"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Monday, May 23, 2011

Bayi Baru Lahir Diperdengarkan Musik Klasik

SEORANg bayi diperdengarkan dengan lagu klasik di wad bersalin di Hospital Saca, Kosice, Slovakia pada 10 Mei lalu.



KOSICE, Slovakia - Sebuah wad bersalin di sebuah hospital di sini menemui satu kaedah bagi mententeramkan bayi yang baru lahir melalui terapi muzik klasik.

Wad bersalin di hospital Kosice-Saca itu meletakkan fon kepala yang kelihatan amat besar di tellinga bayi-bayi supaya mereka mendengar muzik ciptaan Mozart atau Vivaldi sebanyak lima hingga enam kali sehari.

Selain muzik klasik, bunyian hutan semula jadi turut digunakan, malah jururawat turut menggunakan kaedah itu untuk menjaga bayi pramatang bagi menstabilkan pernafasan mereka.

Ketua wad berkenaan, Dr. Slavka Viragova berkata, muzik itu berfungsi sebagai pengganti suara ibu dan ia membantu bayi bernafas dan mengekalkan denyutan jantung.

"Trauma kelahiran banyak memberi tekanan kepada bayi. Namun terapi muzik membantu seorang bayi meningkatkan berat badan, menghapuskan tekanan dan menangani kesakitan," katanya yang turut melancarkan projek terapi muzik tersebut. - AP

3 comments:

redzwanie redzmann said...

lorh...cm 2 plak...klo org islam..mdgrkan ayt2 suci al-Quran..
tiada muzik lbh indah dr ayt2 suci Al-Quran....=)

shichi_iza said...

mana mama baby ni???????????????.... ke pramatang je? 2 nephew ija start dari dlm kandungan dngar lagu2 zikir n lagu yg mama dia suka dngar.... n skrng lagu yg dia suka iklan tv3... =)

Finie Ramos said...

Islam da lama guna kaedah ni..malah dr saat baby msih dlm rahim lg..

para ibu d nasihatkn selalu mengaji slma dia mengandung (temasuklah klu xmngandung..ngaji hari2 kn elok) agar kalimah Allah itu mulai membiasakn diri d telinga baby~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...