"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Thursday, May 19, 2011

Nur Kasih The Movie da Best

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera wahai teman-teman bloggers sekalian… Sihat2 blaka ker hari ni.. Alhamdulillah…

Adakah hari ini 19 Mei 2011 ?? Kenapa saya bertanyakan tarikh tersebut ?? Hal ini disebabkan oleh penayangan Nur Kasih the Movie di setiap pawagan seluruh negeri di Malaysia.. Keterujaan tuk menonton movie ini bagai membuak-buak lebih-lebih lagi pabila ramai rakan-rakan bloggers mula memberi respon di setiap laman sosial dan laman blog… Huhuhu.. Drama Nur kasih yang di bintagi oleh pelakon-pelakon yang tidak perlu saya perkenalkan, kerana sudah semestinya penonton di luar sana lebih arif dan tahu, makan tidak drama tersebut mempunyai jumlah penonton yang mencecah lebih 5 juta… Wowww… Hebat kan cerita Nur Kasih ini.. Sehingga mampu menarik penonton lebih berjuta orang.. Drama ini memang tidak asing lagi bagi peminat drama yang membatu kaku di hadapan kaca TV setiap Jumaat jam 9 malam pada tahun 2009 yang lalu.. Begitu la aura Nur Kasih… Apatah lagi dengan aura Nur Kasih the Movie ni… Fuhhhh~~~

Di pengakhiran drama ini, setelah Adam berjaya mendapatkan cinta murni Nur Amina, setelah Aidil mendapat kepercayaan Aliya dan setelah Sarah benar-benar insaf, maka apakah lagi yang sanggup dikorbankan demi CINTA ?? NUR KASIH THE MOVIE ini adalah kesinambungan dari Drama Nur Kasih, arahan Kabir Bhatia ini semestinya akan menjadi buah mulut orang dan saat tayangannya sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat drama ini…

Ini adalah drama yang ke-2 yang mampu menarik minat saya tuk mengikuti perjalanan ceritanya, selain cerita KETIKA CINTA BERTASBIH drama dari Seberang iaitu negara Indonesia.. Saya telah menjadikan koleksi peribadi drama Ketika Cinta Bertasbih 1, Ketika Cinta Bertasbih 2 dan Ketika Cinta Bertasbih Edisi Spesial Ramadhan di dalam simpanan saya… Hehee.. Best wooo.. tengok la drama KCB1, KCB, dan KCBESR…


Sinopsis Nur Kasih The Movie :

Dugaan dan ranjau yang dilalui oleh Adam tidak pernah terhenti apabila Adam sekali lagi terpaksa menerima ujian getir bahawa anak dalam kandungan Nur kemungkinan akan meninggal akibat kemalangan jalan raya yang menimpa mereka berdua.


Manakala Aidil pula terpaksa menjalani kehidupannya sebagai bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu ilyas (7) (Mohd Ilyas Suhaimi) dan Maryam (5) (Mia Sara Nasuha) setelah isterinya yang tercinta, Alia meninggal dunia.


Mampukah Aidil membesarkan Ilyas dan Maryam sendirian? Pengorbanan apakah yang akan di lalui oleh Nur Amina dan Adam? Adakah cinta Adam Dan Nur Amina akan terkubur? Jangan Lupa saksikan tayangan Nur Kasih The Movie pada 19 Mei 2011. Saksikan juga lakonan comel Mia Sara sebagai anak Aidil dan Alia.

Tiz Zaqyah (Nur Amina)

Tiz Zaqyah (Nur Amina)


Nur Amina (Tiz Zaqyah) dan Adam (Remy Ishak)



Ilyas (Mohd Ilyas Suhaimi) dan Maryam (Mia Sara Nasuha)

Adam (Remy Ishak) dan Aidil (Fizz Fairuz)

Penggambaran pengebumian Alia

Maryam tidur di samping Ibu Saudaranya Nur Amina


Tiz Zaqyah dan Yassin dalam video klip tuk nyanyian Nur Kasih yang di beri pembaruan semula…

6 comments:

aida4eva said...

dah g tgk tp..


tp xske ending dia..berbelit2..kompius adam tu mati terduduk n mana pulak amina tb2 muncul sampai kena kenalkan kat semua org..eiiii~

Aqila Borhan said...

sangat best cerita tu. :) br saja menontonnya ptg td..

owh tidak sangka layan cerita KCB..
tgk tak yg the latest KCB.. meraih redho ilahi? selepas spesial ramadhan..

shichi_iza said...

rasa2 cam xdpt je tgk nur kasih ni..... huhuhu sedih plakkkkk T_T
xada masa nk p time practical ni

Sebona said...

dah tengok heh Nur Kasih... Ala... Bile nak pi tgk ni....

Cik Tim said...

huhu..mmbe ajak tengok..tapi lum ada masa lagi.. sedihnye..

Ticer Syah said...

huhu.. tingin nak tengok.. tapi takde time la plak..huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...