"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Thursday, May 19, 2011

Bosan di Awal Pagi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..

Apa khabar buat kalian di pagi hari ini ? Diharapkan semuanya dalam keadaan sihat walafiat dengan kehendakNya.. Amin.. Dah sarapan ke?? Saya belum lagi sarapan.. Huhu.. Tak sempat nak sentap makanan tadi huhu…

Sekarang ini saya duduk dalam kelas Tingkatan Empat Kemanusiaan 2… Bukan duduk saja.. Duduk sambil mata saya liar memfokus 360 darjah untuk setiap kelas… Kenapa yer.. ? sebab pelajar-pelajar ini sedang menjawab soalan peperiksaan kertas 2 Bahasa Melayu.. Saya paling anti pabila ada pelajar-pelajar nak ambil kesempatan tuk bertanya rakan sebelahnya atau jeling-jeling meja sebelah.. Hehehe.. Kalau ternampak saja ada budak amik kesempatan tersebut saya nak rampas jer kertas mereka… Hehehe…

Sebenarnya bosan la jaga peperiksaan ini Huhuhu.. Dah la perut berkeroncong… Dari tadi lagi asyik misscall jer perut aku ni.. Misscall tanda nak di top up.. Huhuu.. Sepatutnya masa aku jaga exam jam 10.00 pagi tetapi aku kesian dengan guru subjek Bahasa Melayu itu jadi aku bantu tuk jaga kelas pada jam 7.10 hingga 9.40 bagi Bahasa Melayu kertas 2. Lepas tu sambung pulak masa aku ikut P&P tuk jaga kelas tersebut pada jam 10.00 hingga 11.15… Fuhh suatu jangka masa yang panjang jaga peperiksaan… Nasib baik bawa laptop ini dapat la aku buat kerja sambil memerhati kelas…

Baiklah, sampai sini saja cebisan cerita di awal pagi ini hehehe.. Kepada kalian selamat menjamu selera yaa… tinggalkan sikit tuk aku.. Kalau ada ler.. Huhuhuhu…

6 comments:

YAYA AZURA said...

selamat jaga peperiksaan ... jgn rampas kertas diorng..kesian..hihi..^___^

shichi_iza said...

boring sebab xbuat apa2 kat tmpt practical arini..... sebab bnyak yg ada keja luar so xtau nk buat apa.....

Awangku Johan said...

@@YAYA AZURA
hehe.. yup thanks.. kalau depa wat kecurangan nk rampas jg

Awangku Johan said...

@@shichi_iza
ehehehe ya kaaa.. buat je apa yg patut

shah-kayrul said...

hebat cikgu sekarang nie...jaga periksa sempat lagi berblog....takde la bosan sangat ye cikgu

Awangku Johan said...

@@ shah-kayrul
mula2 buat keje.. last2 keje dah siap.. sbb tu on berblog tu hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...