"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Tuesday, May 10, 2011

Jom Buat Soalan Exam

Asslamualaikum dan salam sejahtera wahai rakan bloggers…

Petang ini berkampung di bilik guru.. bukan apa, saja jak bantu rakan guru buat kertas soalan.. Minggu depan dah bermula peperiksaan pertengahan tahun Mei 2011 bagi semua tingkatan… Hahaha

Nasib baik la kertas soalan Geografi Tingkatan 2, 3 dan 4 dah siap awal.. Hehe.. Begitu juga dengan kertas Bahasa Melayu kertas 1 bagi tingkatan 1 sudah saya siapkan.. Oleh itu, dengan rasa nak membantu, saya tolong rakan saya ini menaip soalan Sejarah tingkatan 2.. Hehehe..

Hurmm.. esok saya dan dua orang guru lain mengikuti kursus Seni Pengajaran Bahasa Melayu : Strategi Pengajaran Puisi Tradisional Untuk Guru-guru Bahasa Malaysia Sekolah Rendah dan Menengah bagi Daerah Kuala Penyu anjuran IPG Kampus Gaya dengan Kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Sabah… Huhu.. 3 hari laaa aku berkampung di Pusat Kegiatan Guru Kuala Penyu… Nasib baik la minggu ini pelajar-pelajar aku mula ulangkaji… So, boleh la saya tinggalkan mereka..

Huhuhu… rindunya pulak pabila 3 hari tak masuk kelas.. tapi lucu jugak kan.. belum lagi p kursus tu dah rindu dengan kelas pelajar-pelajar.. hahahahaa…

Apa-apa pun itu la dia kerja guru.. pabila tak masuk kelas rasa kosong jak diri guru tu.. So, guru dan kelas serta pelajar tidak dapat dipisahkan.. ceewahhhh.. hehehe

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...