BATU bergerak di
Ini diakui sendiri oleh ahli paranormal dan penduduk setempat yang masih mempercayai amalan tahyul. Ia berdasarkan kepada kemampuan batu itu bergerak kerana beratnya ada yang melebihi 100 kg dan kuasa yang menolaknya.
Namun, dakwaan itu disangkal oleh beberapa orang profesor yang berpendapat pergerakan batu itu disebabkan oleh perubahan cuaca di kawasan lembah itu. Profesor John Reid dari sebuah kolej menjelaskan pergerakan batu itu adalah dipengaruhi oleh faktor angin dan permukaan lembah yang rata mendatar.
“Angin antara punca utama pergerakan batu hasil dari pembentukan ais di permukaan pasir pada waktu malam. Ia tidak ada kena mengena dengan faktor kuasa jin atau manusia,” ujarnya.
Sebelum ini, para saintis bingung untuk mengenal pasti punca pergerakan batu yang dianggap misteri. Walaupun ramai yang mempunyai pendapat sama, namun tidak ramai dapat membuktikannya. Menurut Reid, batu-batu itu bergerak dengan angin dan kelicinan permukaan ais yang terjadi di lembah itu. Ia membentuk garis lurus sejauh 90 meter.
Mike Byrne, 40, seorang jurufoto landskap mengakui pergerakan batu ini hasil tiupan angin yang menggerakkan batu-batu itu di atas permukaan pasir halus yang licin. Dia merujuk kepada lembah Racetrack Playa yang mempunyai kaitan dengan perubahan cuaca. Walaupun ia sukar dijelaskan secara praktikal, teorinya ia seperti sebuah kapal layar yang ditiup angin di atas permukaan air.
Byrne banyak merakamkan foto-foto kejadian alam mengakui punca angin adalah unsur utama pergerakan batu. Lembah ini jarang dilalui manusia kerana ia dianggap lembah gersang yang kering dan kontang. “Lembah maut ini jarang dilalui manusia kerana ia terlalu luas dan tidak ada punca air. Kawasan ini juga kerap dilanda ribut pasir yang dahsyat,” ujarnya lagi.
Batu-batu itu katanya menggelongsor seperti kapal layar sedikit demi sedikit. Kesan pergerakan batu yang berat itu meninggalkan garis sepanjang pergerakan batu itu.
“Kita tidak boleh membuat andaian bahawa batu itu bergerak dikaitkan dengan sumber misteri. Kemajuan sains banyak membantu mengenal pasti rahsia di sebalik rahsia,” jelasnya lagi.
3 comments:
angin je tuhh.. haha :P
wah...ilmu~thanks berkongsi~
batu bergerak?? pelik nii.. first time sy dengar..
Post a Comment