"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Wednesday, May 4, 2011

Bukti Kematian Osama Masih Kabur

WASHINGTON - Kematian Osama bin Laden di tangan pasukan komando Amerika Syarikat (AS) terus dipertikai susulan tiada bukti kukuh seperti mayat, gambar atau asid deoksiribonukleik (DNA) ketua kumpulan Al-Qaeda itu bagi menyokong dakwaan tersebut.

Presiden AS, Barack Obama pada Ahad lepas mengumumkan bahawa Osama, 54, mati ditembak anggota komando AS di bandar Abbottabad, Pakistan. Kumpulan militan Pakistan sebelum ini menyatakan bahawa Osama masih hidup.

Di Britain, kesangsian mengenai berita pembunuhan Obama itu disuarakan bekas Duta Britain ke Washington, Christopher Meyer.

"Saya tidak faham kenapa Presiden AS berani membuat kenyataan kepada dunia bahawa Osama sudah mati tanpa memberikan bukti bahawa dia telah mati," kata Meyer.

"Saya fikir kita mungkin melihat beberapa bukti tidak lama lagi sama ada DNA atau gambar supaya selepas ini tiada lagi dakwaan Osama dilihat di kawasan pergunungan atau seumpamanya," tambah beliau.

Sebelum ini, ramai orang terutamanya di negara-negara Islam sangsi bahawa serangan ke atas Amerika Syarikat (AS) pada 11 September 2001 didalangi pengganas.

Sehingga kini jutaan penduduk Islam menyoal sama ada kejadian itu sebenarnya merupakan komplot Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS. - Agensi

1 comment:

ZWAN SABRI said...

amerika oh amerika.. macam2 yang depa rancang utk jatuhkan umat islam.. HUHU

MySuaraBlog: Sebiji Telur Jer?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...