"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Sunday, May 15, 2011

Kehidupan Suatu Anugerah

Anda sedar apa yang berlaku pada diri dan kehidupan anda sekarang?? Cuba lihat disekeliling anda. Apa yang boleh anda katakan pada kehidupan anda sekarang?? Biasa?? Luar biasa?? Hebat?? Atau Kurang Hebat?? Adakah anda pasti dengan apa yang anda fikirkan??

Baiklah, saya faham mungkin ada yang keliru dengan apa yang saya cuba katakan. Sekarang, saya cuba membawa anda untuk menikmati kehidupan yang dianugerahkan oleh ALLAH s.w.t. Satu kehidupan yang mana bagi saya dan seharusnya anda merasakan ia penuh bermakna. Bagi anda, kehidupan ini mungkin berbeza dengan orang lain. Mungkin ia satu kehidupan yang penuh kedukaan dan mungkin juga ia satu pengalaman yang penuh kegembiraan.

Namun, apa saja yang anda lalui hari ini dalam kehidupan anda anggaplah ia satu anugerah ALLAH yang tidak ternilai untuk anda. Anugerah yang mana pencipta anda berikan pada anda. Boleh anda bayangkan perasaan anda bila mendapat hadiah?? Adakah anda gembira dengan pemberian itu?? Saya yakin dan percaya anda tentu suka dengan hadiah itu. Begitulah hendaknya anda menghargai kehidupan anda. Kehidupan yang dianugerahkan untuk anda. Biarpun ia dalam pelbagai bentuk dan ragam, anda perlu untuk menghargainya.

Bagaimana caranya untuk anda menghargai pemberian tersebut?? Mungkin ada antara anda tertanya-tanya caranya. Baiklah, sebagai pedoman untuk kita bersama, salah satu caranya ialah melalui ucapan syukur. Ucapan syukur yang lahir tulus ikhlas daripada hati anda untuk TUHAN yang maha ESA. Syukurlah kerana DIA memberikan anda nafas untuk meneruskan kehidupan anda di dunia yang fana ini. Bersyukurlah kerana dia sentiasa menyayangi diri anda, tidak meninggalkan anda dan tidak pernah melupakan anda walaupun anda selalu melupaiNYA.

Begitu agong dan HEBATnya cinta ALLAH kepada anda. Selain ucapan syukur kepada TUHAN, sebagai anak anda harus berterima kasih kepada ibu bapa anda. Kerana apa?? Ya. Kerana telah membesarkan anda dengan penuh kasih dan sayang. Menjaga anda siang dan malam. Menjaga makan minum dan pakai anda. Bukankah itu HEBAT namanya?? Anda juga saya rasa mampu menjadi HEBAT seperti ibu bapa anda. Saya yakin dan pasti anda sebagai anak mampu menjaga ibu dan bapa anda satu hari kelak.

Menghargai kehidupan juga boleh anda lakukan dengan memastikan skrip hidup anda adalah skrip hidup yang terbaik. Manusia berada di pentas dunia sebagai pelakon, pengarah, penulis dan macam-macam lagi. Sebagai seorang pengarah, anda perlu memastikan bahawa skrip yang ditulis diikuti dengan sewajarnya. Sebagai pelakon, anda perlu membawa watak yang telah ditetapkan oleh pengarah dan penulis skrip. Jadi persoalannya sekarang, andakah anda sedang melakokan satu watak yang signifikan dengan diri dan personaliti anda??? atau adakah anda hanya mengikut kehendak orang lain?? Simboliknya semua ini ialah dalam kehidupan kita, kita seharusnya pandai berperanan sebagai pengarah. Bukan sahaja bertindak mengarahkan bahtera kehidupan tetapi sebagai pengarah, kita perlu tahu dasar dan pegangan kita. Dengan itu, kita tidak akan sesat dalam pengarahan hidup. Mungkin ada yang mengatakan pada saya, kenapa kita panggil diri kita pelakon kehidupan??? Baiklah, kalau saya tanya anda. Jika anda tidak ada dalam kehidupan anda kini, adakah apa yang berlaku pada diri anda sekarang akan berlaku??? Contoh, jika anda bukan pelakon, siapa pula yang akan mengganti tempat anda sekarang yang sedang membaca blog saya??? Anda melihat, membaca dan anda merasai apa yang anda lihat dan baca. Bukankah itu kita namakan ekspresi??? Bukan seorang pelakon penuh dengan ekspresi. Itu pada pandangan saya. Terpulang kepada anda samada ingin mengiyakan ataupun tidak.

Berbalik kepada pengarahan skrip kehidupan anda. Setiap manusia ada cara dan gaya yang mereka pilih untuk pengarahannya. Sehingga sekarang, sejauhmana pengarahan anda pada kehidupan anda??? Adakah ia sepertimana yang anda inginkan??? Anda fikirkanlah. Saya hanya dapat membantu untuk anda sedar bahawa kehidupan anda ini andalah PENGARAHnya dan bukan orang lain. Baik arahan anda, baiklah kehidupan anda dan sebaliknya.

SELAMAT MEMBACA DAN BERAMAL

2 comments:

nini said...

yeah....kita yang menentukan hidup kita...walaupun kita dalam kesusahan...tetapi kalau kita fikirkan positig insyaAllah kita akan tetap berysukur...=D

shichi_iza said...

yup, kita yang mengarah n melakar jln cerita kita. so jgn takut bila salah sebab 2 satu proses belajar.... no body perfect.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...