"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Saturday, May 21, 2011

Sinopsis Pirates Of The Caribbean : On Stranger Tides 2011

Filem terbaru Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides iaitu filem yang ke-4 dalam siri Pirates of The Carribean bakal menjadi sebuah filem yang sememangnya dinantikan oleh peminat seluruh dunia. Filem ini adalah antara filem yang mengeluarkan belanja yang paling tinggi. Lihat saja Pirates of the Caribbean: At World’s End yang ditayangkan pada 2007, ia menelan belanja sehingga USD300 juta dan menjadi antara filem termahal di dunia.

Bagi siri ke-4, Johnny Depp yang memegang karakter sebagai Jack Sparrow sekali lagi menjadi watak penting. Dua orang lagi pelakon utama ialah Geoffrey Rush yang memegang watak sebagai Barbossa manakala pelakon cantik Penélope Cruz memegang watak sebagai Angelica.

Hehehe.. memang best la citer ini.. dah tengok.. memang best sangat-sangat.. Unsur humor yang diketengahkan memang membuatkan penonton termasuk saya tergelak sakan.. Hahahaha… Kalau nak tengok citer ini tengok la ramai-ramai baru feeling.. kalau sorang-sorang macam tengok syok sendiri jak.. hehehe..

saya bagi 4 bintang la citer ini hehehe

Sinopsis Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides Malay

Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides ataupun dikenali sebagai Pirates of the Caribbean 4 adalah siri ke-4 dan terakhir selepas siri ke-3 yang ditayangkan pada 2007 iaitu Pirates of the Caribbean 3: At The World’s End. Dalam siri ke-3, Willian menjadi kapten kepada The Flying Duthcman menggantikan Captain Davy Jones yang telah terbunuh selepas ditikan oleh William. Untuk siri terbaru On Stranger Tides, Captain Jack Sparrow (Johnny Depp) sekali lagi memainkan peranan utama dan akan bergandingan dengan Angelica (Penélope Cruz). Angelica ialah anak wanita kepada kawan lama Jack Sparrow iaitu Black Beard. Saksikan kesudahan filem ini di pawagan seluruh negara bermula 19 Mei 2011….

1 comment:

shichi_iza said...

johnny depp yg best..... hehehehe
but still xdpt tgk kat GSC T_T...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...