikut

ZWAN SABRI said...

owh.. baru faham apa itu falsafah.. good entry.. ;)

MySuaraBlog: MALAYSIA Di Tangga Yang Ke-5

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...