Assalamualaikum dan Salam Sejahtera wahai teman-teman bloggers sekalian… Sihat2 blaka ker hari ni.. Alhamdulillah…
Di pengakhiran drama ini, setelah Adam berjaya mendapatkan cinta murni Nur Amina, setelah Aidil mendapat kepercayaan Aliya dan setelah Sarah benar-benar insaf, maka apakah lagi yang sanggup dikorbankan demi CINTA ?? NUR KASIH THE MOVIE ini adalah kesinambungan dari Drama Nur Kasih, arahan Kabir Bhatia ini semestinya akan menjadi buah mulut orang dan saat tayangannya sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat drama ini…
Ini adalah drama yang ke-2 yang mampu menarik minat saya tuk mengikuti perjalanan ceritanya, selain cerita KETIKA CINTA BERTASBIH drama dari Seberang iaitu negara
Sinopsis Nur Kasih The Movie :
Dugaan dan ranjau yang dilalui oleh Adam tidak pernah terhenti apabila Adam sekali lagi terpaksa menerima ujian getir bahawa anak dalam kandungan Nur kemungkinan akan meninggal akibat kemalangan jalan raya yang menimpa mereka berdua.
Manakala Aidil pula terpaksa menjalani kehidupannya sebagai bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu ilyas (7) (Mohd Ilyas Suhaimi) dan Maryam (5) (Mia Sara Nasuha) setelah isterinya yang tercinta, Alia meninggal dunia.
Mampukah Aidil membesarkan Ilyas dan Maryam sendirian? Pengorbanan apakah yang akan di lalui oleh Nur Amina dan Adam? Adakah cinta Adam Dan Nur Amina akan terkubur? Jangan Lupa saksikan tayangan Nur Kasih The Movie pada 19 Mei 2011. Saksikan juga lakonan comel Mia Sara sebagai anak Aidil dan Alia.
Tiz Zaqyah (Nur Amina)
Tiz Zaqyah (Nur Amina)
Nur Amina (Tiz Zaqyah) dan Adam (Remy Ishak)
Ilyas (Mohd Ilyas Suhaimi) dan Maryam (Mia Sara Nasuha)
Adam (Remy Ishak) dan Aidil (Fizz Fairuz)
Penggambaran pengebumian Alia
Maryam tidur di samping Ibu Saudaranya Nur Amina
Tiz Zaqyah dan Yassin dalam video klip tuk nyanyian Nur Kasih yang di beri pembaruan semula…
6 comments:
dah g tgk tp..
tp xske ending dia..berbelit2..kompius adam tu mati terduduk n mana pulak amina tb2 muncul sampai kena kenalkan kat semua org..eiiii~
sangat best cerita tu. :) br saja menontonnya ptg td..
owh tidak sangka layan cerita KCB..
tgk tak yg the latest KCB.. meraih redho ilahi? selepas spesial ramadhan..
rasa2 cam xdpt je tgk nur kasih ni..... huhuhu sedih plakkkkk T_T
xada masa nk p time practical ni
dah tengok heh Nur Kasih... Ala... Bile nak pi tgk ni....
huhu..mmbe ajak tengok..tapi lum ada masa lagi.. sedihnye..
huhu.. tingin nak tengok.. tapi takde time la plak..huhuhu
Post a Comment